DAP Memanipulasi Perpecahan Orang Melayu
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 25 Mei 2010
Oleh: Kawan Lama
Perpecahan orang Melayu dekad ini kelihatan semakin ketara. Perpecahan yang menjadikan orang Melayu dilihat lemah dan tidak bersatu. Saluran yang digunakan bagi menghalakan berlakunya perkara ini adalah perebutan kuasa politik. Melalui saluran politik ini, tindak-tanduk dan perlakuannya adalah dilihat tidak bersalahan. Pendekatan kepada konsep ‘matlamat menghalalkan cara’ acapkali menjadi teras perjuangan dalam memperolehi kuasa politk dan memenangkan seseorang atau sesebuah parti. Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu telah berpecah banyak kali sejak sebelum 1946 lagi. Cubaan untuk menyatukan orang Melayu di bawah satu bumbung dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan maruah dan hak kepada kuasa Raja-Raja Melayu dan pembelaan terhadap orang Melayu yang telah dijajah dan dikesampingakan setelah dijajah lebih daripada 300 tahun.
Namun ada sesetengah pihak tidak mahu melihat orang Melayu bersatu kerana penyatuan orang Melayu di atas amat digeruni bukan sahaja oleh penjajah malahan golongan opurtunis imigran Cina dan India pada sebelum merdeka. Dengan bersatunya orang Melayu, segala tuntutan dan perancangan untuk menjadikan Malaysia (Malaya) dikuasai oleh mereka terbantut. Walau bagaimanapun, gerakan mereka tidak terhenti di situ. Mereka sedar bahawa perpecahan mutlak orang Melayu akan membawa kehancuran kedudukan dan kuasa politik orang Melayu. Mereka masih berusaha dan menunggu saat dan ketika untuk merealisasikan impian dan hasrat mereka.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan mereka baik melalui penjajah Bristish mahupun melalui Parti Komunis Malaya demi untuk memastikan kuasa dan perpaduan orang Melayu berada di tahap paling lemah. Puak haluan kanan dan kiri Melayu yang wujud ketika irtu dimanipulasikan oleh glongan opurtunis ini. Contoh jelas adalah sebuah parti Melayu berhaluan kiri iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang ditaja oleh Parti Komunis Malaya pada tahun 1945. Apa yang tidak disedari oleh puak Melayu haluan kiri ini adalah tujuan utama pihak komunis ini adalah menjadikan Malaya sebagai sebuah negara Republik yang mengamalkan dasar komunisme. Dengan itu, mereka akan dapat menjadi kuasa politik utama.
Kita dapati juga bahawa dasar-dasar penjajah British pada masa itu untuk mejadikan Malaya sebagai sebuah negara Republik atau ‘unitary state’ di bawah Malayan Union amat disokong oleh golongan opurtunis imigran cina. Ini merupakan peluang dan ruang untuk mereka mengorak langkah bagi mendapatkan kuasa politik. Semasa perbincangan untuk Malaya menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat, usaha juga telah dijalankan oleh beberapa pemimpin utama golongan ini. Mereka telah berjumpa dengan Sir Harold Mac Micheal di Goa untuk memastikan mereka dijadikan warganegara dengan konsep jus soli. Tujuan sebenarnya mereka dalam perjumpaan tersebut adalah untuk memastikan bahawa mereka mempunyai peluang luas kepada kuasa politik dan seterusnya memudahkan untuk mereka menjadi tunggak utama politik negara. Pada saat ini orang Melayu daif dan miskin. Tidak berpelajaran dan kebanyakannya tiada kekuatan ekonomi. Tambahan pula tiada satu usaha jitu dalam menyatupadukan serta membangkit orang Melayu.
Dengan tertubuhnya UMNO pada tahun 1946 oleh Allayarhan dato’ Onn Jaafar, rata-rata melihat kejayaan utamanya adalah mengagalkan Malayan Union. Namun hakikat sebenarnya, kejayaan terbesar adalah perpaduan, penyatuan dan keyakinan orang Melayu serta telah berjaya mengembalikan maruah bangsa dan kuasa Raja-Raja Melayu. UMNO menjadi penghalang kepada usaha mereka.
Perbincangan juga dibuat oleh golongan imigran ini dengan pihak British agar salah satu syarat untuk merdeka, adalah UMNO dan orang Melayu mesti menerima golongan imigran ini sebagai warganegara khususnya mereka yang dikenali sebagai ‘British subject’ Tekanan dan keadaan telah memaksa orang Melayu menerima cadangan penjajah.
Kejayaan pertama inilah yang mereka tunggu-tunggu. Kini telah menjadi telah mendapat taraf warganegara. Kejayaan ini membuka ruang yang lebih luas kepada mereka. PKM yang diketuai oleh Chin Peng yang kurang senang dengan hal ini cuba merebut peliuang secara total. Beliau melancarkan gerakan-gerakan subversif. Tindakan Chin Peng ini sebenarnya memperlihatkan bahawa mereka mahukan kuasa pemerintahan terhadap Malaya. Namun usaha Chin Peng ini gagal kerana dilihat terlalu kasar dan terbuka. Ini bukan amalan dan kehendak sesetengah pem,impin kaum Cina.
Pada tahun 1963, PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew telah berjaya mendapatkan Singapura. Sebagai sebuah negara yang menjadi sejarah penting Malaysia, kini sejarah tersebut telah ditukar. Singapura yang dahulunya dibuka oleh Parameswara kini diubah dan diajar kepada generasi baru Singapura bahawa Siongapura dibuka oleh Stamford Raffles. Sejarah kemerdekaan Singapura juga dilihat di perjuangkan oleh kaum Cina. Daripada sebuah negara beraja, Lee Kuan Yew telah menjadikannya sebuah Republik. Kuasa Raja Melayu Singapura telah dihapuiskan dan digantikan dengan Presiden yang mana selama ini telah dikuasai oleh kaum bukan Melayu.
Setelah melihat kejayaan PAP, DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang pula menyambung perjuangan PAP. Seperti PAP, DAP adalah sebuah parti perkauman dan chauvinis Cina. Mereka anti bangsa Melayu. Semua serangan dilakukan terhadap UMNO sebenarnya nditujukan kepada orang Melayu. Walaupun mereka menyatakan memperjuangkan hak sama rata melalui Malaysian Malaysia yang jelas membuktikan bahawa mereka sebuah parti perkauman. Untuk pengetahuan pembaca, Malaysian Malaysia DAP ini adalah kesinambungan kepada Malayan Malaya yang diketengahkan oleh Parti Komunis melalui Parti Kebangsaan Melayu Malaya.
DAP tidak akan lupa bahawa mereka hamper-hampir pupus setelah kiesemua pemimpin kanan mereka tewas dalam PRU 11 yang lalu. Namun DSAI dan Nik Aziz telah memberikan mereka nyawa untuk ‘hidup’ kembali. Kini parti DSAI PKR dan Nik Aziz PAS mengalami masalah perpecahan dalaman yang serius. Peluang untuk bergabung dalam pakatan pembangkang kini dilihat lebih menguntungkan DAP kerana berjaya mendapatkan sebuah negeri iaitu Pulau Pinang. Dengan kemelut yang dihadapi oleh PKR dan PAS, DAP mengambilk peluang untuk memperkukuhkan kedudukan mereka. DAP kini dilihat sebagai ‘pemimpin’ dan mempunyai kuasa di setiap negeri yang dikuasai oleh pakatan mereka.
Perpecahan orang Melayu baik dalam UMNO, PAS dan PKR adalah kelabaan kepada DAP. Orang Melayu jangan lupa bahawa beberapa peristiwa hitam dalam sejarah negara adalah disebabkan mereka berpecah-pecah dan lemah. Kelemahan ini pula disusuli dengan tuntutan-tuntutan dan tekanan oleh kaum lain khususnya Cina baik melalui parti komponen seperti MCA, Gerakan, MIC PPP dan juga desakan dan hasutan daripada DAP. Tiada jalan lain selain daripada untuk orang Melayu bersatu dan duduk bersama membincangkan kepentingan bersama agar tidak dirampas hak dan dikesampingkan sekali lagi.
Tinggalkan Jawapan