Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 11 Jun 2010

BANTAH ATAU UGUT BUKAN JALAN PENYELESAIANNYA

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 11 Jun 2010

Oleh: Salzahedra

Gula, tepung dan minyak masak tidak akan ada di pasaran bermula 15 Jun 2010. Ini bukan satu ugutan tetapi lebih menjurus kepada bantahan terhadap penumuman YB Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Perdaganagan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berhubung keperluan bagi memiliki lesen bagi penjualan ketiga-tiga barangan keperluan asas ini. Begitulah bentuk penjelasan yang diberikan oleh Presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek setelah berbincang Presiden, The Federation of Sundry Goods Merchants Associations yang mewakili 20,000 peniaga kedai runcit. Perkara ini amat menarik perhatian penulis.

Perkara berkaitan masalah barangan keperluan asas ini bukanlah sesuatu yang baru. Walau apapun yang dilaksanakan selama ini, penggunalah yang menjadi mangsa. Bukan peniaga kedai runcit, bukan Persatuan mereka, bukan pengedarnya mahupun pengusahanya. Apakah rancangan untuk tidak menjual ketiga-tiga barangan tersebut adalah kehendak pengusaha kedai runcit? Adakah ada pihak lain yang cuba memberikan tekanan kepada kerajaan dengan menjadikan pengguna sebagai perisai mereka? Apakah agenda sebenarnya disebalik rancangan bantahan tersebut? Persoalan-persoalan inilah yang perlu kita sama-sama telusuri. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain | Leave a Comment »