Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KEMELUT MIC BOLEH MENJADI KANSER DALAM PARTI….

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 25 Mei 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Kemelut dalaman parti MIC mendatangkan banyak persoalan yang tidak enak di kalangan kita semua antaranya kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya

”Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,” ”Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan ‘pembunuh politik’ seterusnya untuk menjatuhkan beliau??

Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.”Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara seperti berikut tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf

Apa yang dpt kita lihat semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar

Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya ‘membuka mata’ mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi ‘kad menu’ UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya

Realitinya, kepimpinan parti MIC merupakan pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh Samy Vellu dan kepimpinan MIC telah melalui beberapa proses ‘pembersihan’ daripada mereka yang tidak sekepala dengan Samy Vellu

Jika beliau mahu melihat kaum India kembali menyokong MIC, beliau telah gagal untuk melakukannya. So, apa lagi? Atau, apakah beliau khuatir hidup beliau tidak akan tenteram jika beliau sudah tidak mempunyai kuasa politik lagi? Apakah beliau risau segala skandal dan isu-isu tertangguk di dalam sayap pelaburan parti MIC akan dibongkar sepenuhnya jika beliau tiada lagi? Seperkara lagi, kenapakah Samy Vellu masih mahu bergayut kuat dengan jawatan beliau itu ??

Persoalannya, apakah wujud pemimpin-pemimpin di dalam parti MIC yang berani bersuara dan bersatu untuk memaksa Samy Vellu untuk mengundurkan diri? Jika merujuk kepada barisan kepimpinan MIC hari ini, tidak mungkin!

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: