Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

SIAPAKAH CALON BN DALAM PRK HULU SELANGOR?

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 3 April 2010

Oleh: Kawan Lama

BN telah kehilangan satu kerusi Parlimen dalam PRK Kuala Terengganu yang lalu.  Persoalan calon merupakan faktor selalu disebut-sebut sebagai alasan kekalahan tersebut. Pengundi di Hulu Selangor mahukan BN menang.  Mereka mahukan calon yang diketengahkan kelak sesuai dengan permintaan mereka.  Semua faktor kena ditimbang dan diperhalusi. Kerusi Hulu Selangor amat penting dalam ertikata kepada parti yang bertanding mahupun kepada pengundi mereka.  Selain ia berkemungkinan merupakan PRK terakhir kerana selepas September 2010, PRK tidak boleh diadakan selaras dengan Akta Suruhanjaya Pilihanraya, ia juga merupakan ‘signal’ awal kepada pola pengundian dalam PRU 13 kelak.

Tarikh penamaan calon dan hari mengundi di PRK Parlimen Hulu Selangor telahpun semua ketahui semalam selepas (2/4/10) pengumuman yang dibuat oleh YBhg Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Calon daripada parti mana oleh Pakatan Pembangkang yang akan bertanding juga telah dipersetujui iaitu mengekalkan parti PKR. Nama yang disebut-sebut yang akan menjadi calon mereka adalah antara Dato Dr Halili Rahmat, anak tempatan kelahiran Ulu Yam yang juga merupakan Bendahari PKR Hulu Selangor ataupun Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud. Namun apa yang menarik perhatian penulis adalah kekusutan yang melanda BN dalam memilih parti dan calon yang akan mewakili BN kelak.

Parlimen Hulu Selangor mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam mentafsirkan semangat kongsi kuasa yang menjadi teras kepada keharmonian dan perpaduan dalam BN. Pada 1955, calon BN Halimaton Saadiah daripada UMNO merupakan calon yang diketangahkan. Namun setelah Kemerdekaan Negara, PRU tahun 1959, atas dasar semangat kongsi kuasa, UMNO telah memberi laluan kepada calon daripada MCA, Tun Omar Yoke Lin Ong. Pada 1982, kerusi ini telah diserahkan pula kepada Lim Kim Sai. Pada 1986 kerusi ini berpindah pula kepada calon daripada MIC iaitu Dato S.S Subramaniam sehinggalah diserahkan kerusi tersebut untuk ditandngi oleh calon MIC Dato G. Palanivel yang telah tewas kepada calon PKR dalam PRU 12 lalu.

Komposisi kaum memperlihatkan orang Melayu merupakan majoriti di Hulu Selangor. Lebih daripada 40 tahun UMNO khususnya orang Melayu Hulu Selangor telah memberikan kerusi tersebut diwakili oleh calon daripada parti komponen baik MCA mahupun MIC. Keputusan PRU 12 lalu telah memberikan isyarat jelas bahawa mereka mahukan calon UMNO pula untuk menerajui kepimpinan di Hulu Selangor. Atas apapun alasan yang sebenarnya, penulis serahkan kepada pembaca. Namun bagi penulis, ketiga-tiga DUN di Parlimen Hulu Selangor sekiranya dijumlahkan, BN memperolehi majoriti lebih daripada 6 ribu undi. Namun bagi kerusi Parlimen, BN tewas 198 undi.

Bagi penulis, apa yang penulis dengar dan baca baik melalui media-media konvensional atau media baru, perkara berkaitan pemilihan calon mewakili BN menjadi isu yang agak kritikal. Pertamanya, calon yang dipilih kelak perlu diterima oleh pengundi tempatan. Keduanya, calon yang dipilih kelak adalah calon yang akan memenangkan parti.

Apakah hal berkaitan siapakah calon yang penting atau kemenangan merampas kerusi Parlimen tersebut yang lebih penting? Sekiranya kemenangan BN diutamakan, pengorbanan dan semangat setiakawan perlu diutamakan. Dalam konteks PRK Hulu Selangor ini, persoalan ‘kerusi tradisi’ atau mengekalkan tradisi kongsi kuasa itu adalah sesuatu yang boleh ‘diadjust’ sedikit.

Kalau melihat dari senario hari ini dan maklum balas daripada keputusan PRU 12, pengundi mahukan calon lain. Namun Presiden MIC, Dato Seri Samy Vellu masih mahukan G. Palanivel dicalonkan semula dengan alasan bahawa mood dan trend pengundi sejak akhir-akhir ini menunjukkan ke arah kembali menyokong BN. Memang ada kebenaran dalam kenyataan beliau, namun suara pengundi Hulu Selangor bagaimana? Adakah ianya sama dengan suara pengundi di Bagan Pinang?

Penulis dan ramai sedar bahawa Dato G. Palanivel adalah bakal menggantikan Dato Seri Samy Vellu sebagai Presiden MIC. Ini merupakan imej bakal Presiden MIC. Sekiranya itu dijadikan ukuran, penulis percaya pihak kepimpinan BN boleh melantik beliau sebagai senator. Penulis juga yakin, kepimpinan MIC, Dato G. Palanivel dan seluruh anggota/ahli MIC akan menerima perkara ini dengan hati terbuka.

Ada yang menyatakan bahawa pengundi mahukan calon UMNO. Nama yang kuat kedengaran dilaung-laungkan di Hulu Selangor adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang juga merupakan anak tempatan dari Kalumpang. Nama Tan Sri juga dikatakan telah diketengahkan oleh UMNO Bahagian. Terdapat juga suara-suara yang meyatakan sekiranya beliau diletakkan sebagai calon, maka pihak lawan akan dapat banyak ‘peluru’. Tan Sri seorang politikus yang matang dan berpengalaman. Beliau telahpun menjadi peneraju kepimpinan Selangor. Sekiranya beliau dipilih sebagai calon kelak, beliau bukannya mahu menafikan ‘peluang’ orang lain baik daripada parti komponen MIC mahupun daripada UMNO Bahagian. Penulis yakin bahawa beliau akan sanggup menerima amanah tersebut demi untuk memastikan kemenangan BN. Dan sekiranya tidak tersenarai sebagai calon, beliau akan menerimanya dengan hati terbuka juga demi kemenangan BN.

Justeru itu, adalah lebih wajar kita serahkan kepada kebijaksanaan barisan kepimpinan tertinggi BN yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak yang juga merupakan Pengerusi BN untuk menentukannya.  Penulis yakin bahawa pemilihan calon kelak pastinya telah mengambilkira segala faktor dan dilaksanakan dengan penuh hemah serta semangat kesetiakwanan demi kesejahteraan warga Hulu Selangor selaras dengan konsep 1Malaysia ‘Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan’.

8 Respons to “SIAPAKAH CALON BN DALAM PRK HULU SELANGOR?”

  1. sumir said

    KEPADA PENYOKONG TEGAR UMNO APAKAH PENDIRIAN ANDA TENTANG CALON BUKAN MELAYU DARI MIC YANG BERTANDING DI HULU SELANGOR..HEHEHEHE

  2. sumir said

    Mohammad …jom kita berkampung di hulu selangor untuk menangkan ustaz kamal(kamalanthan)yang mewakili BN huahuahua ,,pembela melayu konon tapi kalo melayu lawan india ,,sokong ja india sebah india tu pembela melayu tegar macam sami vellu…wah hebat parti kebangsaan melayu bersatu ,,parti agama bangsa negara (umno)ni….tiba pemilihan agong umno cabut keris nak bela melayu..dihulu selangor umno masuk kampung tolong kempen ajak orang melayu di sana sokong india untuk kalahkan melayu yg bukan umno peraaaaah,…kalo nak jadi hero melayu inilah masanya..mana NGO pekakas umno yg dok bela melayu bila ada isu melayu ,MANA????
    so rakyat dah tau lakonan penuh kepuraan umno sebab tu rakyat melayu dah hukum umno dalam PRU 12…..umno berjuang hanya untuk kuasa ja bukan nak bela melayu sangat,,,hanya nak bela umno enterprise,pemuda umno trading,putera umno sdn bhd,wanita umno group of companies dan puteri umno konsaltant..

  3. shabriduda said

    Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau memberi sokongan kepada calon BN dari MIC, P Kamalanathan itu atas dasar ‘kepentingan negara’ dan sekaligus menafikan dakwaan beliau mengamalkan sikap perkauman.

    Menurutnya, beliau ada menerima SMS daripada pihak tertentu yang menggesanya agar menyokong calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim kerana beliau seorang calon berketurunan Melayu.

    “Melayu, Melayu lah. Tapi saya nak tengok pendirian politik beliau. Adakah beliau menyokong PERKASA. Mungkin beliau tidak menyokong,” kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

    Ibrahim memberitahu demikian dalam satu sidang media selepas berceramah di Batang Kali malam tadi.

    Menurutnya, beliau menyokong Kamalanathan dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kerana beliau mengenali ketua penerangan MIC itu.

    “Saya kenal beliau. Beliau seorang anak muda yang ada visi, dan bercakap pun yang fasih bercakap Melayu. Saya cukup kagum. Dan beliau juga seorang pengamal perhubungan awam. Ini sesuai menjadi seorang wakil rakyat.

    “Beliau seorang yang muda dan bertenaga. Beliau tidak mempunyai kontroversi dan tidak membuat kenyataan yang bukan-bukan,” katanya.

    Selain Zaid dan Kamalanathan, dua lagi calon Bebas menyerahkan borang pencalonan mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

  4. shabriduda said

    HARAPKAN PAGAR ,PAGAR MAKAN PADI

    Awang Selamat dari utusan malaysia marah benar. Kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkaasa dulu, Awang selamat itu berkata: “Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu”.

    Menurut Awang, PERKASA PATUT DISANJUNG DAN DISOKANG KERANA LANTANG MEMPRTTAHANKAN KEDAULATAN MELAYU

    Awang juga mendakwa kepentingan Melayu diasak begitu hebat selepas pilihanraya umum 2008 dan hanya Perkasa yang mempertahankan hak orang Melayu. Wah! Bila UMNO dan Barisan Nasional hilang banyak kerusi, maka itu bererti menghina Melayu? Ini rupanya punca kemarahan Awang dan Utusan Malaysia.

    Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi. Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu.

    mana perginya suara orang yang macam Awang selamat @Utusan Melaysia dan sewaktunya ..bila ZAID IBRAHIM bekas menteri umno bertanding dengan Kamalathan dari MIC di hulu selangor,,,Nak harapkan Ibrahim Ali lg ke nak bela ketuanan melayu…..semua melayu musti sokong kamalantan MIC sebab dia ni melayu cuma adelah keindia,indiaan cikit ja…huahuahua .perkasa .GPMS.bela kuasa orang melayu macam nak rak tapi semua lakonan ja. mereka sokong melayu umno ja.

  5. sumir said

    Kata Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA ketika berkempen untuk UMNO/BN di Hulu Selangor:

    “Adalah menjadi dosa sekiranya saya tidak datang ke Hulu Selangor untuk menyokong Kamalanathan demi kepentingan orang Melayu dan negara”.

    Apa kata Mohamad dan Pak chu Ripin?????

    KAMAL anak NATHAN tu bukan MELAYU ler bro? BANGANG punya UMNO!!!!

    Kalau Kamalannathan tu 1 Malaysia….Muhyidin tu 1 apa pulak?????
    1 MELAYAU la……ha..ha…ha…

    Perkosa(Perkasa) yg hipokrit!!Khakk ptuiihhh!!Pembela melayu konon!Pigi mampos ngn semaangat melayau temberang ko tu!!!

    sebenarnya Ibrahim Ali tu nak Mem”perkasa”kan dirinya dalam politik malaysia ni manatau kalau umno tawar jadi menteri semula…dengan mengunakan semangat perkauman melayu.

    ibrahim ali! tengkolok dan keris ko dah campak dalam sungai ulu bernam ek??….

    “wei brahim.la ni ko tukar watak pa pulak ni..bleh la tipu orang2 umno kat hulu selangor nih” kata pegawai apco/UMNO pada brahim.
    orang melayu umno nganga jee sambil meleleh air liur.uataz kamal dari MIC tu sengih memanjang..sammy vello dok goyang kaki..
    hahahahahaha

    mohamad dan Pak chu Ripin tolong la kempen pada kekawan2 dan sedara kat hulu selangor supaya wajib mengundi calon melayu.bagi ramai orang melayu jadi ahli parlimen,,saya merayu pada kamu berdua,,jangan jadi macam IBrahim Ali ek …semangat nak bela melayu tapi kena melayu umno ja…huahuahuahua semangat melayu taik kucin..

  6. sumir said

    P.Kamalanathan calon BN di Hulu selangor… Kalau sape-sape orang UMNO masih ingat… En.Kamal lah yang beria-ria sangat nak kalungkan kasut selipar di leher TUN Dr Mahathir 1 masa dulu bila Tun Dr Mahathir desak Samy Vellu letak Jawatan dalam MIC.Standard orang UMNO la… MeLAYU mudah lupa…
    Ko mohamad ..? Keh keh keh keh keh…!!!

  7. shabriduda said

    TAHNIAH UMNO ,PERKASA KERANA MENAMBAHKAN DAN MEMENANGKAN USTAZ KAMALANATHAN SEORANG LAGI AHLI PARLIMEN DARIPADA BANGSA INDIA ,,,,TAHNIAH MOHAMMAD DAN PAK CHU RIPIN….ORANG INDIA MENANG DIKAWASAN BERMAJORITY MELAYU..KAMALATHAN LAWAN ZAID DAN MENANG KAMALATHAN DIKAWSAN POS UNDI MELAYU ….MELAYU ..MELAYU,,,

    LAMAN NI SELALU MEMBINCANGKAN KUASA DAN KETUANAN MELAYU …TAPI DALAM SOAL NI ..HAPRAK…..

    http://www.malaysiakini.tv/video/19138/fighting-in-hulu-bernam.html

    MELAYU BERGADUH NAK MEMENANGKAN KAMALATHAN huahuahuahuahua

  8. shabriduda said

    laman ini sebenarnya laman yg menyokong BN dan melayu UMNO bukannya

    memeperjuangkan ketuanan melayu hehehehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: