PERIHAL PAS, PKR, DAP DAN UMNO
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 10 Ogos 2010
Oleh: Kawan Lama
Pagi tadi telah terserempak dengan salah seorang sahabat lama, bekas Guru Besar di salah seuah sekolah di Selangor. Dek kerana telah lama tak jumpa, penulis pun mengambil kesempatan untuk minumpagi dan bersembang-sembang. Dalam sembang-sembang tu banyak juga le cerita yang menarik yang penulis rasa bolehlah dikongsikan dengan pembaca.
Cerita 1:
DAP & PKR SODOK PASIR, PAS SODOK TANAH KUBUR.
Isu pasir di Selangor di bawah kepimpinan kerajaan PR nampaknya begitu serius sekali. UMNO Selangor dan PERKASA acapkali menyerang kepimpinan negeri yang begitu lalai dan cuai dalam menjalankan amanah dan tanggung jawab terhadap rakyat di Selangor. Permit pasir yang dikeluarkan kepada syarikat/individu tertentu tidak dikawalselia dengan baik. Akibatnya belakulah kes curi pasir secara berleluasa. Untuk cover kes ini, macam-macam alasan diberikan oleh kepimpinan kerajaan negeri dan ada yang langsung tak masuk akal. ‘The denial with regards of this issue is something ridiculous and showing the incompetency of the state government. ‘ ( handal juga le kawan penulis ni speaking).
Kata beliau lagi, yang dok dapat permit pasir ni rata-rata peniaga cina. Dulu kerajaan BN pun bagi kat depa tapi kerajaan PR yang baru 3 tahun pegang Selangor bagi lagi banyak kepada mereka. Itu tak campur dengan yang haram. Nak buat macam mana? Pengerusi Jawartan kuasanya orang Melayu PKR, MBnya orang Melayu PKR tapi yang punya suara dan kuasa adalah DAP rasis chauvinist seperti Tony Pua dan Ronnie ‘water’ Liu Liu; tambah beliau.
Beliau juga berpendapat, penyangak pasir ni kebanyakknya terdiri di kalangan kumpulan samseng yang control. Jadi susah le nak dibendung. Mereka ni dilindungi oleh ‘orang besar’ dalam kepimpinan PR kot… Ada masyuuuk kot……? Rasuah le jugak kalau macam tuuu …..?
Sahabat penulis kata, bukan sahaja pasir, malah tanah juga satu lagi hal. Kalau tanah biasa tu satu hal le juga. Tapi ni pasal tanah kuburan. Ini satu lagi perangai hodoh orang PAS, kata beliau. Asal ada tanah dan peluang untuk buat duit, cepat-cepat depa sapu.
Orang Melayu dulu-dulu kebiasaannya mempunyai kuburan keluarga. Kalau datuk atau ahli keluarga meninggal, akan ditanam di tempat yang sama. Beliau menceritakan peristiwa yang agak menarik perhatian penulis. Beliau memaklumkan bahawa di Meru ada sebuah kuiburan keluarga yang terletak disebuah bukit. Tanah ini telah diratakan dan rangka mayat langsung tak hiraukan.
Penulis jolok le sikit. Penulis kata, takkan le orang PAS yang letakkan agama sebagai asas perjuangan sanggup buat macam tu. Dia balas, duit punya pasal, yang lain belakang kira. Bukannya rakyat Selangor khususnya orang Melayu dan Islam akan tahu. Tambahan pulak, la ni depa tengah syioook didendangkan dengan lagu nasyid PAS yang diiringi dengan gesekkan peba DAP dan paluan tabla PKR. Lentuk le mereka, macam budak kecik dapat makan ice cream Malaysian Malaysia.
Sahabat penulis menyambung ceritanya lagi. Tanah kubur yang di sodok ni adalah kuburan ahli keluarga yang mula-mula meneroka Meru. Bukan itu sahaja, di kuburan keluarga itu jua tersemadinya empat orang pensyarah ternama Selangor.
Kata beliau, kalau nak buat jalanpun, maklumkanlah dulu keluarga atau orang yang mempunyai kaitan dengan arwah-arwah tersebut. Buat le perbincangan awal untuk pesongkan jalan tersebut sikit. Atau kalau nak alih jenazah arwah, buat le cara yang betul. Bukan main sodok je..
Penulis seronok juga dengar perumpamaan-perumpamaan beliau ni mengenai ketiga-tiga parti ni
PAS
Ahli dan penyokong PAS ni macam kuda lumba yang ditepi mata di letakkan pengadang supaya nampak depan sahaja. Kiri – kanan tak nampak.. Mereka berlari terus ke hadapan sahaja. Kalau ada halangan seperti tong atau apa-apa sahaja mereka langgar je. Asal jockey (ketua mereka) sebat (arah) buat aje. Jangan pikir. Memang pengikut PAS tak digalakkan berfikir. Takut nanti kalau dah pandai, mereka akan lawan bos.
PKR
Mereka ni macam burung kakak tua kat zoo. Depa ni dok ulang kata-kata Tuan (pemimpin) mereka. Nampak warna-warni dan menarik. Ada akal tapi tak guna. Dok nak tiru dan berlagak macam tuannya je.
DAP
Macam harimau sorok kuku. Kecik-kecik (tak ada kuasa) macam kucing je. Tapi dah besar (dah ada kuasa) baru tunjukkan belang. Depa dok tunggu masa (sabar) untuk menyerang mangsa (sasaran). Bila depa serang, mangsa tak boleh buat apa lagi
Cerita 2:
Kisah Tawaran Masuk PAS
Pada usia muda beliau sekitar tahun 80-an, beliau pernah diajak untuk masuk PAS. Seperti biasalah, orang PAS tu pujuk le dia kerana dia seorang yang banyak mempersoalkan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh UMNO Bahagian. Apa yang tak difaham oleh orang PAS ni adalah beliau mempersoalkan perkara tersebut agar ia akan lebih jelas dan demi untuk menambah baikkan sesuatu cadangan atau perancangan Bahagian.
Pujukan untuk menyertai PAS ni datang bila salah seorang kawan baik beliau yang mempunyai pengaruh telah menyertai PAS. Dengan muka selambanya, beliau bertanya, kenapa perlu beliau masuk PAS. Jawapan yanag diberikan oleh orang PAS agak telus juga. Dia kata kawan beliau yang masuk PAS tu diberikan ganjaran RM1.5 juta. Wow hebatnya ganjaran yang diterima. Betul atau tidak wallahualam.
Tapi apa yang menyeronokkan lagi adalah apabila orang PAS tu kata kat dia apa yang dia dapat dengan UMNO. Bagi beliau inilah masanya. Beliau dengan muka selamba je jawab. UMNO tak bagi aku apa-apa. Tapi semua anak aku dapat masuk Universiti dan ditanggung oleh kerajaan. ITM tu usaha UMNO. Biasiswa tu juga usaha UMNO. La ni anak-anak aku dah jadi manusia. dan berjaya. Ada mesjid dan surau. Mudah nak berjemaah. Jalanraya pun cantik. Semua orang boleh guna. Tak kira apa idealogi politik mereka. Nasi yang kita makan dan minyak untuk memasak pun disubsidi…..semuanya dari usaha UMNO.
Cerita 3:
Bot Bocor dan Pasu Bunga Teladan Bagi UMNO
Beliau memulakan ceritanya dengan mengambil contoh yang terdekat dengan beliau iaitu anak-anak beliau. Pada suatu hujung minggu, beliau telah menyuruh anak beliau untuk alihkan pasu bunga kat halaman rumah. Namun anak-anak beliau menjawab nantilah dulu. Kita kena beli troli bagi memudahkan untuk alihkan pasu tersebut. Nampaknya ia merupakan suatu idea yang baik.
Namun beliau tak percaya yang anak-anak beliau berfikir macam tu. Beliau kata ini mungkin salah aku juga. Tak ajar anak membentuk anak dengan baik. Kot mungkin disebabkan dah senang, maka tugas yang kecil ini pun kena buat satu solution sedemikian. Beliau terus bertanya pada anak-anak beliau; bila nak beli? Anak jawab, tunggu dapat gaji. Kalau macam tu lambat lagilah. Kira-kira tiga minggu lagi. Siapa nak keluar duit? Tu kami kena bincang dulu. Siapa nak buat? Tu pun kena bincang juga.
Beliau terus mencertakan kepada anak-anak beliau mengenai tiga orang sahabat dalam sebuah bot. Seorang tukang masak, seorang kerani dan seorang lagi berjawatan tinggi dalam sebuah syarikat. Mereka ini mempunyai minat yang sama iaitu memancing. Lantaran itu mereka telah menyewa sebuah bot untuk pergi memancing. Di tengah-tengah lautan, kawan mereka seorang kerani itu terlihat ada kebocoran kecil pada tengah-tengah bot tersebut. Lantaran mereka diajak berbincang bagaimana nak selesaikan masalah tersebut. Apabila tukang masak disuruh, beliau kata tak tahu nak buat. Beliau hanya tahu masak je dan begitulah seterusnya. Apa agaknya kesudahannya?
Menyambung perihal pasu bunga tadi. Sahabat penulis terus ke pasu bunga. Beliau mengerengkan pasu tersebut dan menggolekkan pasu tersebut. Dan ini disaksikan oleh anak-anak beliau. Lantas beliau berkata pada anak-anak beliau. Kalau kita nak buat sesuatu, kita kena memudahkannya jangan sesekali menyukarkannya. Kerja yang ditangguh tak jadi. Tambah beliau, dalam menyelesaikan susuatu masalah atau melaksakan kerja, apa yang penting dan perlu diambilkira adalah pendekatannya.
Cerita ini baik juga dijadikan panduan atau pengajaran kepada UMNO. Selepas PRU 12 lalu, macam-macam bentuk perbincangan, perancangan dan program yang dilakukan. Tapi kalau aysik nak dok berbincang dan nak tahu siapa yang kena buat, maka sampai bilapun tak selesai masalah. Orang UMNO kena melaksanakan. Cari pendekatan yang mudah dan senang diterima masyarakat.
Gitulah cerita-cerita sahabat penulis.
Tinggalkan Jawapan