Oleh: Anak Kecil Dari Gunung
Persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan, apakah asasnya kerajaan memotong perbelanjaan subsidi negara jika sejarah dan latar belakang ekonomi Malaysia tidak sama seperti Greece mahupun Thailand dan Indonesia yang masing-masing mempunyai sejarah hutang asing negara yang sangat kritikal?
Malaysia tidak perlu bimbang walaupun negara hanya mencapai pertumbuhan domestik sebanyak tiga peratus tahun demi tahun. Kestabilan defisit dan hutang negara dapat dikekalkan jika kerajaan terus mengukuhkan keluaran produk negara, merancakkan aktiviti eksport, meningkatkan urus tadbir korporat yang telus dan amanah.
Tohmahan bahawa negara akan bangkrap pada 2019 adalah satu mitos dan ilusi, jika kerajaan mengambil langkah yang betul dalam menguruskan perbelanjaan negara. Realitinya, apabila negara membangun mengambil langkah untuk mengurangkan perbelanjaan subsidi, menyebabkan tekanan yang dikenakan oleh Barat bagi membolehkan negara Asia Tenggara mengubah dasar ekonomi protectionism kepada dasar ekonomi bercorak pasaran bebas berlaku. Baca baki entri ini »