Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PKR TOLAK PERJUANGAN ISLAM

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 8 Mac 2010

Oleh:- Anggerik Desa

( Petikan dari Utusan Malaysia )

Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bukti parti itu secara terang-terangan menolak perjuangan Islam. Ketuanya, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin juga percaya keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu akan membuka ruang yang lebih besar kepada lebih ramai lagi pemimpin PKR meninggalkan parti tersebut

Menurutnya, tindakan pemecatan Zulkifli menunjukkan bukti yang parti tersebut hanya memperjuangkan kepentingan pemimpin tertinggi mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Isu-isu berkepentingan rakyat yang menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan negara tidak mendapat tempat dalam agenda mereka, Rosnah berkata, keputusan pemecatan itu juga langsung tidak memberi peluang kepada Zulkifli untuk membela diri yang menunjukkan tiada ruang rundingan dan perbincangan antara pihak yang menjatuhkan hukuman dan pihak yang dihukum

Menurut beliau, perkembangan terbaru ini juga menunjukkan seolah-olah perjuangan Zulikifli untuk mempertahan dan memperjuangkan Islam sama sekali bertentangan dengan perjuangan barisan kepimpinan PKR. Apa yang berlaku semakin menunjukkan perjuangan barisan kepimpinan PKR hanya mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri

Tambah beliau, konsep ketelusan dan bersedia ditegur serta menerima pandangan rakyat ternyata perbuatan ‘cakap tidak serupa bikin’ apabila mereka memutuskan pemecatan Zulkifli

”Barisan kepimpinan PKR hanya menghormati pandangan dan menjaga hati DAP, manakala Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan Anwar menghalalkan yang haram,” katanya. Menurutnya, DAP hanya menyokong kuat Anwar untuk memastikan matlamat menegakkan perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ tercapai

Satu Respons to “PKR TOLAK PERJUANGAN ISLAM”

  1. thesauros said

    Click on the video at the following link and watch Mohommad’s followers of “peaceful” islam carrying out his instructions.

    http://somalisforjesus.blogspot.com/2009/01/mansur-mohamed-sfj-martyr-of-year-2009.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: