Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“ANWAR SEORANG YANG HIPOKRIT DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI”

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 22 Mac 2010

Oleh :- Anggerik Desa

Sejak kebelakangan ini kisah Datuk Seri Anwar semakin hari semakin hangat apabila beliau mengatur percaturan yang agresif dalam mendapatkan sokongan negara asing. Bukan setakat itu saja, terbaru, PKR merancang mengadakan siri demonstrasi dan perhimpunan kononnya bagi memperjuangkan isu tertentu. Anwar sekali lagi menggunakan pentas jalanan sebagai usaha untuk mencetuskan gelombang bantahan terhadap kerajaan dan mewujudkan ketegangan

Apa yang kita semua ketahui rahsia pembohongan Datuk Seri Anwar kini terbongkar juga apabila Datuk Seri Zahrain ‘memecahkan tembelang’ berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ’16 September.’ Pendedahan itu turut menyebabkan Anwar ‘panas punggung’ dan beberapa ahli Parlimen pembangkang lain juga turut ‘panas telinga’ dengan pendedahan tersebut

Beliau mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi. Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain dengan selambanya menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian dan menyifatkan Anwar sebagai “raksaksa pelbagai wajah”. Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan,”

Ini terbukti bahawa beliau seorang yang hipokrit kerana tidak mampu bertahan apabila diasak dengan pelbagai kritikan yang sebenarnya betul tetapi tetap cuba dinafikan dan beliau juga seorang yang penglipur lara yang hanya pandai menyampaikan hujah menarik walaupun tidak semestinya betul. Persepsi rakyat terhadap Anwar juga turut merosot apabila ramai ahli Pas dan PKR tawar hati dan keluar parti. Sebab itu, rakyat tidak lagi mahu terjebak serta diheret dalam isu moralnya. Menurut mereka, Anwar berkeupayaan melakukan apa sahaja bagi menutup kepincangan dan dosa-dosanya. Jika negara ini kucar-kacir dan musnah sekalipun tidak mengapa kerana dengan cara begitu, beliau lebih berpeluang untuk menyelamatkan diri dan menangguk di air keruh

Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak melaksanakan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pentadbirannya untuk melonjakkan pencapaian negara dalam semua bidang, bagaimana pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim? apa penekanan Anwar? Apa yang kita tahu Anwar juga kreatif tetapi bukan untuk kebaikan negara. Beliau kreatif dalam bermuslihat untuk mendapatkan kuasa biar pun agama dan bangsa menjadi taruhannya

Satu Respons to ““ANWAR SEORANG YANG HIPOKRIT DAN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI””

  1. Mohammad said

    Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi selepas ini,percayalah akan berlaku lagi kejutan demi kejutan yang akan mengemparkan kita,dimana semua orang akan tergaman dan menggelengkan kepala kerana tak percaya apa yang telah tersorot selama ini,perlakuannya sangat hebat lagi bijaksana menggunakan kepetahan berdialog sehingga semua orang terpegun dan percaya.Tetapi beliau lupa tentang kebesaran Allah yang maha kuasa,maha besar dan lagi maha hebat,kebenaran pasti akan datang dan menghancurkan kebatilan yang tersorot selama ini.Kita percaya beliau berada dalam ketakutan dan kegelisahan yang melampau kerana tidak lama lagi akan muncul kebenaran yang hakiki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: