Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

VAL PAARI DAN KONSEP ‘POLITICAL ASSASSINATION’ YANG DIWARISINYA

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 26 Mei 2010

Oleh: Kawan Lama

Val Paari, anak Samy Vellu, Presiden MIC menuding jari kepada UMNO di atas kemelut dalaman MIC dan mengamalkan dasar ‘political assassination’ merupakan tindakan terdesak dalam usaha untuk menyelamatkan kedudukan beliau sendiri dalam MIC. Tuduhan yang dilemparkan beliau bernada seperti seorang penyokong kuat pembangkang. Beliau sedar sekiranya bapa beliau bukan lagi Presiden MIC dalam masa terdekat ini, kumpulan pendesak dalam MIC baik yang bersama bapa beliau mahupun musuh-musuh tradisi yang dicipta oleh bapa beliau sendiri akan mula melaksanakan perancangan kepimpinan dan hala tuju yang baru demi untuk merelevenkan MIC selaras dengan kehendak semasa. Kemungkinan besar beliau akan dikesampingkan oleh kepimpinan baru kelak. Ramai di kalangan pemerhati politik sedar bahawa tindakan beliau meletakkan kesalahan atas bahu UMNO sebenarnya adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat khususnya masyarakat kaum India terhadap kemelut politik dalaman MIC yang berteraskan kepada rasa tidak puas hati terhadap Samy Vellu.

Kata salah seorang sahabat penulis dalam lawak beliau bahawa apa yang diwariskan oleh Samy Vellu kepada Val Paari adalah perkataan ‘political assassination’. Justeru itu, perkataan inilah yang beliau faham. Beliau telah dengar dan lihat perkataan itu digunakan dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh bapa beliau sendiri. Kalau ditelusuri sejarah kemelut politik dalaman MIC, ianya telah berlaku sejak bapa beliau mengambil alih jawatan Presiden MIC dari T. Pathmanathan. Ramai tokoh-tokoh berpotensi dan mempunyai kredibiliti untuk menerajui pucuk kepimpinan MIC telah ‘dibunuh’ atas dasar tidak sehaluan dengan Presiden. Bagi penulis dan ramai pemerhati politik tindakan Val Paari ini menambah burukkan lagi kedudukan bapanya sendiri yang sudah lama pun diminta turun daripada pucuk kepimpinan MIC.

Penulis ingin mengimbas kembali beberapa kemelut dalaman MIC yang dirasai mempunyai kaitan dengan ‘political assassination’ dalam MIC. Seingat penulis, peristiwa pertama yang terlintas dalam fikiran adalah mengenai pergeseran antara Samy Vellu dengan MG Pandithan. Mendiang MG Pandithan telah menubuhkan Indian Progresive Front (IPF). Pergeseran antara Samy Vellu dengan Pandithan ini berpunca daripada rasa kurang senang Pandithan melihat perancangan dan tindakan Samy Vellu tidak membawa ke arah pembelaan terhadap nasib kaum India. Melihat Pandithan mula menerima banyak sokongan daripada masyarakat India dan juga mulamenarik perhatian AJK MIC sendiri, maka ini merupakan ancaman terhadap kedudukan Samy sendiri. Perkara ini bagi beliau tidak boleh dipandang remeh atau dilihat bersifat semenrtara. Tindakan serta merta yang dilakukan Samy adalah dengan memburuk-burukkan Pandithan dan akhirnya berjaya menyingkirkan belaiu daripada MIC. Alasan yang diberikan adalah Pandithan tidak lagi sehaluan dengan Presiden. Namun alasan sebenarnya penulis percaya diketahui oleh barisan AJK pada masa itu dan Samy Vellu sendiri.

Penulis ingin bertanya kepada Val Paari, sekiranya beliau masih ingat lagikah apa tindakan yang diambil oleh Presiden BN/Perdana Menteri terhadap permohonan IPF untuk mengganggotai BN? Bukankah permohonan tersebut di tolak dan sehingga kini hasrat IPF masih belum lagi kesampaian? Apakah tindakan ini melihatkan ciri-ciri ‘political assassination’ UMNO? Atau dengan lebih tepat lagi, adakah tindakan ini untuk menyelamatkan maruah bapa beliau sendiri sebagai Presiden MIC yang mewakili kaum India. Bukankah tindakan UMNO ini menjurus kepada konsep kesetiakawanan yang mengamalkan konsep kongsi kuasa dan mendokong aspirasi kemerdekaan negara?

Peristiwa kedua adalah pergeseran antara Samy Vellu dengan S. Subramaniam. Seingat penulis melalui cerita-cerita yang dikhabarkan bahawa Samy melihat S. Subramaniam adalah ancaman besar kepada agenda besar beliau dalam usaha untuk memastikan tampok kepimpinan MIC dikekalkan kepada kroni/sahabat Presiden. Unsur-unsur penipuan terlihat apabila penamaan calon dalam PRU 11 lalu di mana nama S. Subramaniam telah digugurkan. Untuk meredakan keadaan dan tidak mahu membangkitkan kemarahan kaum India dan penyokong Subra, Samy menyatakan kepada penyokong Subra dan kaum India bahawa nama Subra memang ada dalam senarai calon yang akan bertanding. Namun apabila tiba saat dan ketikanya, memang Samy tidak menipu kerana nama Subra memang ada tetapi Subramanian yang lain yang kini menjadi Menteri di Kemeterian Sumber Manusia. Apakah tindakan bapa beliau ini bukannya merupakan ‘political assassination’. Tak cukup dengan itu, bapa beliau telah memburuk-burukkan imej Subra dalam pemilihan tampok kepimpinan MIC yang lalu. Sama ada benar atau tidak, hanya Samy, Palanivel, AJK yang merupakan penyokong kuat Samy termasuklah Val Paari sendiri yang mengetahuinya.

Kedua-dua insiden yang merupakan asas kepada kemelut dalaman MIC adalah bukti kukuh bahawa ‘political aasassination’ diamalkan oleh bapa beliau sendiri. Tujuan utamanya untuk mengekalkan kedudukan Samy Vellu sebagai Presiden. Di samping itu, ia juga dipercayai adalah untuk menyediakan laluan mudah bagi Val Paari untuk menerajui kepimpinan MIC kelak.

Penulis dan ramai lagi pemerhati politik mendapati bahawa mengaitkan pemimpin UMNO sebagai menggunakan ‘political aasasin’ adalah tidak wajar. Menuduh dasar UMNO menyebabkan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina dan India berubah kepada pembangkang adalah juga tidak wajar. Kita perlu lihat secara total. Krisis dalaman parti MIC, MCA dan Gerakan juga jelas wujud dan penyumbang kepada peralihan undi kaum bukan Melayu. Dalam konteks MIC khususnya, telah mula wujud desas-desus masalah jawatan Presiden dipegang terlalu lama. Rasa muak dan mual telah mula menebal. Perkara sebegini dimanipulasikan oleh pembangkang. Kecaman dalam kempen pembangkang yang menyatakan bahawa MIC dilihat seolah-olah mahu mewujudkan dinasti dan kasta Samy Vellu dalam menerajui kepimpinan MIC. Tambahan pula, MIC digembar-gemburkan sebagai tidak mewakili hasrat kaum India. Tindakan Hindraf pula menambah-burukkan lagi sokongan masyarakat India terhadap MIC.

Wujudnya Hindraf bukan kerana UMNO tetapi kerana hasrat dan keinginan kaum India gagal dilaksanakan oleh MIC. Hindraf itu sendiri akhirnya berpecah. Menyedari bahawa pemimpin Hindraf banyak yang menangguk di air keruh dan meletakkan kepentingan peribadi individu-individu tertentu khususnya mereka yang mempunyai ‘political ambitions’ akhir ada di kalangan AJK dan ahli mereka telah keluar dan menubuhkan Makkal Sakhti. Berbeza dengan Hindraf, Makkal Sakthi melihat bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO adalah wadah sebenar dalam merealisasikan impian dan hasrat kaum India. Mereka juga membuat permohonan untuk menyertai BN. Seperti IPF, permohonan mereka juga telah ditolak. Namun IPF dan Makkal Sakthi tidak pula menuduh UMNO sedemikian.

Pada pandangan penulis dan ramai di kalangan pemerhati politiok bahawa tindakan Val Paari ini ada kaitan dengan ‘political ambitions; beliau. Beliau tahu sekiranya desakan dan tekanan yang diberikan oleh Gerakan Anti Samy (GAS) berjaya, maka bapanya akan turun lebih awal. Berkemungkinan Palanivel juga tidak akan sempat menduduki kerusi Presiden MIC. Kalau ini berlaku, maka hasrat beliau dan impian untuk menjadi Presiden MIC selepas Palanivel akan berkecai.

Satu Respons to “VAL PAARI DAN KONSEP ‘POLITICAL ASSASSINATION’ YANG DIWARISINYA”

  1. akulah1969 said

    memangla, kalu dah tak suka macam-macam kata nista dihambur. aku pecaya, kalau lah mic menang besar dan umno menang kecik masa pru12, mesti pemimpin umno tak menyalak mcm ni kat samy velu tu. oleh kerana mic nampak lemah sekarang, so kita bole pakat henyak sama dia sampai berak taik kuning….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: