Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 15 Jun 2010

MUKTAMAR PAS KE 56 MEREALISASIKAN ASPIRASI RASIS DAN CHAUVINIS DAP ( Bahagian Pertama )

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Jun 2010

Oleh: Kawan Lama

Muktamar Perhimpunan Tahunan ke 56 PAS yang berakhir hari Ahad lalu telah dengan sendirinya menjelaskan hala tuju PAS sebenarnya. Pelbagai perbincangan dan resolusi telah dibentang dan diketengahkan. Namun bagi penulis, dua perkara pokok yang dapat diperbincangkan di sini adalah pertamanya; keazaman PAS untuk ‘membunuh’ kewujudan UMNO dalam usaha untuk mengekalkan hubungan dengan PKR dan DAP dan keduanya; perancangan menambah dan mengekalkan pola pengundian bukan Melayu serta menarik pengundi muda dalam PRU 13 kelak. Kedua-dua usaha ini adalah untuk membuktikan kepada umum bahawa peranan PAS dalam pakatan pembangkang adalah begitu signifikan dan dilihat relevan. Sekilas pandang, ia merupakan sesuatu yang tidak nampak cacat celanya. Namun sekiranya ditelusuri secara lebih mendalam, PAS perlu membuktikan kepada rakan dalam pakatan khususnya DAP yang acapkali sangsi terhadap kewujudan PAS dalam pakatan mereka. Jauh lebih dalam,, dendam PAS terhadap UMNO berjaya dimanipulasikan oleh DSAI (PKR) dan DAP. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 2 Comments »