Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PKR MAKIN KALUT…

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 10 Mac 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Mohamad Fairus Khairuddin mendedahkan terdapat beberapa pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengamalkan taktik politik tidak bertamadun untuk membolot semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Individu-individu ini boleh dikatakan sebagai ‘firaun-firaun kecil’ yang menjalankan gerakan untuk menjatuhkan rakan-rakan dalam PKR bagi membolehkan mereka mendapat jawatan yang amat diidam-idamkan

“Apa yang berlaku dalam PKR baru setahun jagung memerintah tetapi ketamakan politik amat luas sampai ke tahap bawahan sehinggakan perjuangannya tersasar begitu sahaja. “Perjuangan memartabatkan bangsa dan agama, raja-raja Melayu yang telah disepakati dulu kini hancur di PKR, sebab itulah beliau memilih wadah baru untuk berjuang di dalam Umno atas prinsip untuk memperjuangkan bangsa serta agama

“Inilah PKR yang cukup rendah martabat moralnya, politik yang mencemarkan maruah dan merupakan amalan politik kasar yang begitu hina,” Genap dua tahun, tiga buah negeri iaitu kedah, pulau pinang dan Selangor yang dilanda tsunami politik pada Mac 2008 berada dalam genggaman pakatan pembangkang. Kedah diketui oleh Pas, Pulau Pinang (DAP) DAN Selangor (PKR). Jika sebelum ini apabila genap setahun memerintah, mereka menganggap tidak wajar kepimpinan mereka dinilai kerana dianggap masih baru tetapi bagaimana setelah dua tahun? Apakah segala yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya lalu sudah ditunaikan? Atau ia sekadar janji kosong bagi meraih undi dan kekuasaan?

Sebaliknya pemimpin kerajaan campuran DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di beberapa negeri dilihat lupa menjalankan tugas sebagai parti pemerintah, beliau percaya kemenangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu didorong rasa tidak puas hati rakyat yang kemudiannya berjaya dimanipulasi pembangkang. Namun, rakyat mula sedar pakatan itu mula pincang sehinggakan kerajaan campuran di beberapa buah negeri gagal menunaikan janji untuk bersikap adil dan menjaga kebajikan semua rakyat

Menurutnya, kerajaan di negeri-negeri itu lebih gemar menyerang Kerajaan Pusat dengan menabur fitnah di samping menyalahkan kerajaan negeri terdahulu di atas apa jua masalah bagi menutup kelemahan sendiri. Tindakan kerajaan negeri yang lebih gemar bertindak sebagai pembangkang bukanlah kerana mereka keliru, sebaliknya sengaja dilakukan untuk mengelirukan rakyat. “Kalau perintah negeri pun tidak mampu, bagaimana mahu mentadbir Pusat?

Bagi Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas perumpamaan ‘ibarat kera mendapat bunga’ paling mudah untuk menggambarkan pemerintahan pembangkang di beberapa buah negeri adalah mereka mempunyai agenda tersirat dan mencemarkan nama negara di mata dunia, tiada langsung yang membanggakan. “Sedangkan wakil rakyat mereka sendiri tidak puas hati, bayangkanlah pula apa perasaan rakyat. Kita semua mengharapkan agar BN terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat kerana pembangkang jelas tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan baik

Masalah itu mungkin berpunca daripada kurangnya pengalaman di kalangan pakatan pembangkang selain kegagalan mereka untuk mencapai kata muafakat dalam satu-satu isu. “Dua tahun cukup lama untuk rakyat menilai kemampuan pakatan itu. Pakatan pembangkang tiada dasar konsisten untuk mentadbir negeri dan itu jelas menunjukkan bahawa mereka tidak layak untuk mentadbir negeri

“Tetapi kebiasaannya pemimpin-pemimpin pembangkang akan mengatakan semua itu kerja UMNO. Kononnya, UMNO mempengaruhi wakil-wakil rakyat dan menyediakan wang untuk membeli mereka. “Saya ingin jelaskan bahawa semua itu tidak ada kena mengena dengan UMNO. Kita tidak mengamalkan dasar membeli wakil rakyat mereka dan tindakan keluar parti itu dilakukan secara sukarela kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan pembangkang

“Ini peluang terbaik untuk BN menarik semula sokongan rakyat. BN perlu berusaha dengan lebih keras lagi untuk kembali menjadi nadi kepada kemakmuran dan kemajuan rakyat agar sokongan terhadap kita akan terus kukuh dimata dunia

Satu Respons to “PKR MAKIN KALUT…”

  1. shafifah said

    Bicara Ummah dan Maulid di Masjid UKM, Bangi HARI INI 11 MAC 2010, KLIK : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2010/03/bicara-maulid.jpg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: