Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Mursyidul Am Pas didakwa double standard

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 8 Mac 2010

Oleh:- Anggerik Desa

( Petikan dari Utusan Malaysia )

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa bersikap double standard apabila menyifatkan tindakan tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) melompat parti sebagai mengkhianati amanah rakyat

“Mana-mana pihak yang beri keuntungan kepada pasukannya akan dilihat sebagai bermaruah dan dihormati tetapi jika situasi tidak memihak kepada mereka, individu terbabit akan dikritik dengan label tertentu dan jelaslah komennya tidak konsisten. Ia kerana menurut Menteri Besar Kelantan itu, rakyat memberikan undi kepada ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut kerana percaya dengan perjuangan parti yang mereka sertai

Mengulas lanjut, Dr.Mohd.Zaini berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu hanya akan menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin agama yang dihormati

“Saya melihat tindakan mereka itu mungkin kerana desakan daripada pengundi dan sebagai wakil rakyat, mereka lebih faham apa yang sedang berlaku di kawasan masing-masing,” katanya. Menurut beliau, tindakan tiga wakil rakyat pakatan pembangkang itu keluar parti juga boleh dirumuskan sebagai tidak wujud keserasian dengan organisasi yang mereka wakili apatah lagi prinsip perjuangan sudah berbeza

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik daripada USM, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula berkata, adalah tidak adil bagi Nik Abdul Aziz melabelkan tindakan keluar parti itu sebagai mengkhianati amanah rakyat kerana di negara ini tidak wujud sebarang undang-undang yang menghalang wakil rakyat bertindak demikian

“Jika parti-parti politik serius serta tidak mahu ahli mereka keluar parti, maka bertindaklah untuk mewujudkan satu undang-undang,” katanya. Azeem Fazwan merumuskan, kenyataan Nik Abdul Aziz itu berpunca daripada kebimbangan mengenai kekuatan pakatan pembangkang dalam Dewan Rakyat yang semakin terhakis

“Pakatan pembangkang sudah tidak mempunyai tarikan lagi kepada ahli Parlimen mereka sendiri dan itulah kesannya sehingga seorang demi seorang meninggalkan parti” katanya

Satu Respons to “Mursyidul Am Pas didakwa double standard”

  1. BERMARUAHKAH PAS,BERMARUAHKAH NIK AZIZ DAN BERMARUAHKAH PKR…! ANDA,AWAK,MU TAK PAYAHLAH NAK CAKAP SOAL MARUAH SEBENARNYA MU SUDAH TIADA MARUAH DAN TELAH MENCEMARKAN MARUAH AGAMA ISLAM,ANDA,MU DAN KAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN AGAMA UNTUK KEPENTINGAN PARTI,POLITIK DAN PERIBADI,ANDA SEMUA TAK LAYAK NAK BERCAKAP SOAL MARUAH,MEREKA YANG MELOMPAT ITU LAH YANG LEBIH BERMARUAH DARI DEMO,BERMARUAH DARI TERUS BERSEKONGKOL DENGAN GOLONGAN YANG BERTOPENG DAN MEMPERALATKAN AGAMA UNTUK TUJUAN PERIBADI….BERMARUAH DARI TERUS MEMBIARKAN AGAMA DIPERALAT DAN DICEMARKAN OLEH PUAK DAN UMMAT DEMO,TAU TAK POK NIK!….POK NIK LA YANG MENGAJAR ORANG RAMAI BIADAP DAN TAK MENGHORMATI INSTITUSI AGAMA DAN ULAMA,POK NIK YANG TERLEBIH DAHULU GUNA PERKATAAN KERAS DAN KASAR KEPADA ORANG LAIN….SEBAB ITULAH AMBO PUN HILANG RASA HORMAT PADA PON NIK SEBAGAIMANA POK NIK TAK TAHU NAK HORMATI ORANG LAIN,…..KALU POK NIK TAHU MENGHORMATI ORANG LAIN TENTU ORANG LAIN PUN AKAN HORMAT KE POK NIK…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: