Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Rancangan Malaysia ke 10 dan Model Ekonomi Baru …..untuk siapa?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 12 Julai 2010

Oleh: Tun Teja Millenia

Baru-baru ini rakyat menjadi gusar apabila terdengar berita tentang khabarnya kerajaan akan menghentikan subsidi harga kepada rakyat. Malaysia akan menjadi negara bangkrup pada 2019 jika pemberian harga subsidi terus dikekalkan demikian menurut Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berbagai persoalan dan kerisauan mula menghantui kebanyakkan rakyat Malaysia. Hari ini kita lihat semua rakyat Malaysia khususnya orang Melayu sering mengeluh tentang kehidupan masa kini. Boleh dikatakan semua merasa terhimpit dengan keadaan semasa yang kian meruncing….kita menghadapi berbagai krisis pada suatu masa…..krisis politik, krisis perpaduan, krisis ekonomi dan sebagainya. Maka bertambah kacaulah perasaan mereka jika perkara ini berlaku. Golongan berpendapatan rendah yang mewakili 40 % rakyat Malaysia akan merasa lebih terhimpit dengan penarikan subsidi ini.

Walaupun beberapa insentif seperti memberi rebat tunai sebanyak RM 126 setahun utk pemilik kenderaan yang berkuasa 1000 cc kebawah dan RM54 untuk pemilik motorsikal berkuasa 250cc kebawah, ianya masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan seharian yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Bayangkanlah jika harga subsidi gas dikurangkan, maka secara tidak langsung tariff elektrik akan naik, kenaikan tol yang dijangka pada pertengahan 2010, kos yuran pesakit luar di hospital kerajaan yang dinaikkan, skim pinjaman buku teks akan dimansuhkan, yuran peperiksaan, yuran ke IPTA akan dinaikkan…tentunya ini akan menambahkan lagi sakit kepala dan sakit hati golongan yang berpendapatan rendah ini. Dengan kata lain Kerajaan menukar insentif subsidi dengan pembayaran tunai setahun sekali dimana jumlahnya jauh lebih kecil dari bebanan yang akan ditanggung oleh golongan rakyat berpendapatan rendah. Rasionalnya jumlah rebet tunai yang dikembalikan kepada rakyat hanya akan bertahan tidak lebih dari 5 hari jika dibandingkan dengan beban yang akan ditanggung mereka sepanjang tahun. Semuanya mengharapkan Kerajaan memberi pendekatan yang lebih mesra rakyat dari dibebani dengan segala kenaikan kos.

Tidakkah kerajaan hari ini mengambil ikhtibar dari kesilapan di masa lalu dimana kerajaan sebelum ini memberi rakyat rebet tunai berjumlah RM 625 setahun untuk menampung bebanan kenaikan harga petrol sebanyak RM 2.70? Adakah tindakan ini membantu ekonomi negara dan membantu rakyat amnya? Kita tahu langkah ini tidak sama sekali berjaya menyelesaikan masalah ekonomi negara. Dengan kenaikan harga barang makanan yang akan naik sebanyak 20% adakah RM 20 setahun cukup untuk menampung kos itu semua? Pendapatan bulanan masih ditahap sama tetapi terpaksa menghadapi kos kenaikan harga makanan dan keperluan lain. Apakah rancangan Kerajaan untuk membantu golongan 40% yang berpendapatan rendah ini supaya mereka hidup lebih selesa? Apa yang kita semua sedia maklum pada masa ini kebanyakkan golongan ini menghadapi masalah kewangan dan seterusnya menjuruskan mereka ke dalam kancah hutang. Ini akan lebih memburukkan keadaan di mana kes ah long berleluasa dan mereka diburu oleh pihak bank kerana hutang. Disebabkan kos sara hidup yang tinggi juga rata-rata orang melayu tidak mampu untuk memiliki rumah. Apa yang kita lihat hari ini ialah generasi orang Melayu yang dihimpit dengan hutang dan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Dan lebih sedih lagi jika masalah hutang mereka ditahap kritikal dan disenaraihitamkan oleh pihak institusi kewangan.

Apa yang ingin diketengahkan disini ialah bagaimana Kerajaan hari ini ingin menangani masalah ini di dalam RMK10 dan Model Ekonomi Baru. Adakah isu-isu ini disedari oleh pihak atasan? Amatlah kita semua harapkan Kerajaan akan lebih perihatin dan seterusnya mencari formula yang lebih mesra rakyat di dalam mengatasi masalah ini supaya rakyat akan lebih gembira, selesa dan berpuas hati di bawah pimpinan Barisan Nasional. Tidakkah kerajaan hari ini terfikir tentang ini? Tentunya jika rakyat berpuas hati dan selesa dengan kehidupan seharian, mereka akan menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan hari ini dan seterusnya tidak berfikir panjang untuk mengundi kerajaan yang akan menjamin kesejahteraan dan keselesaan hidup baik dari segi sosial dan juga ekonomi…..Fikir2 la sejenak ! 

2 Respons to “Rancangan Malaysia ke 10 dan Model Ekonomi Baru …..untuk siapa?”

  1. rahim_xo said

    tak prlu fikir2 lagi sbb pru13 bn akan jadi pembangkang.
    sekian terima kasih

  2. Paul said

    Saudara Rahim_XO…..
    Bro…lu sudah fikir masak2 kah? wa ingat bkn BN jadi pembangkang….lu selamanya jadi pembangkang !!!!
    Sekian , terima kasih !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: