Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 11 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 11 Ogos 2010

Oleh : Warga Sahabat MANTAP

Kami seisi warga Sahabat Mantap ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431 kepada semua kaum muslimin dan muslimat semua. Semoga bulan Ramadhan yang penuh dengan kerahmatan ini akan diiringi dengan pengisian yang bermakna dan amalan-amalan berfaedah yang membawa keberkatan yang berpanjangan kepada kita semua.

Sama-samalah kita menyambut bulan yang mulia ini dengan mengandakan amalan malam kita. Bersyukurlah dan puji-pujian ke atas Allah SWT atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkarnya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan yang mulia ini telah tiba dan kita dalam keadaan sihat walafiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan kerana kita mendapat peluang untuk menjalani ibadah puasa dan bersolat terawih serta tidak lupa dengan amalan membaca kitab Al-Quran yang juga diturunkan di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kami mendoakan kaum muslimin dan muslimat di luar sana agar sihat selalu dan sentiasa diberkati Allah. Selamat menjalani ibadah puasa dan solat terawih!

Advertisement

Posted in Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

Kepentingan Pembangunan Inovasi

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 11 Ogos 2010

Oleh : Anak kecil Dari Gunung

Kita ingin berterima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul razak yang memberikan penekanan kepada aspek penyelidikan dan inovasi yang dibentangkan baru-baru ini. Ini menunjukkan Malaysia sedar kepentingan pembangunan intelektual dalam memacukan ekonomi negara yang berasaskan inovasi. Salah satu langkah untuk membangunkan modal insane adalah dengan mengukuhkan aktiviti penyelidikan dan inovasi. Keseriusan kerajaan dalam hal ini terbukti dengan pengumuman empat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yakni, UM, UPM, UKM dan USM sebagai universiti penyelidikan serta pemberian status apex kepada USM.

Namun, negara kita baru sahaja mengorak langkah awal dalam rancangan pembangunan intelektualnya. Realitinya, Malaysia masih jauh ketinggalan dalam aktiviti penyelidikan berbanding dngan negara jiran seperti Singapura mahupun negara-negara Asia yang lain termasuklah Hong Kong, Taiwan, China, Jepun dah Korea Selatan. Negara-negara tersebut melabur kira-kira dua peratus hingga empat peratus darpada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk bidang penyelidikan. Malaysia pula hanya berbelanja 0.6 peratus daripada KDNK untuk bidang penyelidikan.

Kita berasa bahawa perbelanjaan untuk bidang penyelidikan perlu ditambah selaras dengan hasrat negara untuk mencapai status negara maju. Harapan kita agar negara kita boleh melabur lebih banyak lagi dalam bidang penyelidikan terutamanya sains dan teknologi sekaligus berupaya menigkatkan taraf hidup rakyat dengan beroleh status negara maju yang berpendapatan tinggi. Semua ini perlu dianggap sebagai pelaburan modal insan jangka masa panjang yang mampu menberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia pada masa akan datang.

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »