Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for 8 Mac 2010

“PKR KIAN RAPUH”

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 8 Mac 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Perkembangan terbaru ini memburukkan lagi krisis dalam PKR. Makin ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti tersebut kerana hilang keyakinan. Antara yang keluar ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen, Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri. Ini menjadikan PKR kehilangan empat Ahli Parlimennya dalam tempoh terdekat.

Apa yang berlaku ini sebagai tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim selaku pimpinan utama PKR. Sebagai bintang paling menyinar dalam PKR. Anwar sentiasa ada alasan kepada segala-galanya. Semua ini berlaku kerana kesilapan memilih calon ketika pilihan raya lalu. Beliau meletakkan kesalahan kepada mereka yang keluar dan melabelkan mereka sebagai ‘Hang Lompat’. Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | 1 Comment »

PKR TOLAK PERJUANGAN ISLAM

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 8 Mac 2010

Oleh:- Anggerik Desa

( Petikan dari Utusan Malaysia )

Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bukti parti itu secara terang-terangan menolak perjuangan Islam. Ketuanya, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin juga percaya keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu akan membuka ruang yang lebih besar kepada lebih ramai lagi pemimpin PKR meninggalkan parti tersebut

Menurutnya, tindakan pemecatan Zulkifli menunjukkan bukti yang parti tersebut hanya memperjuangkan kepentingan pemimpin tertinggi mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

Mursyidul Am Pas didakwa double standard

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 8 Mac 2010

Oleh:- Anggerik Desa

( Petikan dari Utusan Malaysia )

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa bersikap double standard apabila menyifatkan tindakan tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) melompat parti sebagai mengkhianati amanah rakyat

“Mana-mana pihak yang beri keuntungan kepada pasukannya akan dilihat sebagai bermaruah dan dihormati tetapi jika situasi tidak memihak kepada mereka, individu terbabit akan dikritik dengan label tertentu dan jelaslah komennya tidak konsisten. Ia kerana menurut Menteri Besar Kelantan itu, rakyat memberikan undi kepada ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut kerana percaya dengan perjuangan parti yang mereka sertai Baca baki entri ini »

Posted in Agenda Zionis, Isu Kepimpinan, Politik | 1 Comment »

PERSEPSI DAN KEPERCAYAAN

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 8 Mac 2010

Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung

Politik sangat bergantung pada persepsi. Baik atau buruk imej politik itu, bergantung pada persepsi yang “melekat” dalam minda orang yang menilainya

Di malaysia, imej politik sudah lama tercalar. Lebih parah, semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, rakyat Malaysia dihidangkan dengan pelbagai kisah politik sensasi daripada kes lompat parti, kes penghinaan terhadap institusi raja, kes pertikaian hak sesuatu kaum, kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di peringkat kerajaan negeri, kes mencuri pasir, kes melantik ahli keluarga sendiri menjawat jawatan penting dan terbaru drama perbicaraan kes salah laku seks luar tabii, semua ini menguatkan persepsi negatif terhadap politik Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Semasa, Politik | Leave a Comment »