Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PERSEPSI DAN KEPERCAYAAN

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 8 Mac 2010

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Politik sangat bergantung pada persepsi. Baik atau buruk imej politik itu, bergantung pada persepsi yang “melekat” dalam minda orang yang menilainya

Di malaysia, imej politik sudah lama tercalar. Lebih parah, semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, rakyat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai kisah politik sensasi daripada kes lompat parti, kes penghinaan terhadap institusi raja, kes pertikaian hak sesuatu kaum, kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di peringkat kerajaan negeri, kes mencuri pasir, kes melantik ahli keluarga sendiri menjawat jawatan penting dan terbaru drama perbicaraan kes salah laku seks luar tabii, semua ini menguatkan persepsi negatif terhadap politik

Jangan terperanjat jika persepsi negatif ini beralih pula kepada satu tahap yang lebih tinggi iaitu kepercayaan. Pada tahap ini, imej politik yang negatif itu tidak boleh lagi dibersihkan kerana dalam minda kebanyakan orang sudah melekat kepercayaan bahawa politik itu kotor dan hanya permainan untuk mendapatkan kuasa

Jika sudah sampai pada tahap ini, banyak risiko yang perlu ditanggung oleh sesiapa juga yang memegang tampuk kekuasaan politik. Saranan atau agenda mereka untuk membangunkan dan menjaga kepentingan rakyat misalnya akan di pandang sinis oleh rakyat. Walaupun pemimpin itu memang bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya, kebanyakan orang tetap menganggap pemimpin itu mempunyai kepentingan pribadi disebalik agenda yang dibawa

Agak menyedihkan apabila generasi muda kelihatan semakin menuju ke arah ini

Mac ini, genap dua tahun selepas PRU ke-12. Namun masih terlalu sedikit usaha daripada pihak tertentu untuk membersihkan imej politik di negara ini. Malah, politik terus dipalitkan lumpur melalui berita sensasi “orang-orang politik” yang dilaporkan oleh media masa pada setiap hari

Bersediakah kita menanggung risikonya nanti??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: