Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BELIA MELAYU AMBIL REMEH

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 19 Ogos 2010

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengakui bahawa lebih banyak orang bukan Melayu mendaftar sebagai pengundi selepas pilihanraya umum 2008 kerana Parti DAP agresif menjalankan program pendaftran pemilih baharu, terutama dalam kalangan belia Cina.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dalam pakatan pembangkang, DAP didapati lebih aktif menjalankan kerja mendaftar pengundi baharu terutama di kawasan Bandar, diikuti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menumpukan semua kaum, manakala PAS menyasarkan belia Melayu.

Pada 28 Jun lalu, Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno, Hishamudin Yahya berkata, hasil kajian biro itu mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baharu sejak Pilihanraya Umum ke 12 sehingga bulan tersebut adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40)

Senario ini seharusnya menyedarkan orang Melayu di negara ini yang kuasa politik kita boleh terhapus sekiranya terus enggan mendaftar sebagai pengundi atau mengundi dalam pilihanraya umum yang akan datang tidak lama lagi.

Ingatlah orang Melayu, Malaysia ini adalah negara kita. Satu-satunya harta pusaka nenek moyang kita. Ingatlah sebelum terlambat. Pertahankanlah bumi tanahair kita. Jangan biarkan anak cucu kita merempat di tanahair sendiri akibat kebodohan kita sekarang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: