Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Benarkah itu hak Individu?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 Ogos 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Di Eropah dan Barat, mereka mengutamakan hak individu. Bagi mereka, setiap individu berhak melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya, selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain.

Lantaran itu, atas “tiket” hak individu, muncul pelbagai kontroversi yang mencabar nilai sosial masyarakat di sana. Antara hak individu yang mencetuskan kontroversi adalah membenarkan perkahwinan sejenis dalam kelompok gay dan lesbian, begitu juga hak mereka untuk mempunyai anak dengan pasangan masing-masing walaupun tidak berkahwin. Semua ini berlaku di Eropah dan Barat, masyarakat yang mendakwa sentiasa mempertahankan hak individu walaupun sering kali hak tersebut mencabar nilai sosial dan kemanusiaan mereka sendiri.

Bagi masyarakat Timur termasuk Malaysia, hak dan nilai masyarakat mengatasi hak peribadi. Individu di negara ini tidak boleh sesuka hati melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai masyarakat. Semua pihak mengakui hakikat ini.

Namun, pendedahan baru-baru ini hasil laporan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran, sebenarnya menunjukkan bahawa konflik antara hak individu dngan nilai masyarakat sedang kuat bergolak di negara ini.

Kajian tersebut menunjukkan salah laku seks bebas yang dilakukan oleh remaja Melayu di negara ini di bandar mahupun di luarbandar. Kajian yang melibatkan 300 orang responden terdiri daripada golongan remaja Melayu (berumur antara 15 hingga 25 tahun) menunjukkan hasil yang begitu meresahkan. Kira-kira 85 peratus responden mengakui bahawa mereka melakukan seks bebas.

Jika ada mana-mana pihak yang “membebel” kepada mereka tentang salah laku yang mereka lakukan, jangan terperanjat jika mereka mengatakan, “anda berhak bercakap apa-apa sahaja, saya pula berhak menerima atau menolak pandangan anda kerana itu hak peribadi saya.”

Jadi, adakah kita semua sudah bersedia menerima kehadiran generasi yang memperjuangkan hak peribadi ini? Atau tiba masanya kita merancang strategi terbaik untuk melenturkan kepercayaan songsang mereka?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: