Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

UMNO MENJADI PILIHAN ULAMA MUDA

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 7 Julai 2010

Oleh : Tun Teja Millenia

Kira-kira 100 orang warga FB hadir malam tadi (6hb Julai 2010)di sebuah restoran di ibu negara untuk perjumpaan bersama Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini. Turut serta di dalam perjumpaan itu adalah mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Arau, Perlis. Kumpulan Ulama berkenaan diketuai oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman . Acara ini memang dinantikan ramai kerana ingin bertemu dan beramah mesra bersama para Ulama tersebut. Dato’ Seri Shahidan Kassim memulakan ucapan dengan memperkenalkan Ustaz Fatul Bari Mat Jahaya (kini berkhidmat sebagai Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), dan Ustaz Fauzan (berkhidmat di sebuah Universiti tempatan)yang hadir pada malam itu. Ramai yang hadir mangambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dan seterusnya mengutarakan pelbagai soalan berkaitan isu politik semasa dan isu ugama.

Penyertaan kumpulan Ulama ini adalah berperingkat-peringkat pertama dimana menurut Ustaz Fatul insyaAllah kumpulan yang kedua akan turut serta tidak lama lagi dan dijangkakan lebih 1000 orang Ulama akan menyertai Umno. Ketika ditanya tentang penyertaan ke dalam Umno, Dato Seri Shahidan Kassim berkata kumpulan Ulama akan diberi ruang untuk meneruskan misi dakwah mereka khususnya di kalangan golongan muda serta sama-sama menunaikan tanggungjawab menyebarkan ugama dan menyeru kepada perpaduan dikalangan orang melayu. Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap. Kumpulan Ulama ini dijangka akan mengadakan perbincangan dan menyediakan draf kertas kerja mengenai program-program yang akan dianjurkan bersama-sama Pemuda Umno.

Fathrul Bari Mat Jahaya berkata mereka memilih Umno sebagai medium dakwah berdasarkan janji yang diberikan pemimpin tertinggi parti itu untuk memastikan para ulama dan ilmuan muda meneruskan dakwah. Jadi tawaran seperti ini memang dinantikan oleh kumpulan ini, sebagai seorang yang memiliki ilmu, memang menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat,” katanya. Tambahnya, ia selaras dengan firman Allah dalam al-Quran yang menyeru supaya umatnya keluar mencari ilmu di mana sahaja supaya sekembalinya nanti ke tanahair dapat menyebarkan ilmu yang diperolehinya kepada masyarakat. Maka kami yang dibenarkan oleh kerajaan untuk keluar menuntut ilmu di luar negara sehingga ke Mesir, Jordan, Madinah dan sebagainya… kepulangan kami dinanti-nanti oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu. Tapi sekiranya berlaku sekatan dalam menyampaikan ilmu, maka pengajian kami selama ini menjadi sia-sia… maka peluang yang diberikan Umno merupakan satu peluang keemasan,” katanya.

Di antara perkara-perkara yang dibincangkan pada malam itu ialah para Ulamak berharap dapat menasihati dan menyeru supaya kesemua ahli Puteri Umno, Wanita dan isteri-isteri pembesar negara yang beragama Islam untuk menutup aurat. Mereka juga berharap dapat membantu di dalam kekeliruan beberapa isu berkaitan ugama dan isu penggunaan ayat-ayat al-quran oleh pihak pembangkang yang bukan beragama islam di dalam ceramah politik mereka.

Sementara itu, isu penyertaan kumpulan Ulama Muda ke dalam Umno menjadi bahan gurauan dan cemuhan oleh pihak pembangkang. Pelbagai tohmahan dan fitnah ditaburkan serta dicetuskan kononnya para Ulama 40 yang menyertai UMNO baru-baru ini ditipu, diugut dan sebagainya. Perkara yang menarik sekarang ialah kalau kumpulan 40 ulama sebelum ini ditipu oleh UMNO seperti yang didakwa parti terdesak PAS, mengapa ada lagi hampir 1000 ulama muda yang sedang bersedia untuk menyertai UMNO?

Mengapa?

Logiknya, mereka yang berkelulusan tinggi atau terpelajar nyata sekali bukan ditipu atau dipaksa, tetapi memilih untuk menyertai UMNO di atas kesedaran diri sendiri. Menurut Ustaz Fatul lagi, semasa di zaman universiti, mereka lebih cenderung kepada parti pembangkang tetapi lama kelamaan mereka menyedari bahawa banyak perilaku dan perjuangan parti tersebut telah tersasar dari landasan. Kebanyakkan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak parti pembangkang boleh disifatkan berat sebelah atau dengan lebih jelas hanya menyebelahi ahli-ahli parti tersebut sahaja. Mereka berharap dapat membetulkan keadaan ini dan seterusnya menghapuskan kekeliruan ini dikalangan semua ahli-ahli parti dan seluruh masyarakat Islam amnya.

Apakah fitnah terbaru yang akan ditabur PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas ini? Semoga Allah memberkati usaha murni para Ulamak muda ini dan sama-samalah kita berharap kejayaan di dalam perjuangan murni mereka.

 

3 Respons to “UMNO MENJADI PILIHAN ULAMA MUDA”

  1. student said

    1000 ulama muda???ulama tua pun korang dok permainkn,ni kan ulama muda,jd pk turut je la kot…satu benda aku nak tengok dulu..nasihat isteri PM dan isteri menteri2 lain semua pakai tudung,kalau perkara ni pun korang tak mampu buat xpayah la dapat title ulama tu…

  2. hang ketuk said

    Adik Student, bila nak amik PMR? Dah ready ke?

  3. hatta_adnan said

    kalo ikut PAS lagi terpesong that’s why ulama2 muda ni ikut UMNO…dlm UMNO pun bleh buat dakwah juga…. PAS lagi terbabas ! menghalalkan yang haram !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: