Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Saranan untuk memansuhkan diskaun hartanah untuk Bumiputera amat BIADAP!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 Ogos 2010

Oleh : Tun Teja Millenia

Di dalam sebuah akhbar terkemuka baru-baru ini melaporkan bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang juga penasihat ekonomi parti DAP mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor. Katanya, langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu. Menurutnya, tidak ada sebab diskaun bumiputera harus dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan.

Cadangan ini sudah semestinya menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu. Pelbagai kecaman dan luahan orang Melayu menolak sekeras-kerasnya cadangan ini dan menyifatkan cadangan ini sebagai tidak menghormati hak orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah cadangan ini disambut baik oleh naib presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan seperti yang dilaporkan di dalam sebuah akhbar terkemuka baru-baru ini. Datuk Seri Chor Chee Heung juga memberitahu bahawa usul itu ada dicadangkan oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dua minggu sebelum pemimpin DAP Tony Pua membuat kenyataan akhbar berhubung isu tersebut.

Kenyataan yang biadap ini tidak dibawa berunding dulu di dalam mesyuarat Barisan Nasional malah terus dilontarkan kepada pengetahuan umum untuk diperbincangkan dengan sewenang-wenangnya menunjukkan parti komponen MCA tidak menghormati sensitiviti kaum Melayu yang sepatutnya diutamakan demi menjaga keharmonian perpaduan antara kaum.Sebaliknya kenyataan-kenyataan pemimpin MCA nampak seragam dengan kenyataan pemimpin DAP yang kita sudah sedia maklum suka mempersoalkan hak-hak orang Melayu. Apakah agenda yang terselindung disebalik kenyataan ini? Apakah mereka sama-sama mempunyai agenda untuk menghapuskan hak-hak orang Melayu? Alasan yang diberikan supaya hak diskaun Bumiputera dimansuhkan untuk memberi ruang kepada orang Melayu yang kurang berkemampuan adalah satu alasan yang mengelirukan kerana kita semua sedia maklum bahawa ada berbagai cara lain lagi yang boleh diusahakan untuk membantu golongan ini dari memansuhkan diskaun tersebut. Jika iapun diskaun itu dimansuhkan apakah mekanisma itu dapat menjamin ianya diagihkan dengan sempurna untuk orang Melayu sahaja? Apa yang jelas cadangan memansuhkan diskaun Bumiputera demi untuk menolong golongan Bumiputera yang miskin lebih bersifat menghina dan muslihat oleh bangsa asing untuk mendorong hak orang Melayu dimansuhkan.

Berhubung dengan kenyataan itu, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menolak cadangan itu dan memberi jaminan bahawa ianya akan dikekalkan di setiap negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Selangor, Sdr. Roslan Shahir memberitahu, cadangan yang diutarakan oleh Pua terlalu gopoh kerana ia memerlukan kajian terperinci terutamanya dari segi aspek kemampuan golongan Bumiputera untuk bersaing dengan pihak lain. Selain itu beliau juga menyuarakan rasa ketidakselesaan beliau dengan cadangan tersebut. Hingga ke hari ini, ramai yang tertanya-tanya apakah reaksi dan pendapat pemimpin-pemimpin Melayu dari parti PKR dan PAS mengenai isu ini. Apakah PENDIRIAN mereka apabila rakan sekutu mereka mencadangkan hak diskaun bumiputera dimansuhkan?

Apa yang sangat ketara di sini ialah fenomena mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu sudah menjadi perkara terbuka dan boleh juga disifatkan sebagai menangguk di air yang keruh oleh kebanyakan pemimpin bangsa asing di negara ini. Tidak ada lagi segan silu dan sopan santun untuk membicarakan isu-isu sensitif sebegini sebaliknya provokasi demi provokasi dicetuskan. Dapat juga dilihat melalui analisis sesetengah pihak bahawa tindakan ini adalah strategi bersama pemimpin berbangsa asing untuk merancang pemansuhan secara halus dan cubaan untuk menduga rakyat dengan isu sebegini dan seterusnya bersama-sama menjuruskan bukan Melayu untuk tidak mengundi calon Melayu pada pilihanraya ke 13. Apakah kita akan membiarkan perkara ini berterusan tanpa ada usaha-usaha untuk membendung virus merbahaya ini dari berlarutan dan seterusnya menjahanamkan bangsa kita?

Disebalik jurang yang kian jauh dan usaha-usaha menyatukan orang Melayu yang kelihatan sayup-sayup tanpa ada tanda-tanda positif yang ia akan menjadi kenyataan….kita akan terus diperalatkan dan diasak oleh bangsa lain dengan persoalan yang menjatuhkan maruah orang Melayu sendiri…..dan mereka akan meneruskan agenda ini jika kita sendiri membiarkan usaha ini mencapai matlamatnya. Persoalannya sekarang, dimanakah hala tuju kita hari ini dan apakah TINDAKAN kita?

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: