Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Pelajar Bumiputera ke IPTA : Berapa peratusan sebenar?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 Julai 2010

Oleh: Tun Teja Millenia

Hanya 26% pelajar bumiputera yang berjaya mendapat tempat di IPTA untuk sessi 2010? Angka ini amat membimbangkan apabila ia terpapar di dalam sebuah rencana terbitan akhbar harian tempatan yang terkemuka baru-baru ini. Jumlah yang mencatatkan penurunan yang mendadak jika dibandingkan dengan peratusan sebanyak 62.6% untuk sessi 2003/2004 dan 63.8% untuk sessi 2004/2005. Ramai yang terkejut dan mula membuat pelbagai andaian berdasarkan laporan ini. Laungan-laungan di laman media mula membuat ulasan dan seterusnya andaian seperti perlaksanaan meritokrasi yang menyebabkan peratusan pelajar bumiputera yang berjaya ke IPTA semakin turun, nasib pelajar bumiputera yang terancam dan sebagainya.

Persoalannya di sini berapakah jumlah peratusan sebenar pelajar Bumiputera yang berjaya ke IPTA? Jika kita rujuk laporan rencana yang mendedahkan jumlah peratusan tersebut, hanya 26% sahaja pelajar bumiputera yang berjaya ke IPTA dan baki selebihnya 74% dibolot oleh pelajar bukan bumiputera pada tahun ini. Jumlah yang sudah semestinya membimbangkan kita semua. Tetapi pada yang sama terdapat sedikit kekeliruan di dalam laporan jumlah ini. Contohnya, jumlah pelajar keseluruhan yang ditawarkan mengikuti program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ialah 40,366 orang calon, di mana komposisinya adalah seperti berikut,

Pelajar Bumiputera : 27,829 orang
Pelajar Kaum Cina : 10,116 orang
Pelajar Kaum India dan kaum lain : 2,421 orang

Berdasarkan jumlah yang tertera di atas jumlah sebenar pelajar bumiputera yang berjaya mendapat tempat ke IPTA ialah 68.94% dan bukannya 26% seperti yang dilaporkan di dalam rencana tersebut. Maka jumlah 68.94% adalah jumlah peningkatan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Maka adalah tidak tepat jika kita membuat andaian tentang jumlah pelajar bumiputera yang mendapat tempat di IPTA semakin kurang. Dapat juga kita lihat di sini berdasarkan angka peratusan yang sebenar pelajar bumiputera dapat bersaing dengan sihat walaupun kerajaan memperkenalkan prinsip meritokrasi yang membuka peluang sama rata kepada pelajar pelbagai kaum berdasarkan kemampuan pelajar. Kita berharap supaya kekeliruan ini diperbetulkan segera sebelum ada pihak-pihak yang suka menangguk di air yang keruh mengambil kesempatan untuk memperbesarkan lagi isu ini untuk tujuan provokasi.

Di samping itu tuduhan-tuduhan seperti kerajaan tidak perihatin dan membela nasib pelajar-pelajar yang tidak berjaya ke IPTA adalah sama sekali tidak benar. Jika kita kaji dengan terperinci kerajaan telah menyediakan pusat-pusat melanjutkan pelajaran seperti Institut Kemahiran Mara, Politeknik dan sebagainya. Begitu juga dengan kursus-kursus yang ditawarkan oleh kementerian sumber manusia yang sentiasa dijalankan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar bumiputera melibatkan diri di dalam bidang keusahawanan. Kursus-kursus yang ditawarkan juga meliputi bantuan pinjaman kewangan dan khidmat nasihat yang bersangkutan dengan bidang kursus. Di sini juga kita dapat lihat, majoriti yang mengikuti kursus kemahiran di institusi ini adalah pelajar bumiputera.

Satu Respons to “Pelajar Bumiputera ke IPTA : Berapa peratusan sebenar?”

  1. shabriduda said

    semua yang menjadi kerajaan maka wajib lah menyediakan sistem pendidikan dan infrastuktur untuk rakyatnya kerana semua rakyat menbayar cukai ….MCA ADA UNITAR,,,MIC ADA UNUVERSITI PERUBATAN DI SEMELIN BEDONG KEDAH,,,PAS ADA KOLEJ UNUVERSITI MUASASAH DARUL ULUM DI KEDAH,PAS ADA PENDIDIKAN PRA SEKOLAH (PASTI)….mana intutusi pendidikan yang dijayakan oleh parti umno ..dulu ada KUBB tapi berkubur ….so ada perbezaan antara parti dan kerajaan.so jangan la umno memilikanpartikan hak kerajaan,Man2 parti yang menjadi kerajaan akan menjalan tugasnya kepada rakyat malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: