Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

AHLI PKR MAKIN HILANG KEPERCAYAAN PADA PKR

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 11 Mei 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Seramai 1,700 masyarakat India di Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai MIC selepas kecewa dengan kegagalan pemimpin parti itu membela nasib mereka. “Sudah dua tahun kita terpedaya dengan janji manis pemimpin PKR, termasuk Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mahu membela nasib masyarakat India,”

Sebahagian besar daripada mereka merupakan masyarakat India yang menjadi ahli di cawangan Jalan Kattu Raja, Paya Besar, Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara, Taman Sunga Kob, Taman Ria dan Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai. dan dua cawangan PKR dalam Parlimen Kulim- Bandar Baharu yang mengikut langkah sama ialah di Kampung Padang Buluh dan Ladang Dublin Pusat

“Kita makin bosan dengan janji kosong pemimpin PKR lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang hanya pandai bercakap tetapi tidak membuat kerja yang telah diberikan demi kebajikan rakyat dengan adil dan saksama

semua yang meninggalkan parti akan menyertai MIC dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN). Mereka membabitkan ahli PKR dari 10 cawangan di dua kawasan Parlimen itu dan menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Letchumanan, 60, yang mengetuai kumpulan berkenaan berkata, mereka membuat keputusan keluar dan membubarkan PKR kerana hilang keyakinan terhadap perjuangan parti berkenaan yang mengabaikan kebajikan mereka

‘‘Kita sudah bosan dengan janji kosong pemimpin PKR lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang berlagak pandai dan cakap tak serupa bikin malah menyakit kan hati rakyat dengan janji-janji kosong

Advertisement

Satu Respons kepada “AHLI PKR MAKIN HILANG KEPERCAYAAN PADA PKR”

  1. […] *blog pro kerajaan x nak komen apa2 pasal ni? x kan senyap je? setakat berita ahli pkr hilang kepercayaan (lagi) pada parti, apa lah sangat.. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: