Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAKATAN PEMBANGKANG DIKUASAI DAP…

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 20 Mei 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Pakat keluar ramai-ramai begitulah yang terjadi dalam parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti itu. Takrifan ini adalah tepat memandangkan sebahagian besar pemimpinnya kini semakin tidak yakin dengan hala tuju parti tersebut, tindakan ini menyebabkan jumlah wakil PKR di Parlimen terus berkurangan berbanding wakil Bebas yang terus meningkat

Jika sebelum ini PKR begitu ghairah menghitung jumlah wakil rakyat BN yang akan menyertai pakatan itu bagi membentuk kerajaan pada 16 September 2008 tetapi kali ini PKR pula menyaksikan satu persatu wakil rakyatnya angkat kaki seperti Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengisytiharkan keluar PKR kerana kesal dengan sikap pimpinan pembangkang di Selangor yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil. PKR Cabang Ipoh Barat pula dibubarkan selepas 19 daripada 25 Ahli Jawatankuasanya meletakkan jawatan. Seramai 14 daripada 19 ahli terbabit mengisytiharkan keluar parti manakala lima lagi mengosongkan jawatan masing-masing. dengan perkembangan terkini rakyat akan membuka mata bahawa perjuangan PKR adalah sia-sia

Selepas kerajaan Perak yang diterajui pakatan 3P tumbang gara-gara dua wakil rakyat PKR dan seorang DAP meninggalkan parti untuk menjadi wakil Bebas, perhatian kini terarah kepada jirannya Kedah. Di negeri Jelapang Padi. Ini berikutan ramai yang sudah mula bersembang mengenai kemungkinan ada lagi wakil rakyat pembangkang akan berhijrah sebagai wakil Bebas. Jika ini berlaku, maka episod Perak akan berulang di Kedah

Ada juga sembang sumbang yang mendakwa BN memainkan peranan untuk menumbangkan kerajaan Pas di Kedah. Tetapi bagi Tajudin, hakikatnya, apa yang berlaku adalah rasa kecewa wakil rakyat pakatan 3P sendiri

Pas mungkin terasa bahang penghijrahan wakil PKR ini yang kini hanya tinggal tiga. Dalam erti kata lain, Pas mungkin meragui kesetiaan saki baki wakil rakyat PKR yang ada. Namun Pas jangan pula lupa, jika perasaan kecewa tidak dapat dibendung, wakil Pas juga boleh meninggalkan parti itu walaupun setakat ini rekod menunjukkan wakil rakyat Pas tidak mudah goyang

Mungkin ini bezanya antara wakil rakyat Pas dengan PKR. Di samping kesetiaan kepada parti, mereka yang dipilih sebagai calon bukan satu kesilapan. Maksudnya di pihak PKR, ada calon wakil rakyat yang dicalonkan secara tangkap muat atau bidan terjun untuk memastikan kerusi itu diisi oleh calon pembangkang. Akhirnya apabila menang, mereka tidak berupaya menjalankan tugas. Mungkin tidak diasuh sebagai wakil rakyat atau ahli politik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk rakyat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: