Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS TAK UBAH SEPERTI KAKI PEKUK LENGGANG KE PERUT

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 14 Julai 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Bila Bangsa Melayu bersatu dan bersatu hati, ia akan menjadi benteng yang kuat untuk terus berkuasa dan menjadikan Agama Islam sebagai asas doktrin kepimpinan..dan benteng itu segalanya akan menjadi bahan permainan pihak DAP. Bila terbaca petikan dari Ken ( Blog: Marahku.blogspot.com ) : “ …Saya berharap semua ahli DAP, berhati-hati dalam menjalankan gerakan kita. Kita semakin hampir dan DS Anwar Ibrahim tidak boleh berbuat apa-apa…Ingat, gerakan kita adalah untuk anak-anak bangsa kita yang selalu di keji oleh MELAYU. .Ayuh bangsa Cina, kuasai dan rebut apa yang MELAYU tidak mampu dan jangan kita terhutang budi dengan MELAYU… ! “ artikel yang di tulis oleh Lim Guan Eng ( 17/12/2009 )

Darah rasa menyirap bila Lim Guan Eng berkata begitu… “ Dimanakah kuasa melayu sekarang? Di mana letaknya agama ISLAM kita ?” Apa pula kata PAS bila Lim Guan Eng berkata demikian? PAS sudah berubah. Awal penubuhannya, PAS mendakwa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam. Sekarang nampaknya PAS telah menjadi sahabat ‘adik-abang’ dengan parti DAP yang menentang perjuangan Negara Islam. PAS sudah tertelan ludah sendiri. PAS sebenarnya dalam dilema. Jika mereka menerima bukan Islam sebagai ahli yang boleh mengundi dan menentukan dasar, PAS sudah jadi parti seperti PKR. Dulu PAS kata mereka berteraskan Islam dan bukan bangsa. Menerima bukan Islam ke dalam ‘perut’ PAS ini menjadikan mereka parti berteraskan kuasa sahaja demi meraih undi bukan Islam. Setidak-tidak UMNO hanya menerima Melayu/Islam sebagai ahli parti.

Nampak gayanya tidak mungkin! PAS akan ditelan oleh si kafir yang berada di dalam parti tersebut terutama apabila kaum kafir diberikan hak mengundi….Sejarah Malaysia sendiri sudah cukup untuk dijadikan panduan. Kesilapan terdahulu dengan memberikan hak mengundi 1 undi sama seperti orang Melayu menyebabkan orang Melayu-Islam kekal seperti ketika British memerintah negara ini!

Kini, PAS cuba mewujudkan wuzarah-wuzarah (kementerian-kementerian) di dalam parti itu untuk menunjukkan yang depa lebih pandai dan lebih memahami fiqh syahsiah berbanding UMNO. Pada masa yang sama, cuba menolak fahaman sempit dan dangkal mereka tentang assobiyyah. Maka diwujudkan wuzarah yang diketuai oleh tafwidl dan tanfidz. Dalam apa keadaan pun, seharusnya wazir tafwidl mengatasi wazir tanfidz memandangkan wazir tafwidl diwajibkan sebagai orang Islam, tahu tentang hukum-hakam Islam dan tahu tentang strategi dan taktik perang serta tahu cara-cara menguruskan kewangan. Sedangkan wazir tanfidz pula dikhususkan untuk si kafir. Kita sendiri dapat melihat bagaimana tunduknya PAS kepada kehendak dan tuntutan kaum kafir dari DAP. Jadi, apa yang diharapkan kalau kaum kafir berada di dalam PAS? Apakah wazir tafwidl mereka akan mampu mengatasi wazir tanfidz mereka?

Fikirlah:
UMNO tu Fattah, PAS tu Hamas, Kita Hidup Bertelagah, Diri Hancur negara di rampas !

Ternyata dalam melaksanakan strategi, PAS kembali berpecah seperti golongan Erdogan dan ulama. Ulama yang masih rigid dan tidak mahu berkompromi soal dasar PAS, dan satu puak Erdogan yang liberal dan sangat sanggup berbuat apa saja demi kuasa. Politik is politik dan PAS hanya parti yang menggunakan Islam sahaja.

Di telan mati emak, diluah mati ayah. Dan jika PAS menjanjikan syurga kepada ahli Islamnya, PAS menjanjikan apa pula untuk ahli bukan Islamnya? Dan perpecahan ‘ulama-ulama’ dalam PAS ini lebih senang jika di grafikkan. PARTI PAS yg berjiwa ISLAM sepenuhnya sudah hanyut & hancur. Yg ada sekarang PAS ala Wang Kaut!.PAS sekarang sudah pandai lihat duit tujuan utama, HALAL & HARAM belakang kira. Itulah PAS yg akan jadi kenangan sedikit masa lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: