Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

DASAR RASIS DAN CHAUVINIS DAP DIIKTIRAF DI SIBU?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 17 Mei 2010

Oleh: Kawan Lama

Kemenangan tipis DAP di Sibu dalam PRK semalam mempunyai banyak pengertian yang perlu ditelusuri oleh semua pihak khususnya kepimpinan BN sendiri. Majoriti pengundi di kawasan PRK tersebut adalah masyarakat Cina (68%) dan kaum bumiputera. Pola pengundian kaum Cina sudah berubah. Undi mereka bukan lagi menyebelahi BN. Undi Cina untuk parti Cina. Dengan lain kata, undi yang diberikan lebih berbaur perkauman.. Dan undi mereka berikan sebagai mengiktiraf DAP sebagai parti rasis chauvinis yang mewakili kaum Cina.

Isu perkuaman dan agama yang dimainkan di PRK Sibu juga bukti kukuh bahawa DAP mahu menghancurkan imej bersih BN. Walaupun isu ini dilihat ditujukan kepada UMNO, namun tujuan sebenarnya adalah untuk membuktikan kepada pengundi di Malaysia Timur secara amnya bahawa, DAP adalah satu-satunya parti mutlak kaum Cina. Bukan SUPP,MCA, Gerakan. atau mana-mana parti mewakili kaum Cina dalam komponen BN

Mungkin kenyataan ini nampak rasis, namun kebenarannya tetap wujud kerana wakil BN daripada SUPP tidak diterima kerana berjaya ditonjolkan oleh DAP sebagai parti yang tidak mengutamakan kepentingan masyarakat Cina lagi. Seperti MCA dan Gerakan, SUPP dikatakan tunduk kepada tuntutan parti yang menerajui kepimpinan BN iaitu UMNO.

Pelbagai usaha telah dilakukan parti komponen BN khususnya SUPP, MCA dan Gerakan untuk menafikan fitnah yang dilemparkan DAP. Di Semenanjung Malaysia, kini kita dapati beberapa pemimpin MCA dan Gerakan mula mengorak langkah mereka dan telah berani mengecam beberapa langkah dan dasar kerajaan yang terkandung dalam Perlembangaan Persekutuan khususnya berkaitan dengan Perkara 153 (Hak keistimewaan Orang Melayu) dan juga Ketuanan Melayu. Namun langkah yang dibuat MCA dan Gerakan ini tidak dapat diterima oleh kebanyakan masyarakat Cina kerana dilihat sudah terlewat. Tambahan pula mereka telah termakan hasutan/fitnah DAP bahawa parti- parti komponen BN masih lagi di bawah telunjuk UMNO.

Sekiranya masyarakat Cina hari ini sedar dan mahu melihat semula sejarah negara khususnya pada era sebelum dan selepas merdeka, kerajaan BN melalui MCA khususnya dan kemudiannya Gerakan, telah banyak memberikan perlindungan dan pembelaan terhadap masyarakat Cina. Hak dan kepentingan sah kaum Cina sentiasa dijaga. Hak warganegara dan kewarganegaraan tetap terlindung dalam Perlembagaan. Sehingga kini mereka masih lagi menjadi kuasa utama dalam ekonomi negara. DEB yang dikecam hebat dan dikatakan hanya mementingkan bangsa Melayu sebenarnya juga memberikan kelabaan kepada kaum Cina khususnya dalam kontrak-kontrak kerajaan yang diberikan kepada orang Melayu. Penulis masih ingat lagi semasa krisis ekonomi dunia 1998 dimana kenaganyakan sayrikat besar kaum Cina kerugian berjutaan-juta ringgit dan sepatutnya dah bangkrap namun krajaan BN telah membantu menyelamatkan mereka.

Pembelaan MCA dan Gerakan tidak dapat dinafikan oleh masyarakat Cina. Kita dapat lihat dengan mata kasar kita sendiri bahawa kebanyakan gedung-gedung besar, kilang-kilang dan ruang-ruang niaga di merata tempat khususnya dibandar-bandar besar diisi oleh usahawan Cina. Rumah-rumah banglo, semi detach, kondominium di kota-kota metropolitan dan bandar-bandar besar di seluruh negara kebanyakkannya dimiliki oleh kaum Cina.

Dengan kata lain, masyarakat Cina di Malaysia sentiasa mendapat keuntungan dalam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan kerana mereka ada kuasa wang untuk membuat lebih banyak kemewahan. Jadi apa sebenarnya yang dikatakan bahawa MCA dan Gerakan tunduk kepada UMNO? Apa yang orang Melayu khususnya dan UMNO amnya buat untuk menyekat kejayaan dan pembelaan terhadap kaum Cina seperti yang dilaung-laungkan oleh DAP?

Dari segi sejarah, DAP lahir setelah PAP berjaya mendapatkan Singapura. Golongan ini (DAP) menurut Lee Kuan Yew (PAP) adalah golongan Cina yang bodoh kerana PAP telah berjaya mendapatkan sebuah negara untuk kaum Cina namun masih berdegil dan mahu tinggal di Malaysia yang dikuasai oleh bangsa Melayu. Pandangan LKY kini telah berubah setelah melihat perkembangan terbaru politik Malaysia selepas PRU 12 lalu. DAP kini dilihat berpeluang untuk mencapai kejayaan lebih besar dariapda PAP. Kesemua ini berkemungkinan berlaku angkara PKR yang dikepalai oleh DSAI. DAP perlu berterima kasih kepada DSAI / PKR telah berjaya membantu mempercepatkan impian, hasrat dan harapan DAP untuk menguasai Malaysia dan menjadikannya seperti Singapura.

Sebelum PRU 12, usaha DAP kebanyakannya menemui jalan buntu. DAP telah bergabung dengan Semangat 46 tetapi masih gagal dan dilihat akan terus gagal sekiranya bernuang di bawah kepimpinan Tengku Razaleigh (S46). Kerjasama dengan S46, tetapi tidak dengan PAS ini telah memberikan sedikit keuntungan dan DAP. Namun setelah S46 bubar, DAP melihat mereka perlu teruskan usaha sendirian tanpa bergabung dengan mana-mana parti. Usaha mereka masih tidak membuahkan hasil. Namun bak kata ‘seperti pucuk dicita ulam mendatang’, DAP mendapat nafas dan peluang baru. Mereka dapat DSAI/PKR untuk ‘dikeldaikan’.

Pada PRU 12 lalu, pembangkang masih bergerak sebagai ‘individual party’. Namun setelah melihat keputusan PRU 12, mereka akhirnya membuat pakatan di antara PKR, DAP dan PAS. Melalui pakatan ini; mereka berupaya memperolehi beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Satu pakatan yang menguntungkan DAP kerana dapat Pulau Pinang. Sebelum ini, Pulau Pinang adalah salah sebuah negeri yang memang menajdi sasaran DAP sejak dahulu lagi. Tambahan pula, LKY pernah menyatakan hasrat untuk medapatkan Pulau Pinag dalam lawatannya terdahulu. Terbaru, mereka telah dapat melebarkan sayap mereka ke Sarawak. Sibu adalah petanda awal yang akan menunjukkan keputusan PRU Sarawak yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Apakah kesudahannya, kita nantikannya bersama.

DSAI / PKR telah membuka ruang yang luas kepada DAP untuk lebih mempertajamkan strategi perkauman mereka. Kali ini dasar rasis chauvinis mereka dihalalkan oleh ulama PAS dan dibela golongan Melayu Liberal PKR. Sokongan dan dokongan ini akan membuka peluang yang lebih luas kepada DAP untuk merealisasikan hasrat mereka.

Perkembangan muktahir pakatan pembangkang dipenuhi dengan masalah dalaman. Pakatan mereka mula rapuh. Masalah semakin meruncing khususnya PKR dan PAS. Ramai di kalangan pemimpin kanan dan wakil rakyat PKR telah meninggalkan parti tersebut. DAP pula tidak menghadapi masalah sedemikian. . Biar apapun yang terjadi dalam parti komponen mereka seperti PAS dan PKR, apa yang penting adalah DAP jangan sekali-kali campurtangan dalam hal parti tersebut. Ada baiknya parti-parti tersebut berpecah belah. Ini akan menguntungkan mereka. Bagi DAP, inilah kesempatan yang perlu diambil dan DAP perlu dilihat lebih kukuh bukan sahaja dengan MCA dan Gerakan malahan dengan pakatan mereka yang lain PKR dan PAS.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: