Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

RAKYAT PERLU MENILAI KENAPA KRISIS DALAM PKR BERLAKU

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 3 Mac 2010

Oleh :- Anggerik Desa

(Petikan Dari Utusan Malaysia)

KRISIS terbaru yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya membuka minda rakyat untuk menilai keupayaan sebenar parti itu dalam memperjuangkan nasib mereka

Sememangnya sejak awal lagi, sudah banyak pihak meramalkan PKR yang ditubuhkan semata-mata kerana perasaan marah dan benci berikutan apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bertahan lama

Konflik demi konflik, perbalahan demi perbalahan dan kontroversi demi kontroversi yang melanda parti itu sudah membuktikan bahawa kehadiran PKR dalam arena politik negara tidak akan mampu membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. Sebaliknya ia hanya diwujudkan semata-mata untuk memperjuangkan nasib seorang ahli politik sahaja dan lebih buruk lagi ia bermatlamat hanya merebut kuasa politik

Justeru adalah wajar jika keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaludin Mohd. Radzi, ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Osman Jailu, ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh dan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dilihat secara positif

Rakyat tidak harus terpengaruh dengan kata-kata pembangkang kononnya kesemua mereka adalah ‘sampah’ dalam PKR. Sebaliknya hujah dan faktor kenapa mereka berbuat demikian harus dipertimbang dan difikirkan secara mendalam.Walaupun menyedari akan dituduh mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka kerana bertanding menggunakan tiket PKR tetapi mereka terpaksa meninggalkan parti itu selepas melihat kepincangan kepimpinan yang berlaku

Mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR yang dilihat begitu taksub untuk berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan memperolehi undi. Pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang kepada wakil-wakil rakyat berkenaan hanya sekadar tuduhan dan dakwaan bagi mewujudkan persepsi buruk rakyat kepada ahli-ahli politik itu

Pembangkang terutamanya pemimpin PKR akan terus berbuat demikian seolah-olah untuk menggambarkan parti mereka paling sempurna dan mereka yang meninggalkan parti itu adalah insan-insan yang berperibadi buruk. Dalam berhadapan dengan tohmahan seumpama itu, rakyat perlulah berfikiran terbuka dan menilai konflik yang terjadi dalam PKR dengan sebaik-baiknya

Sejarah politik negara sebelum ini sudah membuktikan bagaimana sebuah parti yang ditubuhkan semata-mata kerana ingin merebut kuasa politik tidak akan bertahan lama. Rakyat tidak harus terus diperbodohkan dengan hujah-hujah fitnah dan pembohongan serta lakonan terbaik oleh pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah hanya merekalah, pejuang rakyat sebenar

Kaji dan lihatlah apa yang sudah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini memberi perhatian penuh dalam meningkatkan taraf hidup rakyat

Ini berbeza dengan PKR mahupun parti pembangkang lain yang lebih suka melihat apa sahaja yang dilakukan kerajaan adalah tidak betul. Semoga apa yang berlaku dalam PKR sekarang akan menjadi pengajaran berguna kepada rakyat bahawa pilihan raya bukanlah medan ujian, sebaliknya ia bakal penentu masa depan mereka. Paling penting kita jangan mudah terperangkap dengan retorik politik parti pembangkang. Krisis PKR menjadi bukti hakikat ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: