Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Julai 2010

Pelajar Bumiputera ke IPTA : Berapa peratusan sebenar?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 Julai 2010

Oleh: Tun Teja Millenia

Hanya 26% pelajar bumiputera yang berjaya mendapat tempat di IPTA untuk sessi 2010? Angka ini amat membimbangkan apabila ia terpapar di dalam sebuah rencana terbitan akhbar harian tempatan yang terkemuka baru-baru ini. Jumlah yang mencatatkan penurunan yang mendadak jika dibandingkan dengan peratusan sebanyak 62.6% untuk sessi 2003/2004 dan 63.8% untuk sessi 2004/2005. Ramai yang terkejut dan mula membuat pelbagai andaian berdasarkan laporan ini. Laungan-laungan di laman media mula membuat ulasan dan seterusnya andaian seperti perlaksanaan meritokrasi yang menyebabkan peratusan pelajar bumiputera yang berjaya ke IPTA semakin turun, nasib pelajar bumiputera yang terancam dan sebagainya. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pendidikan | 1 Comment »

Perpaduan Orang Melayu Tenat

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 21 Julai 2010

Oleh : Tun Teja Millenia

Saban hari apabila membuka lembaran akhbar tempatan dan Facebook untuk mengikuti hal-hal semasa dan semakan status, kita tidak lari dari terbaca ayat-ayat keluhan dan kecaman di antara rakan-rakan kita yang berbangsa Melayu. Ramai di kalangan rakan-rakan kita yang berbangsa Melayu tetapi mempunyai ideologi yang berbeza rancak ‘berperang’ di ruangan media. Masing-masing berlumba-lumba untuk berbalas-balas kecaman dan tuduhan. Semangat untuk berjuang sangat terserlah malah sangat kreatif di dalam penyampaian masing-masing. Bermacam-macam ragam dan cara mereka untuk menarik minat rakan-rakan untuk sama-sama memberi komen dan seterusnya berbincang tentang sesuatu isu yang dibangkitkan terutamanya di ruangan facebook. Situasi dan senario ini sangat menggalakkan akan tetapi disudut hati saya merasa sayu dan sedih kerana perjuangan mereka adalah untuk berlawan sesama bangsa dimana mereka berperang diantara satu sama lain…..

Ulasan yang terbaik dari mengikuti perkembangan ini ialah, dapat dirumuskan bahawa perpaduan di antara orang Melayu semakin tenat malah tiada tanda-tanda untuk bersatu walaupun mempunyai matlamat perjuangan yang sama. Dimanakah sikap toleransi orang kita? Sedarkah kita yang saban hari kita semakin menjurangkan hubungan kita hanya disebabkan perbezaan pendapat? Tidak pernahkah kita berfikir sejenak dan menimbangkan idea untuk sama-sama berjuang untuk bangsa walaupun perbezaan ideology? Adakah itu mustahil? Adakah terlalu susah untuk mengenepikan ego masing-masing dan mengambil langkah positif untuk bekerjasama di dalam memperjuangkan bangsa kita? Bukankah itu persamaan yang sangat nyata? Bukankan itu yang kita perjuangkan selama ini? Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | 6 Comments »

Harga Minyak naik lagi …….Gula pun…..….!

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 16 Julai 2010

Oleh : Peluru Bertunang

Aku tengah penat ni…. Jalan Jem hari hari macam ni, tapi tak apalah kerja cari rezeki untuk meneruskan hidup ni, selagi hidup kena berusaha seolah olah hidup seribu tahun lagi eh!.. ya macam tukan?. Tiba-tiba terdengar di corong radia kereta buatan tempatan juruhebah membaca berita terkini… “ harga bahan bakar naik lagi ? Gula pun naik juga ?” bercelaru fikiran aku, baru aku dok berkira untuk berniaga air bulan puasa ni.

Menurun kata Pak menteri ianya wajar, ianya sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsisi untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan tahun ini. Ia tak ya jugak banyak yang kerajaan telah belanjakan untuk kesejahteraan dan kemakmuran yang sedang kita kecapi hari ini, terima kasih para pemimpin cendiakawan Negara.

Tapi kewajarannya……. siaplah kena kira bajet kehidupan semula la lepas ini. Dah pastilah harga barangan lain akan naik melambung lambung gila, Semua tau…. seluruh kehidupan ini terlibat penuh dengan barangan yang dinaikan harga ini. Oleh itu aku tidak akan bertolak ansur lagi dengan program untuk ikat perut separti yang selalu kami bincangkan di pejabat selepas seminggu gaji..… Macam kata kawan akulah. ‘Tuuu duluuuuuu sebelum barang naik..’

Yang 100% aku pasti, pengurangan subsidi ini akan memberi kesan terhadap perbelanjaan isi rumah semua golongan marhaen macam aku. Tak payah lagi nak buat program makan kenduri. Tak perlu pekena teh tari dan roti canai kedai mamak atau lempeng kat kedai kak Jah.

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain | 3 Comments »

JANGAN MARAH

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 16 Julai 2010

Oleh : Hujan Panas

anakku..,
jangan marah…,
bila hatimu bercelaru

jangan marah…,
bila jantungmu kencang berdetak.

jangan marah…,
bila dadamu membara. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »

PAS TAK UBAH SEPERTI KAKI PEKUK LENGGANG KE PERUT

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 14 Julai 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Bila Bangsa Melayu bersatu dan bersatu hati, ia akan menjadi benteng yang kuat untuk terus berkuasa dan menjadikan Agama Islam sebagai asas doktrin kepimpinan..dan benteng itu segalanya akan menjadi bahan permainan pihak DAP. Bila terbaca petikan dari Ken ( Blog: Marahku.blogspot.com ) : “ …Saya berharap semua ahli DAP, berhati-hati dalam menjalankan gerakan kita. Kita semakin hampir dan DS Anwar Ibrahim tidak boleh berbuat apa-apa…Ingat, gerakan kita adalah untuk anak-anak bangsa kita yang selalu di keji oleh MELAYU. .Ayuh bangsa Cina, kuasai dan rebut apa yang MELAYU tidak mampu dan jangan kita terhutang budi dengan MELAYU… ! “ artikel yang di tulis oleh Lim Guan Eng ( 17/12/2009 )

Darah rasa menyirap bila Lim Guan Eng berkata begitu… “ Dimanakah kuasa melayu sekarang? Di mana letaknya agama ISLAM kita ?” Apa pula kata PAS bila Lim Guan Eng berkata demikian? PAS sudah berubah. Awal penubuhannya, PAS mendakwa UMNO kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam. Sekarang nampaknya PAS telah menjadi sahabat ‘adik-abang’ dengan parti DAP yang menentang perjuangan Negara Islam. PAS sudah tertelan ludah sendiri. PAS sebenarnya dalam dilema. Jika mereka menerima bukan Islam sebagai ahli yang boleh mengundi dan menentukan dasar, PAS sudah jadi parti seperti PKR. Dulu PAS kata mereka berteraskan Islam dan bukan bangsa. Menerima bukan Islam ke dalam ‘perut’ PAS ini menjadikan mereka parti berteraskan kuasa sahaja demi meraih undi bukan Islam. Setidak-tidak UMNO hanya menerima Melayu/Islam sebagai ahli parti. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa | Leave a Comment »

Anuar In CNN !!!

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 14 Julai 2010

Oleh:Hatta_Adnan

Kalau kita orang luar dan tengok video ni , kita akan terus fikir teruk betul negara Malaysia…!

Adakah tindakan Anuar ini akan menhancurkan Malaysia? Apa tanggapan dunia pada Malaysia ?

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »

Rancangan Malaysia ke 10 dan Model Ekonomi Baru …..untuk siapa?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 12 Julai 2010

Oleh: Tun Teja Millenia

Baru-baru ini rakyat menjadi gusar apabila terdengar berita tentang khabarnya kerajaan akan menghentikan subsidi harga kepada rakyat. Malaysia akan menjadi negara bangkrup pada 2019 jika pemberian harga subsidi terus dikekalkan demikian menurut Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berbagai persoalan dan kerisauan mula menghantui kebanyakkan rakyat Malaysia. Hari ini kita lihat semua rakyat Malaysia khususnya orang Melayu sering mengeluh tentang kehidupan masa kini. Boleh dikatakan semua merasa terhimpit dengan keadaan semasa yang kian meruncing….kita menghadapi berbagai krisis pada suatu masa…..krisis politik, krisis perpaduan, krisis ekonomi dan sebagainya. Maka bertambah kacaulah perasaan mereka jika perkara ini berlaku. Golongan berpendapatan rendah yang mewakili 40 % rakyat Malaysia akan merasa lebih terhimpit dengan penarikan subsidi ini. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Sejarah | 2 Comments »

UMNO MENJADI PILIHAN ULAMA MUDA

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 7 Julai 2010

Oleh : Tun Teja Millenia

Kira-kira 100 orang warga FB hadir malam tadi (6hb Julai 2010)di sebuah restoran di ibu negara untuk perjumpaan bersama Ulama yang menyertai Umno baru-baru ini. Turut serta di dalam perjumpaan itu adalah mantan Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Arau, Perlis. Kumpulan Ulama berkenaan diketuai oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman . Acara ini memang dinantikan ramai kerana ingin bertemu dan beramah mesra bersama para Ulama tersebut. Dato’ Seri Shahidan Kassim memulakan ucapan dengan memperkenalkan Ustaz Fatul Bari Mat Jahaya (kini berkhidmat sebagai Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), dan Ustaz Fauzan (berkhidmat di sebuah Universiti tempatan)yang hadir pada malam itu. Ramai yang hadir mangambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dan seterusnya mengutarakan pelbagai soalan berkaitan isu politik semasa dan isu ugama.

Penyertaan kumpulan Ulama ini adalah berperingkat-peringkat pertama dimana menurut Ustaz Fatul insyaAllah kumpulan yang kedua akan turut serta tidak lama lagi dan dijangkakan lebih 1000 orang Ulama akan menyertai Umno. Ketika ditanya tentang penyertaan ke dalam Umno, Dato Seri Shahidan Kassim berkata kumpulan Ulama akan diberi ruang untuk meneruskan misi dakwah mereka khususnya di kalangan golongan muda serta sama-sama menunaikan tanggungjawab menyebarkan ugama dan menyeru kepada perpaduan dikalangan orang melayu. Menurut Shahidan lagi, kemasukan ulama muda ini ke dalam Umno bukan untuk merebut jawatan tetapi bagi membina pemuda yang positif dan mempunyai kerohanian yang mantap. Kumpulan Ulama ini dijangka akan mengadakan perbincangan dan menyediakan draf kertas kerja mengenai program-program yang akan dianjurkan bersama-sama Pemuda Umno. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Program, Sejarah | 3 Comments »

Melayu Akan Hilang Kuasa Politik Jika Terus Berpecah

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 7 Julai 2010

Oleh: Hatta_Adnan

Kita semua sebenar terlupa bahawa di Malaysia apabila kita sebut sahaja Melayu secara automatik kita kaitkan dengan agama Islam. Di Indonesia tiada bangsa Melayu, cuma bangsa Indonesia yang pelbagai agama. Orang Arab pun, walaupun majoriti besarnya org Islam, tetapi ada juga yang bergama Kristian dan Yahudi.

Justeru di dalam konteks Malaysia, apabila TPM menyebut tentang perpaduan Melayu, secara otomatisnya ia membawa makna kepada perpaduan umat Islam di negara ini. Memang terdapat bangsa bangsa lain yang menganut agama Islam di Malaysia. Tetapi secara perbandingan jumlahnya, majoriti besarnya dalam umat Melayu. Adalah juga menjadi kelaziman di Malaysia, apabila seseorang menjadi mualaf (embracing Islam), ia akan secara sedar atau tidak akan terikut ikut dengan budaya melayu, seperti pemakaian, pemakaian dan dalam beberapa hal adat istiadat. Dan kebanyakkan mereka juga akan mencari pasangan hidup daripada orang melayu. Apabila lahirnya zuriat, pendaftaran bangsa anak anak mereka akan di kategorikan sebagai ‘MELAYU’.

Justeru di dalam konteks Malaysia, perpaduan Melayu itu adalah perpaduan umat Islam. Cuma apabila ada perbezaan politik, sesebuah parti politik akan cuba memanipulasikan isu isu sensitif untuk membolehkan ia meraih sokongan. Kalau di kupas dari segi pengertian memanglah istilah perpaduan melayu dan perpaduan Islam itu berbeza. tetapi jika di lihat dari konteks malaysia dan survivaliti ‘status quo’ Melayu dan islam menjadi tonggak kedaulatan negara, ‘Perpaduan Melayu’ mempunyai maksud tersirat yang lebih bererti. Tiada gunanya melaungkan perpaduan Islam , jika negara tersungkur di tangan puak puak yang berniat meminggirkan islam dan mematikan kuasa politik orang melayu. Seperti kata kata seorang pemimpin mereka ‘THERE WILL BE NO ISLAMIC STATE IN MALAYSIA’..tepuk dada tanya selera..! Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik, Sejarah | Leave a Comment »