Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

AGENDA BESAR DSAI DAN DAP KESAMPINGKAN PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 1 Jun 2010

Oleh: Kawan Lama

DSAI dan DAP mempunyai pakatan khas yang membelakangkan rakan mereka PAS dalam pakatan pembangkang. Kenyataan DSAI dalam wawancara dengan akhbar Cina Nanyang Siang Pau pada 26 Mei 10 lalu bahawa beliau bersedia untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II khusus untuk DAP adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh PAS. PAS perlu sedar bahawa mereka hanyalah berperanan sebagai ‘nasi tambah’ kepada rancangan besar DSAI dan DAP. Apa sahaja yang dilakukan atau dirancangkan oleh DSAI dan DAP kebanyakannya tidak diketahui oleh PAS. Nik Aziz dan barisan kepimpinan tertinggi PAS yang di ketuai oleh Haji Hadi pada kebiasaannnya akan diperlukan bila DSAI atau DAP untuk mendapat undi daripada penyokong tegar PAS dan melaksanakan demonstrasi jalanan yang dianjurkan mereka.

Presiden PAS, Haji Hadi menyatakan bahawa beliau tidak termaklum akan perkara ini. Rancangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II khusus untuk DAP tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pakatan pembangkang. Hal sebegini sebenarnya bukan kali pertama berlaku. Rancangan 16 September 08 DSAI untuk melangkah ke Putrajaya yang dikatakan telah mendapat restu perkenan DYMM YDP Agong dan Tentera Di Raja Malaysia, PAS telah menyatakan bahawa mereka tidak tahu menahupun mengenai perkara ini.

Ramai di kalangan pemerhati politik melihat perkembangan ini sebagai suatu ‘peluang baru’ yang menguntungkan DAP bukannya PAS. Kewujudan penyokong-penyokong pembangkang di kalangan bukan Melayu di pondok-pondok PAS dalam musim PRU mahupun PRK dan penubuhan kelab penyokong PAS di kalangan bukan Melayu ini sedikit sebanyaknya melihatkan perkembangan positif dalam konteks era baru PAS. Perkembangan ini amat dihebah-hebahkan oleh para pemimpin PAS khususnya Nik Aziz.. Nik Aziz dalam ucapan-ucapan beliau acapkali menyatakan bahawa orang Cina dah mula sokong PAS. Pada pandangan penulis, apa yang dibanggakan oleh Nik Aziz sebenarnya adalah suatu bentuk ‘superficial’ atau luaran sahaja Namun mereka terlepas pandang bahawa terdapat suatu agenda tersembunyi yang didalangi oleh individu atau parti tertentu dalam usaha untuk menjayakan misi politik msing-masing.

Penulis amat bersetuju dengan pandangan mereka. Kalau dilihat sebelum ini, bukan sahaja pondok PAS tiada langsung malahan mendengar nama PAS sahaja mereka amat takut kerana bagi mereka PAS dilihat sebagai sebuah ‘parti ekstrim Islam’ yang akan menggugat impian mereka. Namun segala-galanya berubah pada PRU 12 lalu. Sehingga kini, kaum bukan Melayu ini telah mula ‘memberikan’ sokongan kepada PAS. Kenapa perubahan ini berlaku? Mengapa secara tiba-tiba, kaum bukan Melayu ini memberanikan diri untuk bersama PAS yang selama ini dikatakan sebagai sebuah parti ekstrimis Islam? Apakah ‘agenda tersembunyi’ disebalik sokongan yang secara tiba-tiba sahaja ini?

Jawapan kepada semua persoalan ini penulis pasti telah tersedia maklum. DSAI mahu jadi PM dan mahu mahu ‘membuang’ kes mahkamah beliau disamping mahu balas dendam pada Tun Mahathir. Hasrat DSAI untuk jadi PM musnah apabila beliau dihukum penjara hampir enam tahun atas sebab salah laku dan salahguna kuasa. Beliau yang pada masa itu tinggal beberapa bulan sahaja bakal menjadi PM. Jawatan TPM dan Timb Presiden UMNO dilucutkan serta merta. Keahlian UMNO beliau juga dilbatalakn. 

Kes salahguna kuasa dan kes liwat beliau ini telah melakarkan sejarah hitam dalam karir politik mahupun imej beliau yang dipaparkan sebagai ‘kuat agama’. Peristiwa ini telah membawa DSAI untuk membalas dendam terhadap UMNO dan Tun Mahathir. Beliau mempergunakan segala bentuk bantuan daripada kawan dan kroni baik dalam mahupun luar negara. Beliau mula mencalarkan imej negara. Beliau bertambah berani dengan berpegang kepada prinsip ‘matlamat menghalalkan cara’. Beliau sanggup menggadai hak dan maruah orang Melayu. Beliau juga sanggup memperlekehkan agama Islam.

Bagi PAS pula mahu melunaskan dendam kesumat terhadap UMNO dengan ‘membunuh’ terus UMNO. Kata-kata ini pernah diungkapkan beberapa kali oleh Nik Aziz. Untuk makluman pembaca, PAS pada tahun 1970 pernah bersama-sama dengan UMNOI/BN. Namun disebabkan rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat jawatan-jawatan penting dalam kerajaan khususnya jawatan Menteri dan melihat bahawa jawatan PM tidak akan dapat dirasai mereka, PAS telah bertindak keluar daripada pakatan/kerjasama dengan UMNO/BN. Nik Aziz pada masa itu ahli PAS yang bersama-sama dalam kerajaan amat lancang dan beriya-iya ingin membawa PAS keluar datripada kerjasama tersebut. PAS yakin mereka mampu berdiri sendiri dan mendapatkan kuasa penuh politik bersendirian. Sehingga ke hari ini, PAS masih gagal. Sejak keluar daripada kerjasdama dengan BN dan beririri atas nama PAS sendiri, PAS ditolak oleh bukan sahaja kaum bukan Melayu khususnya Cina malahan oleh orang Melayu juga.

Setelah kerjasama dengan UMNO?BN mereka bergabung dan menagdakan pakatan dan kerjasama seperti Angakatan Perpaduan Ummah (APU) bersama dengan Semangat 46 dan DAP pada tahun 1988. Terbaru PAS bersama PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang dalam PRU 12 pada tahun 2008, Kerusi yang ditandingi PAS tidak akan membolehkan mereka menguasai negara apatah lagi mendominasi rakan dalam pakatan tersebut. Dengan kata lain PAS tak akan mampu mendapat kuasa politik dan menjadi peneraju kepada kerajaan Persekutuan kerana mereka tidak dibenarkan bertanding lebih dariapda 30% kerusi Parlimen. Pada PRU 12 lalu, PAS hanya bertanding 40 kerusi Parlimen. Macam mana nak perintah negara? Walaupun dengan kerjasama dan pakatan bersama PKR dan DAP, jawatan PM tak akan dipegagng oleh PAS. Tambahan pula DSAI dah maklumkan pada umum khususnya masyarakat kaum Cina bahawa jawatan TPM II akan dikhususkan kepada DAP. Takkan senang-senang aje DAP nak bagi laluan kepada PAS yang mereka ketahui akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam acuan PAS.

Bagi DAP pula, inilah peluang yang mereka idam-idamkan sejak kemerdekaan negara lagi. DAP mahu memiliki kuasa politik negara. Mereka telah cuba beberapa kali namun menemui kegagalan. DSAI dan PKR telah membuka ruang dan peluang yang luas kepada mereka. Peluang sebegini pernah wujud semasa negara menuju ke arah kemerdekaan. Kita juga telah ketahuin bagaimana Parti Komunis Malaya (PKM) telah mempergunakan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dalam usaha untuk membentuk sebuah negara yang mengamalkan dasar sama rata seperti yang terkandung dalam agenda mereka iaitu Malayan Malaya. Kini nampaknya sejarah itu berulang kembali iaitu melalui DAP yang teras perjuangannya adalah sama dengan Parti Komunis Malaya iaitu untuk mewujudkan Malaysian Malaysia.

DAP kini tidak perlu lagi ‘menghentam’ orang Melayu. Peranan ini telah diambilalih oleh DSAI dan konco-konconya seperti Raja Petra, Farish Noor dan ramai lagi yang menganggap diri mereka Melayu Liberal. Bagi DAP, dendam dan impian DSAI adalah kunci kepada tercapai impian dan hasrat mereka selama ini. DSAI bagi DAP diibaratkan sebagai ‘kepala perang saraf’ mereka yang akan memecahbelahkan orang Melayu. Apabila orang Melayu berpecah dan menjadi lemah, maka amat mudah bagi mereka melaksanakan agenda besar mereka. Peranan mereka kini tertumpu kepada melupuskan keyakinan kaum bukan Melayu khususnya Cina terhadap BN. MCA dan MIC dijadikan bahan momokan mereka kerana dikatakan tidak memperjuangkan hak kaum masing-masing.

Bagi DAP dengan senario politik negara hari ini memungkinkan pakatan pembangkang menguasai politik negara. Seandainya pakatan pembangkang menang dalam PRU mendatang, DSAI akan jadi PM. DAP akan dapat jawatan TPM II. Mereka telah tersedia ada dengan perancangan untuk menjatuhkan DSAI. Katakan DSAI dijatuhkan atau terpaksa melepaskan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan kumpulan pakatan mereka, siapa agaknya akan memegang tampok pemerintahan negara? Jawapannya DAP.

Sekiranya mereka telah memegang tampok pemerintahan negara, perkara pertama yang akan dilakukan adalah membuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan khususnya berkaitan dengan sistem Raja Berpelembagaan dan menghapuskan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan kaum Bumiputera. Mereka mahu gantikan dengan sistem Presiden seperti yang diamalkan oleh saudara mereka PAP di Singapura.

Untuk mengekalkan dan memperkukuhkan kuasa mereka, DAP akan melaksanakan persempadanan semula kawasan dalam PRU kelak. Mereka akan mewujudkan lebih banyak kawasan Parlimen dan DUN yang majoritinya kaum bukan Melayu. Ramai di kalangan calon DAP akan bertanding dan seterusnya mnjadi wakil rakyat. Mereka akan menguasai Parlimen dan perkara pindaan Perlembagaan Persekutuan tidak akan sukar untuk mereka laksanakan.

Sebenarnya kita tidak perlu tunggu sampai pada PRU akan datangpun. Dalam PRU 12 lalu, DAP yang telah mebguasai secara total Pulau Pinang telah dengan suka-suka membuat beberpa perubahan dalam system pentadbiran mereka. Perkara pertama yang dilemparkan oleh Lim Guan Eng adalah Pulau Pinang hapuskan DEB dan tidak akan melaksanakan konsep kepimpinan sama rata. Dengan secara tidak langsubg, dasar kepimpinan DAP di Pulau Pinang telah menolak dan menidakkan hak Keistimewaan Orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, walaupuin mereka tidak dapat menajdi Menteri Besar Pera dan diserahkan kepada Nizar Jamaluddin (PAS), namun segala dsasar dan perlaksanaan kerajaan negeri perlulah mengikut kehendak DAP. Nizar ibrata lembu dicucuk hidung sahaja dan pemimpin boneka yang dipergunakan oleh DAP. Kebiadapan DAP juga terpancar dalam mengugut untuk keluar dariapda pakatan di Kedah apabila Menteri Besar Kedah, YAB Azizan menaikkan peratusan pemilikan rumah orang Melayu kepada 40a%. Sehingga kini, DAP tidak ‘bersama’ dengn PAS di Kedah walaupun mereka ‘bersama dalam pakatan pembangkang.

PAS sedarlah bahawa dalam pakatan bersama DAP dan PKR, mereka telah diperalatkan. DSAI hanya mengutamakan kepentingan diri beliau sendiri. Beliau mempergunakan PAS untuk menjayakan visi untuk jadi PM. Permasalahan dalaman yang PAS hadapi hari ini bermula sejak kumpulan dan orang kuat DSAI yang telah diserap dan diterima dalam kepimpinan PAS. PAS dan penyokong mereka telah diperguna untuk melakukan demonstrasi-demonstrasi jalanan yang menambahburukkan lagi imej Islam PAS.

DAP pula mahukan PAS untuk jadi tukang jaja agar DAP dapat undi dariapda penyokong tegar dan ekstrim PAS. Bagi DAP, PAS akan tetap menjadi ‘ancaman’ kepqda mereka. DSAI akan digunakan untuk memberikan tekanan terhadap PAS sekiranya wujudnya tindakan-tindakan PAS yang dipercayai boleh ‘merencatkan’ perancangan DAP.

Kegagalan pakatan pembangkang mendapatkan kemenangan sah melalui PRU 12 lalu merupakan satu hikmah yang tidak disedari ramai. Walaupun BN kehilang beberapa buah negeri kepada kumpulan pembangkang, namun tampok pemerintahan negara masih kekal di tangan BN. Pengajaran yang diberikan amat besar dan mesti diperhalusi secara mendalam khususnya kepada UMNO dan rakan dalam BN. Pergolakkan dalam parti mereka perlulah ditangani dengan penuh hemah dan rasa penuh tanggung jawab demi kepentingan rakyat dan kemurnian Perlembagaan Negara. Perpaduan, kemanan dan keharmonian perlu sentiasa dijaga. Janganlah kita terlalu mengikutb rentak dan terpedaya dengan tipu muslihat yang dipermainkan oleh pembangkang.

8 Respons to “AGENDA BESAR DSAI DAN DAP KESAMPINGKAN PAS”

  1. shabriduda said

    Najib mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.

    Beliau juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen (MP) sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Dr Chua Soi Lek, Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

    Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D’Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

  2. shabriduda said

    Apabila YB Dato’ Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang ke 10 melantik barisan EXCOnya pada tahun 2008 memerintah negeri Perak, gegak gempitalah pemimpin UMNO Perak dan seluruh negara kononnya Hj Nizar boneka DAP, boneka Cina, kuda tunggangan DAP/Cina dan sebagainya. Dalam pembentukan EXCO Perak jumlah kerusi DAP melebihi kerusi PAS dan PKR.

    DAP yang dimenangi dalam PRU 2008 berjumlah 18, berbanding PAS cuma 6 dan PKR cuma 7. DAP mempunyai 6 EXCO, 5 daripada Cina dan seorang India, PAS 2 orang (termasuk MB), PKR pula 3 orang (2 Melayu dan seorang Cina). Itulah kewajaran dan rasionalnya. Namun bukan bermakna DAP yang jumlah kerusi EXCOnya lebih besar dibandingkan PAS & PKR, maka DAP berhak menentukan dasar dan polisi kerajaan PR. Di Perak, segala polisi, dasar dan perlaksanaan apa sahaja program kerajaan ditentukan oleh ketiga-tiga parti melalui majlis pimpinan PR peringkat negeri yang dianggotai oleh tiga orang setiap parti. Mereka inilah yang menentukan polisi kerajaan PR. Lebihnya PAS mempunyai 5 anggota dalam Majlis Pimpinan PR negeri Perak. Hj Nizar sebagai MB sebagai pengerusi,
    Najib merombak kabinet, dalam rombakan tersebut yang dilantik muka baru semuanya bukan Melayu. Media hanya melaporkan Ong Tee Keat digugurkan dan diganti dengan orang lain, senator pula bertambah untuk dilantik menganggotai kabinet baru. Media tidak melaporkan yang 3 wakil Umno DIGUGURKAN? Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin (Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti), Datuk Johari Baharom yang juga Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda Umno (Timbalan Menteri Belia dan Sukan). Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO masih tidak diberi sebarang tempat dalam kabinet.

    Mana perginya pemimpin Melayu UMNO yang dulunya menghentam perlantikan EXCO PR Perak kerana jumlah DAP lebih ramai berbanding dengan PAS.

    Kalaulah kerajaan PR yang buat rombakan EXCO negeri-negeri dengan menggugurkan Melayu dan diganti dengan Cina, rasanya media cetak dan elektronik arus perdana setiap hari akan jadikan ia sebagai isu yang boleh membangkitkan api perkauman.

    penulis “Kawan Lama” minta komen anda dalam soal ni.

  3. kawan lama said

    Terima kasih kepada Sdr Shabriduda kerana acapkali membuka blog sahabatmantap dan meberikan komen-komen Sdr.

    Penulis percaya bahawa komen Sdr ini berkaitan tajuk artikel “AGENDA BESAR DSAI DAN DAP KESAMPINGKAN PAS” adalah berdasarkan kepada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak mengenai rombakan kecil kabinet baru-baru ini.

    Melihat dariapda komen Sdr saya dapat simpulkan bahawa ianya tertumpu kepada dua perkara utama iaitu; pertamanya megenai pemilihan barisan kepimpinan kerajaan oleh PR dan BN dan keduanya berkaitan dengan pengguguran tiga wakil UMNO.

    Berdasarkan kepada komen Sdr yang mengutarakan perlantikan barisan kepimpinan negeri Perak oleh Nizar semasa beliau menjadi MB, penulis percaya bahawa Sdr melihat ia adalah lantikan yang ideal dan bertepatan. Bagi Sdr, pengorbanan yang dibuat oleh DAP yang menguasai 18 kerusi negeri amat tinggi nilainya. Mungkin juga Sdr berpendapat bahawa dengan pemilihan dan perlantikkan Nizar sebagai MB itu sendiri akan terkuburnya segala pandangan dan tentangan DAP terhadap PAS yang selama ini mereka labelkan sebagai puak Islam ekstrimis? Mungkin juga Sdr berpendapat bahawa PAS kini melihat bahawa masyarakat kaum Cina khususnya penyokong kuat DAP dah mula menerima PAS dan akan akur serta menjunjung hasrat PAS untuk membentuk Negara Islam PAS dan menjalankan undang-undang Islam PAS?

    Sebelum pergi lebih jauh lagi, izinkan penulis mengajak Sdr mengimbas kembali mengenai pemilihan dan perlantikan Nizar sendiri sebagai MB Perak yang mempunyai ceritanya tersendiri. Beliau dipilih dan dilantik sebagai MB Perak walaupun PAS hanya memiliki enam (6) kerusi sahaja berbanding dengan DAP memenangi 18 kerusi. Namun disebabkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah mensyaratkan orang Melayu Islam sahaja yang mesti dilantik sebagai MB, maka DAP tidak layak.

    Seingat penulis, sebelum perlantikkan Nizar, nama yang disebut-sebut oleh DAP sebagai MB adalah Pengerusi DAP Negeri, Ngeh Koo Ham. Apabila hasrat meletakkan Ngeh (DAP) gagal disebabkan terhalang oleh Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, sedikit kekecohan dan rasa tidak puas hati diperlihatkan oleh DAP khususnya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, DAPSY termasuklah Ngeh sendiri. Mereka mempersoalkan Undang-Undang Tubuh Negeri yang dikatakan memperlihatkan ciri-ciri perkauman.

    Namun akhirnya mereka terpaksa akur. Mereka mencari alternatif baru dalam memastikan kuasa sentiasa berada dalam genggaman DAP. Walaupun orang yang dipilih itu Melayu, namun orang tersebut boleh menyempurnakan hasrat dan harapan DAP. Lantaran itu, mereka telah memilih Nizar daripada PAS untuk jadi MB. Rupa-rupanya pemilihan Nizar ini ada kisah di sebaliknya juga.

    Pada mulanya ramai juga terkeliru dengan pemilihan Nizar ni. Ramai di kalangan penyokong PR khususnya PAS amat gembira. Masyarakat umum khususnya di Perak sebenarnya tidak tahu menahu perkara di sebalik pemilihan Nizar ni. Nizar dan Ngeh sebenarnya adalah sepupu. DAP pilih Nizar bukan sebab DAP dah terima PAS namun disebabkan ikatan kekeluargaan antara Nizar dan Ngeh. Persoalan yang timbul adalah kenapa tak pilih wakil rakyat Melayu dalam PKR yang memenangi lebih kerusi berbanding PAS?

    Sdr menyatakan bahawa BN membuat rombakan kecil yang 10 orang dari kalangan bukan Melayu di mana kaum Cina teramai itiu lapan (8) orang. Sdr bandingkan dengan barisan exco Perak yang dilantik oleh Nozar yang cuma terdapat tujuh orang kaum Cina enama (6) DAP dan satu (1) PKR dengan rombakan kecil yang dilakukan oleh BN. Perbandingan ini tidak tepat. Kalau nak lihat perlantikan barisan kepimpinan BN, Sdr perlu lihat secara menyeluruh. Bukan dengan membandingkan dengan rombakan tersebut.

    Selain itu, penulis ingin mengajak Sdr untuk menelusuri konsep perlantikan barisan kepimpinan BN. Dasar dan konsep pemilihan BN bukan merupakan sesuatu yang baru. Konsep kongsi kuasa, kepercayaan antara satu sama lain dan sifat toleransi memainkan peranan penting. Di samping itu, keharmonian dan keselamatan negara serta pembelaan terhadap masyarakat yang berbilang kaum diutamakan.

    Sehubungan itu, penulis juga ingin membawa kembali beberapa peristiwa penting dalam sejarah politik tanahair yang melibatkan komponen BN khususnya UMNO dan MCA. Umum mengetahui bahawa UMNO merupakan tonggak utama dalam mengnakhoda kepimpinan negara. Terdapat beberapa insiden yang cuba penulis bawakan di sini.

    Pertamanya peristiwa UMNO diharamkan pada tahun 1988. Semasa UMNO diharamkan, barisan kepimpinan BN telah bermesyuarat dan telah memilih Lee Liong Sik untuk menjadi Pemangku Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir sehingga permasalahan dalaman UMNO selesai. Semangat kesetiakawanan dan keyakinan terhadap MCA untuk menggalas tonggak kepimpinan negara adalah sesuatu yang amat dikagumi. Lee Liong Sik mahupun MCA khususnya dan kaum Cina amnya, tidak mahu menikam UMNO dan orang Melayu. Mereka yakin kepada kepimpinan yang diterajui oleh UMNO selama ini. Apabila UMNO didaftarkan semula, Lee Liong Sik dan MCA menyerahkan semula tampok pemerintahan negara kepada UMNO.Sikap saling mempercayai dan kesetiakawanan inilah yang ada pada BN tetapi dalam PR masih diragui.

    Peristiwa kedua adalah pada tahun 1999 di mana pada masa itu terdapat ramai kaum bukan Melayu BN dan lawan dalam Parlimen. Pada masa itu, sekiranya parti komponen BN mahu mengkhianati UMNO memang boleh. Tapi sebaliknya yang berlaku. Mereka masih tetap yakin dan percaya kepada UMNO untuk menerajui kepimpinan negara.

    Peristiwa ketiga berlaku pada PRU 12 lalu. Ramai di kalangan calon BN daripada MCA, MIC dan Gerakan yang tewas dalam PRU 12 lalu. Ini amat menyukarkan BN untuk melantik barisan kepimpinan di kalangan wakil rakyat bukan Melayu khususnya bagi mewakili kaum masing-masing. Sebagai satu parti yang mementing semangat kesetiakawanan dan amalan politik kongsi kuasa, UMNO tidak mengkhianatipun rakan komponen mereka. Sepertimana yang berlaku pada 1988 dan 1999, UMNO juga melaksanakan dan membuktikan bahawa teras BN tetap kekal dan diamalkan. UMNO bukannya parti rasis sepertimana yang pernah canang oleh PR dan pendokong serta penyokong mereka.

    Kalau mahu dibanding UMNO dengan PR, jauh bezanya. Perlantikkan dalam PR masih lagi berdasarkan kepada kehendak ‘mereka’ yang berkuasa di kalangan mereka. Sikap mementingkan perjuangan parti masing-masing masih menebal. Bagi mereka yang kurang wakil rakyat dan lemah akan dikesampingkan. Sandiwara politik tetap berlaku. Sifat kepura-puraan jelas kelihatan. Bila bersama kelompok kaum yang berbeza mereka akan menukar ceritanya sekadar untuk memenuhi tujuan politik peribadi/parti mereka sahaja.

    Merujuk kepada kenyataan Sdr bahawa rombakan kecil tersebut telah menyebabkan tiga (3) wakil UMNO digugurkan adalah sesuatu yang Sdr dengar dari khabar-khabar angin sebelum rombakan tersebut dilakukan. Sekarang telah jelas bahawa tiada seorangpun wakil UMNO yang telah digugurkan. Penulis amat berharap agar Sdr tidaklah menjadi alat bagi menyebarkan khabar yang tidak benar.

  4. shabriduda said

    Kemenangan BN di Hulu Selangor dikatakan memberi suntikan semangat kepada Umno di Selangor. Tetapi betulkah begitu?

    Umno sebenarnya tidak dapat apa-apa dari kemenangan tersebut. Malah rombakan kabinet minggu lepas menunjukkan bahawa MIC yang untung besar.

    Mula-mula calon MIC telah menang dan MIC mendapat seorang ahli Parlimen.

    Kemudian bekas calon MIC untuk kerusi itu pada PRU 2008, G. Palanivel, telah dilantik sebagai Senator. Beliau tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil baru-baru ini kerana dikatakan tidak popular. BN telah memilih P. Kamalanathan walaupun Palanivel adalah pilihan MIC. Saya yakin perlantikan sebagai Senator ini adalah janji BN kepada MIC setelah tidak menurunkan Palanivel sebagai calon. Oleh itu, MIC mendapat seorang Senator.

    Kemudian pada rombakan kabinet minggu lepas, MIC dapat lagi durian runtuh. Palanivel telah dilantik Timbalan Menteri.

    Jadi MIC mendapat seorang ahli Parlimen, seorang Senator dan seorang Timbalan Menteri. Apa yang UMNO dapat?

    Pemimpin UMNO berkokok seluruh negara tentang kemenangan BN tetapi pada hakikatnya UMNO pulang dari Hulu Selangor dengan tangan kosong.

    Kejayaan Besar UMNO (parti saka bangsa)bertungkuslumus membunuh 1 lagi kursi ahli parlimen yang di wakili oleh orang melayu islam.

  5. shabriduda said

    Sebenarnya punca krisis politik Perak ini segala-galanya bermula dari UMNO Perak yang tidak bersedia menerima kekalahan mereka dalam PRU ke-12 pada Mac 2008. Sejak dari keputusan diumumkan oleh SPR yang menunjukkan UMNO/BN Perak hanya memenangi 28 kerusi dari 59 kerusi DUN Perak, mereka terus merancang untuk menggagalkan penubuhan kerajaan Perak dari pakatan parti-parti pembangkang PAS/PKR/DAP.

    Pada malam keputusan tersebut diumumkan UMNO telah menghubungi beberapa ADUN PAS untuk melompat parti dengan tawaran RM berjuta. Orang yang pertama mendapat tawaran itu ialah Ir. Hj.Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang (kini Dato’ Seri).

    Setelah Ahmad Awang selaku Pesuruhjaya PAS Perak mengumumkan persetujuan PAS untuk bersama DAP dan PKR membentuk kerajaan di Perak, tidak berhenti-henti beliau dihubungi oleh beberapa orang yang mewakili UMNO, diantaranya beberapa orang pegawai kerajaan. Bahkan beliau ditemui oleh beberapa orang pemimpin PEKIDA yang saya percaya mereka mewakili UMNO. beliau juga mendapat maklumat pihak UMNO cuba mempengaruhi istana untuk membentuk kerajaan minoriti dengan 28 ADUN kerana parti-parti lain memperolehi bilangan kerusi yang lebih kecil dari UMNO/BN.

    Akan tetapi Pakatan berjaya memintas dengan membuat keputusan menubuhkan gabungan 3 parti yang kemudian dikenali dengan Kerajaan Pakatan Rakyat ujar Ahmad Awang. UMNO terus cuba memujuk PAS dengan menghantar Dato’ Zahid Hamidi untuk berbincang dengan Ahmad Awang, tetapi beliau enggan berjumpa beliau. Beliau dan beberapa orang rakannya termasuk Dato’ Amin Salleh, Ketua Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan gagal berjumpa saya kerana rumah kediaman beliau di Simpang Empat Semanggol dikawal ketat oleh Unit Amal dengan dibantu oleh beberapa orang polis. Kejadian itu berlaku pada malam 16 Mac 2008, sehari sebelum majlis upacara mengangkat sumpah Hj. Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10.

    Semenjak keresahan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, UMNO Perak di bawah pimpinan Tajol Rosli mensasarkan beberapa tarikh tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat. Apabila tarikh 31 Ogos 2008 yang diletakkan sebagai sasaran terakhir gagal dicapai oleh UMNO maka Tajol Rosli meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.

    Lalu Dato’ Seri Najib mengambil alih jawatan tersebut dan bermulalah episod rampasan kuasa di Perak yang menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan cara yang begitu gelojoh dan tidak demokratik seperti yang pernah disebut sendiri oleh Tun Dr Mahathir. Bermula dari situ berlakulah suasana huru hara krisis politik Perak. Saya percaya semua perkara ini dapat disaksikan oleh Tan Sri Dato’ Mufti Perak

    Jesteru itu amat wajar umno memiliki kerajaan Perak yang dirompak dan diserakan kembali kepada ketua perompak atau wakil perompak. Malah jika Nizar dapat semula kerusi MB Perak, Nizar dan pakaatn rakyat akan disbotaj oleh kerajaan pusat . Malah cawangan umno yang berada di “SPRM” dan “PDRM” dan “SPR” serta juak-juak umno yang rakus kuasa tidak akan berdiam diri reka mencari isu untuk melemahkan kerajaan Nizar dan pakatan rakyat.

    Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak terbentuk setelah parti-parti politik pembangkang yang bertanding di Perak dalam Pilihanraya Umum kali ke 12 telah mendapat jumlah kerusi yang sudah cukup untuk mereka menubuhkan sebuah kerajaan. Persepakatan awal PAS dan PKR di atas satu gabungan iaitu Barisan Alternatif (BA) dan persefahaman di antara BA dan DAP telah membuahkan hasil kemenangan yang mengejutkan apabila gabungan ketiga-tiga parti ini telah memenangi 31 kerusi DUN iaitu DAP memperolehi 18 DUN, PKR memperolehi 9 DUN dan PAS memperolehi kemenangan 6 kerusi DUN manakala BN memenangi 28 kerusi DUN yang mana UMNO memenangi 27 kerusi DUN dan satu lagi kerusi dimenangi oleh MCA.

    Setelah berhadapan dengan beberapa masalah semasa permulaan untuk pembentukan kerajaan negeri Perak, akhirnya pada 17 Mac 2008 dengan rasminya Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10.

    HIKMAH BERLAKU KRISIS INI IALAH “MEMATIKAN HUJAH UMNO YANG MENGATAKAN KALAU DAP MENANG DALAM PILIHANRAYA MAKA BERLAKULAH DAKYAH MENGATAKAN “CINA AKAN MEMERINTAH MALAYA” SEBENARNYA PEKARA INI TIDAK AKAN BERLAKU KERANA CINA TIDAK BOLEH MENJADI MENTERI BESAR DI NEGERI-NEGERI YANG BERAJA” ini tidak dibenarkan oleh perlembagaan @ undang-undang tubuh kerajaan negeri yang berraja.kini orang melayu sudah tidak akan menerima hujah tersebut.Umno akan menjadi gelisah lagi bila rahsia besar ini terpecah meyebabkan orang melayu sudah tidak takut mengundi DAP,Pada masa yang sama orang bukan islam semakin lunak mengidi PAS.”perkara inilah yang amat ditakuti oleh Barisan Nasional”

    MCA tidak pernah hairan dan gerun dengan selogan UMNO “hidup ketuanan Melayu” sebab MCA tetap akan menjadi Taukeh kepada Umno dan orang melayu. hahahaha perangilah DAP tapi umno lupa MCA itu parti perkauman cina yang akan mempejuangkan ketuanan@tawkeh CINA menanamkan semangat bencikan melayu selama lebih 50tahun tanpa umno sedari.MCA pari bijak sentiasa akan menumpang di pohon yang rendang

  6. DERAOH said

    TAK PERLU BERHUJAH PANJANG LEBAR,YANG NYATANYA PAS TELAH DIPERALATKAN SERTA JADI KUDA TUNGGANGAN DAP DAN PKR, PEMIMPIN PAS GAGAL DAN TIDAK MAMPU UNTUK MENELAH DAN MAMBACA PERCATURAN POLITIK DALAMAN PR,PAS TIDAK NAMPAK KEBURUKAN DAN STRATEGI RAKAN KARIB SEBALIKNYA PAS HANYA NAMPAK UMNO ITU MUSUH DAN SAMPAI KIAMAT PUN TETAP DIANGGAP MUSUH NO SATU PAS,IMPIAN PAS TERAMAT NAIF DAN KERDIL TIADA MEMPUNYAI WAWASAN JANGKA MASA PANJANG UNTUK AGAMA DAN NEGARA,PAS TIDAK MENOLAK SEBARANG KERJASAMA DENGAN SESIAPA PUN, ASALKAN BN DAN UMNO TUMBANG ITU PUN SUDAH MEMADAI.BIARLAH YANG DIKEJAR TAK DAPAT DAN YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.ITULAH KUALITI PAS DAN TIDAK AKAN KEMANA,ADA APA DENGAN BANGSA, ADA APA DENGAN PERSAUDARAAN ISLAM YANG PENTING PAS TERUS GAH DALAM MANGKUK DAN TEMPURUNG NYA YANG TERSENDIRI,PAS GAGAL UNTUK MELIHAT KE LUAR DAN MEMBACA REALITI SEMASA,PAS PENUH KENDUNGUAN,BERFANTASI SERTA BERMIMPI INDAH SEDANGKAN APA YANG BERLAKU ADALAH SEBALIKNYA….ANGAN-ANGAN PAS MEMANG TINGGI MENGGUNUNG TAPAI PAS TIADA KECERDIKAN DAN PANJANG AKAL,DAN SAMPAI BILA -BILA PUN AKAN TERUS DIPIJAK OLEH RAKAN SENDIRI KERANA KEBODOHAN DAN KESOMBOBNGAN SELURUH PEMIMPIN DAN HAMBANYA.

  7. shabriduda said

    Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

    1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

    2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

    3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

    4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

    5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

    6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

    7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

    8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

    9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

    10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

    11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

    12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

    13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

    14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘MENATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

    15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

    16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

    17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

    18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain2?

    19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

    20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

    21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

    22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

    23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

    24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

    25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

    26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

    27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

    28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

    29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

    30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

    Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

  8. Hj. Mat said

    Saya terfikir, konflik PAS-UMNO adalah ciptaan, untuk pecah dan perintah, walaupun ungkapan itu selalu disebut ianya masih dan akan kekal relevan sebagai satu strategi musuh. Ayam jangan bangga bila musang menjadi pengikutnya, kelak ayam akan jadi santapan musang. Ingat Komunispun pernah sama-sama masuk masjid satu masa dulu. tq.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: