Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MUKTAMAR PAS KE 56 MEREALISASIKAN ASPIRASI RASIS DAN CHAUVINIS DAP ( Bahagian Pertama )

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Jun 2010

Oleh: Kawan Lama

Muktamar Perhimpunan Tahunan ke 56 PAS yang berakhir hari Ahad lalu telah dengan sendirinya menjelaskan hala tuju PAS sebenarnya. Pelbagai perbincangan dan resolusi telah dibentang dan diketengahkan. Namun bagi penulis, dua perkara pokok yang dapat diperbincangkan di sini adalah pertamanya; keazaman PAS untuk ‘membunuh’ kewujudan UMNO dalam usaha untuk mengekalkan hubungan dengan PKR dan DAP dan keduanya; perancangan menambah dan mengekalkan pola pengundian bukan Melayu serta menarik pengundi muda dalam PRU 13 kelak. Kedua-dua usaha ini adalah untuk membuktikan kepada umum bahawa peranan PAS dalam pakatan pembangkang adalah begitu signifikan dan dilihat relevan. Sekilas pandang, ia merupakan sesuatu yang tidak nampak cacat celanya. Namun sekiranya ditelusuri secara lebih mendalam, PAS perlu membuktikan kepada rakan dalam pakatan khususnya DAP yang acapkali sangsi terhadap kewujudan PAS dalam pakatan mereka. Jauh lebih dalam,, dendam PAS terhadap UMNO berjaya dimanipulasikan oleh DSAI (PKR) dan DAP.

UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tunggak kepada BN dan negara. Kejayaan UMNO bersama dengan rakan komponen lain dilihat tidak dapat digugat. Parti komponen dalam BN memberikan kepercayaan penuh kepada UMNO untuk menerajui dan melaksanakan program-program pembangunan kerana UMNO telah membuktikan bahawa semangat kerjasama dan saling menghormati antara sesama parti, bangsa dan agama telah berjaya meletakkan Malaysia seperti yang kita nikmati sehingga kini.

UMNO merupakan halangan terbesar kepada pihak lawan dalam menguasai politik dan pentadbiran negara khususnya bagi DAP yang sentiasa mengamalkan sifat rasis dan chauvinisnya. DAP telah gagal beberapa kali dalam usaha untuk ‘membunuh’ UMNO. Usaha ini tidak pernah padam. Mereka percaya, untuk memastikan kelansungan perjuangan politik mereka, UMNO perlu dihapuskan. Pelbagai usaha telah mereka jalankan. Antara usaha yang masih lagi diamalkan sehingga kini adalah dengan menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu bahawa UMNO tidak akan bantu mereka. DAP mengaitkan UMNO sebagai parti perkauman dengan hanya mengutamakan kepentingan Melayu sahaja. Selaras dengan agenda mereka, ramai di kalangan pemimpin Melayu dilabelkan oleh DAP sebagai ‘ultra Malays’ seperti Tun Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Dato’ Harun Idris, Tun Mahathir dan kini DS Najib Tun Razak.

Pada tahun 1998, UMNO telah diharamkan. Mereka melihat UMNO kini telah berpecah kepada dua kelompok besar iaitu Team A bersama Tun Mahathir dan Team B bersama Tengku Razaleigh Hamzah. Kini peluang mereka terbuka luas kerana UMNO. DAP tidak melepaskan peluang yang terbuka luas ini. Mereka cuba menggunakan pendekatan kerjasama dalam usaha untuk merealisasikan visi mereka. Mereka telah bersetuju dengan rancangan kerjasama yang diunjurkan oleh Semangat 46 pada PRU 1990. . Pada masa yang sama, mereka masih mengelakkan daripada bekerjasama dengan PAS. PAS dan Semangat 46 wujudkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), itu urusan lain. Bagi DAP, apa yang penting, mereka dapat tambahan kerusi.

Namun kerjasama mereka gagal untuk menumbangkan BN. Walau bagaimanapun PAS dapat menguasai Kelantan dan bersama Semangat 46 mewujudkan kerajaan APU.. Kerjasama mereka juga lama kelamaan luput dek disebabkan ‘kerakusan’ dan sikap ‘saling mencurigai’ antara satu sama lain. Kerjasama yang wujud sebenarnya tidak kukuh. Kesangsian masih menebal di antara PAS dan DAP. DAP dan PAS takut pengundi masing-masing akan ‘lari’ dan tidak mempercayai mereka. Lantaran itu, kerjasama yang diwujudkan adalah semata-mata gimik politik demi kepentingan mereka secara berasingan.

Selepas PRU 1990, BN memperkukuhkan barisan mereka dengan merancang dan melaksanakan program-program pembangunan yang agresif dan telah berjaya meletakkan Malaysia di peta dunia. DAP dan PAS melihat peluang mereka semakin nipis dan mula mengorak langkah secara berasingan. PAS dan DAP pernah mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen. DAP melalui Lim Kit Siang dan PAS melalui Haji Hadi.

Pada peringkat awal kewujudan PKR, DAP mengamalkan dasar ‘tunggu dan lihat’. Mereka tidak mahu kecundang sepertimana kerjasama mereka dengan Semangat 46 pada tahun 1990 lalu. Pada PRU 11 tahun 2004, pembangkang kehilangan banyak kerusi kerana peralihan kuasa Tun Mahathir kepada Tun Abdullah diterima seelok-eloknya oleh rakyat.

Peluang DAP untuk merealisasikan hasrat mereka untuk membunuh halangan terbesar mereka iaitu UMNO terbuka sekali lagi. Kini melalui DSAI. DSAI yang telah dibuang daripada kerajaan dan UMNO telah menjadi tulang belakang kepada penubuhan Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Sebelum menjadi sebagai sebuah parti poitik, ia bergerak di atas nama ADIL yang asas penubuhannya bertujuan untuk membebaskan DSAI daripada penjara. Namun apabila dijadikan senagai parti politik dengan nama KeAdilan asas perjuangan tersebut bertukar kepada uasaha untuk menjadikan DSAI sebagai PM ke 6 Malaysia.

Tekanan yang dihadapi pada penggal kedua kepimpinan Tun Abdullah baik dari dalam mahu luar parti telah membuka ruang luas kepada pembangkang untuk memperkukuhkan kempen mereka dalam PRU 12 lalu. BN telah gagal mempertahankan majoriti dua pertiga buat pertama kalinya. Pembangkang melihat terdapat peluang untuk mereka menguasai beberapa negeri. Lantaran itu, mereka berpakat dan mengadakan perjumpaan untuk bekerjasama. Kerjasama mereka inilah telah menyebabkan BN kehilangan beberapa negeri seperti Perak, Selangor dan Kedah. Lantaran itu, mereka gembar-gemburkan kerjasama ini adalah pakatan rakyat.

Daripada kerjasama ini, ketiga-tiga parti pembangkang telah menerajui beberapa negeri. DAP dapat menguasai Pulau Pinang dan Perak. PAS menguasai Kelantan dan Kedah. Manakala PKR menerajui Selangor. Bagi mereka inilah kejayaan terbesar mereka dalam mana-mana PRU negara. Kejayaan ini telah mereka mendorong mereka untuk melaksanakan propaganda yang lebih menjurus kepada penguasaan penuh bagi PRU 13 kelak. Kalau dilihat secara mendalam, penguasaan terhadap kesemua negeri yang dimenangi pembangkang adalah DAP. DAP Cuma tidak mempunyai suara dan pengaruhnya di Kelantan sahaja. Di Pulau Pinang, mereka menguasainya secara total. Di Selangor dan Perak, mereka merupakan kuasa dibelakang tabir pemerintahan kerajaan kedua-dua negeri tersebut. Manakala di Kedah yang dikuasai PAS, DAP juga cukup lantang sehinggakan mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

Walaupun pembangkang berjaya dalam PRU 12 lalu, namun mereka masih gagal untuk membunuh kekuatan UMNO. Mereka telah berjaya menarik pengundi bukan Melayu untuk tidak mengundi calon-calon bukan Melayu dalam UMNO seperti MCA,MIC, Gerakan dan PPP. Melihat kejayaan mempengaruhi bukan Melayu untuk tidak mengundi calon BN khususnya calon bukan Melayu, DAP kini secara senyap melancarkan agenda ‘Biar Melayu Lawan Melayu’. Untuk itu mereka berselindung di sebalik nama PAS dan DSAI/PKR. Untuk menjayakan misi ini, tugasan terbesar diberikan kepada PAS kerana PAS adalah parti orang Melayu yang boleh diperalatkan. PKR di anggap tidak layak kerana ia adalah parti ‘capalang’ atau campur aduk dan tak keruan.

DAP memperalatkan PAS kerana DAP tahu PAS telah lama menyimpan dendam terhadap UMNO iaitu sejak awal penubuhan parti tersebut. Dendam kesumat yang masih terbuku dalam hati pemimpin PAS didasarkan atas rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat jawatan penting dalam kerajaan. Tambahan pula para pemimpin terdahulu merupakan mereka terdiri daripada golongan yang kecewa. DAP pun tahu bahawa PAS taklah kuat sangat pengaruh terhadap kaum bukan Melayu. Lantaran itu, PAS dipergunakan untuk memecahbelahkan kekuatan Melayu. Apabila orang Melayu dah bergaduh sesama sendiri dan berpecah belah, maka akhirnya orang Melayu akan lemah. UMNO yang telah dimomok-momokkan parti rasis juga tidak mampu lagi untuk memertahankan hak dan kuasa Melayu.   

Untuk berselindung daripada tidak mendapat kepercayaan pemimpin dan penyokong fanatik PAS, sandaran atau jaminan yang diletakkan oleh DAP adalah DSAI. DSAI akan dijadikan PM. Pemimpin PAS boleh pegang jawatan TPM. Untuk memastikan PAS tak akan dapat jawatan PM, DAP arahkan DSAI untuk umumkan jawatan TPM II khas untuk kaum Cina (DAP lah tu). Kalau DAP TPM II, jangan haraplah PAS nak pegang jawatan PM.

2 Respons to “MUKTAMAR PAS KE 56 MEREALISASIKAN ASPIRASI RASIS DAN CHAUVINIS DAP ( Bahagian Pertama )”

  1. mu tulis pjg2 ni hal umno dn polotik msia ni, mu paham ke dok makna demokrasi ala umno ni?…..mu tau sjarah politk msia ke dok ni? ni aku nok bgaitau mu sikit….politik msia ni memg doh mcm ni…mu org umno..mesti kata umno dok ada saloh…kalu mu org pas ke keadilan ke , dap ke…apa2 parti pun mu akan cakap yg sama…parti mu dok ada saloh….baghal punya otak mu ni…politik tu kan berlawan namanya…sape2 pun akan memusuhi antara satu sama lain…sebb pe mu nok tau….sbb nok KUASA MEMERENTOH NEGARA….bodo mu ni…nak ulas pasal politik…tp dok paham pe tu politik…tu la jd ahli umno pak turut..dah bodo otok mu…

  2. eddy said

    Sahabat, satu analisa politik semasa yang mantap..masuk akal adan boleh dibincang dan dipanjangkan kepada semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: