Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BANTAH ATAU UGUT BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 11 Jun 2010

Oleh: Salzahedra

Gula, tepung dan minyak masak tidak akan ada di pasaran bermula 15 Jun 2010. Ini bukan satu ugutan tetapi lebih menjurus kepada bantahan terhadap penumuman YB Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Perdaganagan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berhubung keperluan bagi memiliki lesen bagi penjualan ketiga-tiga barangan keperluan asas ini. Begitulah bentuk penjelasan yang diberikan oleh Presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek setelah berbincang Presiden, The Federation of Sundry Goods Merchants Associations yang mewakili 20,000 peniaga kedai runcit. Perkara ini amat menarik perhatian penulis.

Perkara berkaitan masalah barangan keperluan asas ini bukanlah sesuatu yang baru. Walau apapun yang dilaksanakan selama ini, penggunalah yang menjadi mangsa. Bukan peniaga kedai runcit, bukan Persatuan mereka, bukan pengedarnya mahupun pengusahanya. Apakah rancangan untuk tidak menjual ketiga-tiga barangan tersebut adalah kehendak pengusaha kedai runcit? Adakah ada pihak lain yang cuba memberikan tekanan kepada kerajaan dengan menjadikan pengguna sebagai perisai mereka? Apakah agenda sebenarnya disebalik rancangan bantahan tersebut? Persoalan-persoalan inilah yang perlu kita sama-sama telusuri.

Menurut YB DS Chua, penaga kedai runcit kini perlu mempunyai antara 9 hingga 11 lesen dengan bayaran sebanyak RM1,107.00 setahun dalam usaha untuk menjalankan perniagaan. Penulis yakin bahawa kebanyakan lesen tersebut melibatkan barangan kawalan. Secara purata, bayaran yang dikenakan bagi 11 lesen tersebut adalah RM92.25 sebulan dan lebih kurang RM8.39 bagi setiap lesen. Dengan pertambahan lesen bagi ketiga-tiga barangan tersebut, purata bulanan yang perlu di bayar adalah RM117.42 sebulan bersamaan RM1,409.04 iatu peningkatan sebanyak RM302.04. Penulis sedar, sebagai peniaga kedai runcit, RM302 ini besar. 9 hingga 11 lesen yang diwajibkan ke atas pengusaha kedai runcit juga suatu perkara yang perlu diambil kira. Kerajaan perlu membuat satu bentuk lesen yang merangkumi kesemua aspek yang melibatkan barangan runcitan khususnya barangan terkawal agar mudah bagi pihak pengurusan kerajaan dan juga pengusaha kedai runcit.

Tambahan pula peniaga kedai runcit perlu berurusan dengan tiga (3) kementerian dalam urusan lesen tersebu juga adalah satu masalah lagit. Penulis ingin mencadangkan agar kesemua urusan berkaitan lesen kedai runcit diletakkan di bawah Kementerian Perdagagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tidak perlu lagi berurusan dengan lain-lain kementerian.

Penulis percaya bahawa tambahan lesen yang dicadangkan oleh kerajaan adalah lebih berbentuk preventif dan bermatlamatkan kepentingan pengguna. Penguna acapkali menjadi ‘mangsa’ atas kerakusan sesetengah pihak yang mahu mengaut keuntungan cepat. Golongan tersebut telah mengeksploitasi keadaan dan menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan ‘kelabaan segera’. Kalau kita perhatikan, ketiga-tiga barangan keperluan asas ini telah mengalami kenaikan harga pada setiap tahun khususnya apabila musim-musim perayaan dan apabila dekat dengan pembentangan budget. Siap punya kerja?

Kita juga telah mengalami masalah kekurangan barangan ini banyak kali. Penulis percaya, bahawa masalah kekurangan barangan keperluan asas ini berkait rapat dengan orang-orang tertentu yang mempunyai kaitan langsung dan tidak langsung dengan pengeluaran dan pengedarannya. Berkemungkinan juga rancangan untuk tidak menjual ketiga-tiga barang tersebut berkaitan dengan perancangan mereka. Harga barangan dapat dinaikkan kerana penawaran kurang berbanding dengan permintaannya.

Selain itu, menurut Presiden Federation of Malaysian Hawkers’ Association, Toh Lai Huat menyatakan kekurangan bekalan gula umpamanya adalah disebabkan oleh pembelian berlebihan oleh pengguna. Pada pandangan penulis, .spekulasi mengenai kekurangan bekalan barangan tersebut di pasaran merupakan menjadi punca pengguna panik. Menyalahkan pengguna adalah tidak tepat. Sudah pasti ada pihak yang mewujudkan spekulasi ini. Mereka yang mewujudkan spekulasi ini yang perlu dipertanggung jawabkan. Pengguna akan terus membeli dengan kuantiti yang lebih daripada kegunaan kebiasaan mereka khususnya mereka yang menjalankan perniagaan kedai makan atau menjual minuman.

Perkara kekurangan barangan keperluan asas ini bukan sesuatu yang baru. Dah banyak kali. Kerajaan telah melakukan perlbagai langkah untuk mengatasi masalah ini. Kempen anti sorok yang dilakukan pada tahun 1970-an. Iklan-iklan dalam media cetak dan elektronik telah digunakan. Pada peringkat awal pelancarannya, ia menampak sedikit kejayaan namun lama kelamaan ia tidak diberkesan. Ada sahaja taktik yang digunakan oleh mereka untuk ‘membantutkan’ usaha kerajaan dalam menangani masalah tersebut. Umpamanya langkah kerajaan mengimpot barangan keperluan tersebut dari negara jiran namun terdapat unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak tertentu dan akhirnya menyebabkan lambakan berlebihan barangan. Dengan lambakan berlebihan ini mereka akan menekan kerajaan kerana langkah kerajaan mengimpot barangan dari luar telah menyebabkan kerugian kepada pihak mereka.

Walau apapun yang akan dilakukan oleh Persatuan Peniaga kedai runcit, kesan akhirnya berbalik kepada pengguna. Persatuan sepatutnya melihat dari pelbagai perspektif sebelum mahu melakukan tindakan tersebut. Bantahan yang dicadangkan bukannya langkah terbaik kerana ada jalan penyelesaian yang lebih wajar. Permasalahan sebenar adalah berkaitan rapat dengan Pengusaha, Pengedar, dan Pengusaha kedai runcit. Sebenarnya ia bermula dari peringkat pengeluarannya sehingga ia berada di pasaran. Kekurangan bekalan atau lebihan barangan serta fluktuasi harga barangan tersebut juga perlu dicari jalan penyelesaiannya. Letakkan kepentingan bersama dalam usaha mengatasi masalah dan kemelut berkaitan dengan barangan terkawal dan barangan keperluan. Pengguna yang perlu diutamakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: