Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

ZAID TIDAK DAPAT MENERIMA KESALAHANNYA…

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 10 Mei 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Setelah memperlihatkan sikap buruk Zaid Ibrahim kerana tidak dapat menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, pemimpin PKR, ini membuat hal lagi Kali ini beliau mempersoalkan titah Sultan Selangor agar masjid tidak digunakan untuk kempen politik dan dakyah parti. Zaid mendakwa titah itu hanya pendapat peribadi baginda

Alasan yang diberikan oleh beliau mendakwa kenyataan yang dibuat dalam blognya sama sekali tidak melanggar adat Melayu yang menganggap semua titah sultan perlu dipatuhi, beliau juga menegaskan tidak akan memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berikutan tindakannya menganggap kenyataan baginda berhubung larangan berpolitik di masjid sebagai pandangan peribadi

Ditanya jika Istana Selangor memintanya memohon maaf, beliau menjawab “Dia minta, dia kena fikir dulu wajar atau tidak. Saya bersedia jumpa Tuanku, saya tidak buat silap apa-apa, saya nak minta maaf buat apa? saya hanya beri tafsiran undang-undang.” Bila buat undang-undang tidak betul bila diperjelaskan, dia rasa tersinggung lepas itu kata sultan tersinggung. Jadi tidak ada kena-mengena dengan orang Melayu, “Ini bukan soal tahu adat, adat tetap adat tetapi undang-undang kena juga, dua-dua kena ikut

“MAIS menjelaskan pandangan mereka, saya berterima kasih pada penjelasan itu tetapi saya tidak setuju, pandangan kita mungkin juga berbeza “Perbezaannya, undang-undang kena jelas dan baca maksudnya sebab itu diwartakan di Dewan Rakyat atau pun Dewan Undangan Negeri supaya rakyat tahu, kalau perintah sultan nak dijadikan undang-undang, ia mesti melalui proses yang sama,” beliau akan menulis surat kepada MAIS bagi menjawab semua persoalan dan salinannya akan turut dihantar kepada pejabat Istana Selangor

kita juga hairan Zaid mengambil sudut negatif titah Sultan Selangor yang bertujuan menjaga kesucian Islam. Sebagai orang Islam beliau sepatutnya bersyukur baginda melaksanakan peranannya sebagai raja yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam. Janganlah kerana kepentingan politik, beliau sanggup membelakangkan kepentingan agama. Janganlah juga kerana imejnya sebagai Melayu liberal maka agama boleh dipertaruhkan. Bayangkan implikasinya jika semua pihak dan parti politik boleh sebebas-bebasnya menggunakan masjid untuk berpolitik. Umat Islam yang sudah berpecah akibat ketaksuban politik, akan makin berpecah dan lemah. Rasanya penganut agama lain pun berhemah dalam menggunakan rumah ibadat mereka sebagai tempat penyatuan, bukan perpecahan. Pada kita pandangan Zaid adalah songsang dan di luar tabii. Ia bercanggah dengan kepentingan Islam. Kalaulah PKR memerintah, kita sudah boleh menjangkakan Malaysia akan diheret akhirnya menjadi negara republik

Apa yang kita semua tahu Zaid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan menghina Insitut Raja Raja Melayu sebagai ketua Agama di negeri Taklukanya. Kenyataan Zaid Ibrahim adalah seperti berikut “…Sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman Raja-Raja Melaka dahulu”. Dan kenyataan itu mendapat bantahan dari beberapa NGO melayu dan telah mengadakan demostrasi bantahan di hadapan pejabat PKR Selangor

Kenyataan diatas dah cukup terang lagi nyata yang Sultan adalah sebagai Ketua Agama di Negeri taklukanya. Jadi kenyataan Zaid Ibrahim yang mempertikaikan kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam adalah satu penghinaan dan seharusnya diharamkan dari pijak bumi selangor. Kenyataan Zaid bukan sahaja dituju kepada Sultan selangor malah Keseluruhan Institut Raja Raja Melayu Di negara

Orang seperti beliau akan tafsir perkara dan isu mengikut kepentingan politik semata-mata. Percayalah Zaid akan lebih patuh kepada nasihat pemimpin DAP Lim Kit Siang daripada nasihat sultan. Zaid juga tidak mungkin biadab kepada DAP berbanding sultan. Hampir kesemua isu dan perjuangan DAP disokong oleh Zaid termasuk menuntut kesamarataan, yang tidak bertunjangkan realiti sejarah dan Perlembagaan Negara

Satu Respons to “ZAID TIDAK DAPAT MENERIMA KESALAHANNYA…”

  1. whiteorange said

    MAY 1969 vs MAY 2010

    THE MANY FACES
    MAY 1969 LIM KIT SIANG (DAP)AND THE CHAUVANIST CHINESE SIDE BY SIDE

    MAY 2010 LIM KIT SIANG (DAP) AND THE MALAYS (PAS) (PKR) SIDE BY SIDE ..

    CONGRATULATION LKS FOR WINNING THE LONG FOUGHT BATTLE

    CONGRATULATION THE PAS AND PKR MALAYS KERANA SUDAH MAU BERTUANKAN LKS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: