Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 26 Mei 2010

VAL PAARI DAN KONSEP ‘POLITICAL ASSASSINATION’ YANG DIWARISINYA

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 26 Mei 2010

Oleh: Kawan Lama

Val Paari, anak Samy Vellu, Presiden MIC menuding jari kepada UMNO di atas kemelut dalaman MIC dan mengamalkan dasar ‘political assassination’ merupakan tindakan terdesak dalam usaha untuk menyelamatkan kedudukan beliau sendiri dalam MIC. Tuduhan yang dilemparkan beliau bernada seperti seorang penyokong kuat pembangkang. Beliau sedar sekiranya bapa beliau bukan lagi Presiden MIC dalam masa terdekat ini, kumpulan pendesak dalam MIC baik yang bersama bapa beliau mahupun musuh-musuh tradisi yang dicipta oleh bapa beliau sendiri akan mula melaksanakan perancangan kepimpinan dan hala tuju yang baru demi untuk merelevenkan MIC selaras dengan kehendak semasa. Kemungkinan besar beliau akan dikesampingkan oleh kepimpinan baru kelak. Ramai di kalangan pemerhati politik sedar bahawa tindakan beliau meletakkan kesalahan atas bahu UMNO sebenarnya adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat khususnya masyarakat kaum India terhadap kemelut politik dalaman MIC yang berteraskan kepada rasa tidak puas hati terhadap Samy Vellu. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 1 Comment »