Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

LANGKAH TERDESAK DSAI

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 5 Mei 2010

Oleh: Kawan lama

Segala perancangan dan tindakan DSAI akhir-akhir ini memperlihatkan beliau benar-benar tertekan akibat kes sodomi II beliau yang menurut khabar angin yang kencang bahawa beliau akan ‘sangkut’ Ramai di kalangan pemerhati politik percaya DSAI kali ini benar-benar takut kerana beliau sedar bahawa zaman kegemilangan politik beliau akan hancur dalam masa terdekat ini. Lantaran itu beliau menggunakan strategi menangguhkan kes perbicaraan sodomi II beliau sehingga saat PRU 13 kelak..

Baru sebentar tadi penulis membuka blog DSAI yang memaparkan surat terbuka dariapda wakil rakyat Canada dan Australia kepada YAB DS Najib. Tindakan memaparkan dua surat berkenaan dilihat sebagai satu usaha terdesak dan langkah untuk meraih simpati masyarakat. Harapan DSAI dengan memaparkan dua surat tersebut beliau berharap tekanan dari luar terhadap kepimpinan DS Najib kerana alasan pemimpin luar negara melihat kes perbicaraan tersebut sebagai satu usaha untuk membunuh karier politik DSAI.

Pada pandanagan penulis, langkah meraih simpati para pemimpin politik luar negara seperti Canada dan Australia ini sebenarnya ‘memakan diri’ beliau sendiri dan memperkukuhkan lagi khabar angin ini. Taktik sebegini telahpun beliau gunakan 10 tahun lalu khususnya selepas beliau dibebaskan. Perkara pertama yang beliau lakukan adalah berjumpa dengan pemimpin Amerika Syarikat berbangsa Yahudi agar satu bentuk tekanan perlu dilakukan terhadap kepimpinan Malaysia. Beliau telah berjaya pada peringkat pertama tetapi bagi kes sodomi II ini, masyarakat sudah mula muak dengan gelagat dan taktik busuk yang digunakan beliau.

Isu APCO yang banyak digunakan semasa kempen PKR di PRK Hulu Selangor lalu juga telah menjejaskan hubungan beliau dengan rakan Yahudi Amerika beliau. Paparan artikel Rachel Motte dalam laman web berhaluan kanan Amerika, The New Ledger bertajuk ‘The Reversal of Anwar Ibrahim’, merupakan tindakan terdesak DSAI dengan menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi. . Ini bukan kali pertama “DSAI mengambil tindakan sebegini”. Anwar ‘telah membuang kawan lamanya’ di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Selain itu, Semasa di PRK Hulu Selangor baru-baru ini, cerita-cerita mengenai pemilihan Zahid Ibrahim sebagai calon PKR dikatakan mempunyai kaitan dengan kes sodomi II DSAI. Sekiranya DSAI disabitkan kesalahan dalam kes sodomi II beliau, Zaid adalah bakal pengganti beliau untuk menerajui PKR dan bertindak sebagai Ketua Pembangkang. DSAI menjadi bertambah kalut apabila Zaid kalah. “Back-up plan’ beliau menemui jalan buntu.

Rakan politik beliau seperti DAP dan PAS mahupun dalam PKR sendiri telah mula megorak langkah sendiri dan secara perlahan-lahan menjauhkan diri daripada beliau. Terdapat beberapa nama besar dalam PKR sendiri telah keluar parti dan terbarunya, Dr Halili, rakan yang bersama-sama menubuhkan PKR telah keluar parti dan memasuki UMNO.

Kegusaran dan kecelaruan DSAI bertambah-tambah apabila isu-isu berkaitan dengan pakatan PKR, PAS dan DAP. Masalah dalaman PKR dan PAS serta tindakan DAP tidak disenangi oleh rakyat menambah burukkan lagi keadaan. PKR dengan masalah tindakan beberapa wakil rakyat dan ahli kanan mereka telah keluar parti kerana hilang keyakinan kepada beliau. Ada yang jadi wakil rakyat bebas dan ada yang telah menyertai UMNO. Pertelingkahan antara Azmin Ali dengan YAB Khalid Ibrahim yang berebut kuasa di Selangor. Bagi Azmin Khalid tak layak jadi MB. Beliau yang lebih layak kerana beliau adalah orang kesayangan DSAI dan Wan Azizah. . Wan Azizah juga nampaknya telah mula resah kerana kebenaran mengenai kes sodomi II suaminya semakin jelas

PAS pula dilanda masalah dalaman di antara kumpulan Ulama dengan Erdogan. Khalid gaduh dengan Hassan Ali. Husam tak pihak kepada Hj Hadi. PAS juga mendapat serangan bertubi-tubi oleh blogger dan media utama kerana isu-isu berkaitan dengan YAB Nik Aziz. DAP pula dilihat terlalu mementing keuntungan kaum mereka sahaja. Isu-isu yang melanda pakatan pembangkang ini memperlihatkan bahawa pakatan mereka telah mula menunjukkan keretakan dan hanya menunggu masa untuk terbelah. Hubungan palsu antara PAS dan DAP selama ini juga semakin meruncing khususnya di Kedah dan Selangor.

DSAI sedar bahawa harapan untuk menjadi PM akan hanya tinggal harapan dan beliau telah mula terbayang pintu besi di Kajang atau Sg Buloh. Pembohongan mengenai kerajaan Pakatan 16 September lalu juga hanya sebagai mainan dan langkah terdesak beliau. Kalau dapat jadi PM boleh buang kes sodomi II. Boleh balas dendam pada Tn Mahathir. Begitulah tindakan bodoh dan dangkal DSAI dalam mempermainkan kepercayaan keluarga, rakan politik dalam dan luar negara dan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: