Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Jangan Salahkan PM mengenai isu larangan Sultan Selangor !

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 5 Mei 2010

Oleh: Putera_Adnan

Nampak sangat Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah tertekan isu kritikannya terhadap arahan Sultan Selangor supaya masjid tidak dijadikan medan politik apabila Mursyidul Am PAS itu cuba menyalahkan Datuk Seri Mohd Najib. Menteri Besar Kelantan itu menuduh apa dilaporkan media ketika kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor tidak benar dan mahu melaga-lagakan beliau dengan Sultan Selangor.

Alasannya kenyataan beliau mengenai larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah bukannya memberi respon dengan merujuk kepada titah Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar, kata Nik Aziz merujuk laporan muka depan Utusan Malaysia online pada 24 April dan edisi cetakan pada tarikh sama bertajuk “Pembangkang ingkari Sultan”.

Menulis menerusi blogtokguru.com pemimpin veteran PAS yang penuh kontroversi itu mendakwa pandangan Najib yang melabelkannya sebagai ‘melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor’ adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah.

“Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor,” tulis Nik Aziz lagi. Atas dasar itu, beliau menganggap dirinya seperti difitnahkan Najib dan tidak akan halal di dunia serta di akhirat kecuali Presiden UMNO itu menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka.

“Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka,” tegasnya. Sebab itulah kadang-kadang boleh tergelak bila kenang balik perangai Mursyidul Am PAS ini yang kerap sangat mengukum apa orang lain buat salah tetapi kalau beliau buat semua betul. Ramai juga yang kecewa kerana ada masanya Nik Aziz dalam usaha membela dirinya, beliau sering kaitkan agama dan sunah Nabi.

Peliknya selepas 10 hari kenyataannya yang menyifatkan arahan Sultan Sharafuddin Idris Shah itu peninggalan penjajah dan amalan karut, baru hari ini Nik Aziz ‘tersedak’ dan mahu menjadikan Najib kambing hitam. Nik Aziz sebenarnya dah terdesak dengan titah terbaru Sultan Selangor meminta sesiapa yang tidak suka dengan peraturan di negeri itu tidak perlu datang ke Selangor.

Beliau sudah lupa agaknya bila wartawan bertanyakan komennya pasal arahan sultan itu, sudah tentu jawapan Nik Aziz juga merujuk atau respon dengan titah Sultan itu. Rasanya, jalan terbaik adalah dengan Nik Aziz mengakui sahaja apa yang beliau cakap pada wartawan pada malam 24 April lalu merujuk pada titah Sultan. Nik Aziz tidak perlu pusing keliling hendak balun orang lain kerana sebagai ulama, beliau tentu tahu apa kebaikan jika sesaorang itu mengakui kesalahan dan bukannya menyalahkan orang lain.

Mursyidul Am PAS itu tidak perlu suruh Najib minta maaf padanya atau mengancam mahu menghalalkan atau tidak di dunia atau akhirat. Memang benar, dosa sesama manusia kena selesaikan sesama manusia. Dalam hal ini, Nik Aziz kena ingat pasal doanya minta ‘pecah perut’ pemimpin yang tidak bagi royalti minyak seperti dituntut kerajaan PAS Kelantan.

Semua tahu, doa itu ditujukan pada Najib tetapi walaupun bukan ulama macam Nik Aziz, Perdana Menteri tidakpun minta Menteri Besar Kelantan itu minta maaf atau sebut pasal tidak halal di dunia dan di akhirat. Nik Aziz juga kena ingat ramai ahli dan pemimpin UMNO pun barnagkali tidak halalkan dunia dan akhirat apabila beliau tuduh orang UMNO kafir sebab berkawan dengan MCA dan MIC. Begitu juga isu orang Islam UMNO tidak boleh masuk syurga.

Kalau Nik Aziz lupa, berikut transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar,”.

Nik Aziz sebenarnya sedang mengelak batu yang sedang direjam kepadanya dan PAS terutama pendedahan bekas pegawai PMBK Syed Azidi @Kickdefella isu RM4 juta untuk aktiviti perang saraf memburukkan pemimpin UMNO. Nik Aziz sebenarnya juga sedang mengelak batu yang sedang direjam kepadanya ekoran kekalahan PKR dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor kerana DAP berjaya mengekalkan undi Cina tetapi PAS gagal menarik pengundi Melayu menyokong Datuk Zaid Ibrahim.

Nik Aziz sebenarnya sudah tidak relevan lagi dengan politik negara malah dikalangan pemimpin-pemimpin PAS yang mula dahagakan perpaduan dan kerjasama dengan UMNO dan Melayu yang sehingga kini dihalang beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: