Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Guan Eng ketua pembangkang di Parlimen?

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 3 Mac 2010

Oleh :- Anggerik Desa

Petikan Dari Utusan Malaysia (ZULKIFLEE BAKAR)

PERGOLAKAN di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyaksikan seorang demi seorang ahli Parlimennya meninggalkan parti itu memungkinkan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang tergugat. Jika sebelum ini, Penasihat PKR itu begitu bangga kerana kembali semula ke Parlimen sebagai ketua pembangkang tetapi beliau juga perlu memahami realiti bahawa kedudukannya kini semakin goyah

Langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meninggalkan parti itu diikuti oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Teng pada Isnin lalu menyebabkan cengkaman PKR di Parlimen semakin rapuh. Berikutan keputusan dua pemimpin tersebut ia mengakibatkan kerusi PKR di Dewan Rakyat kini berkurangan daripada 31 kerusi kepada 29 kerusi, hanya lebih satu kerusi sahaja daripada DAP yang memiliki 28 kerusi

Pas pula tidak boleh bermimpi untuk menduduki kerusi ketua pembangkang kerana hanya menguasai 24 kerusi. Oleh itu jika pergolakan di dalam PKR berterusan ia akan menyebabkan Anwar perlu melepaskan keistimewaan sebagai Ketua Pembangkang. Jika itu berlaku mahu tidak mahu sama ada Pas reda atau tidak, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan mengikut jejak bapanya, Lim Kit Siang yang pernah menjadi ketua pembangkang

Untuk rekod, Kit Siang menduduki jawatan itu pada tahun 1990, 1995 dan 2004 manakala Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menikmati kedudukan tersebut pada tahun 2004. Ia bermakna jika PKR kehilangan lagi kerusi dalam Parlimen, DAP akan menjadi parti pembangkang paling berkuasa di Parlimen dan Guan Eng yang dilihat tidak begitu disenangi oleh beberapa ahli Parlimen PKR ‘ditabalkan’ sebagai ketua pembangkang

Bagaimanapun senario yang berlaku kini ialah DAP dan Pas akan membiarkan Anwar terus menjadi Ketua Pembangkang, biarpun PKR mempunyai kerusi Parlimen yang kurang. Ia kerana DAP dan Pas sudah tentulah tidak mahu melihat tindakan ‘menyingkirkan’ Anwar akan menggugat kedudukan pembangkang. Anwar walaupun sedang berhadapan perbicaraan kes liwat bekas pembantu peribadinya di mahkamah tetap dilihat oleh kedua-dua parti itu sebagai ‘aset’ bagi mendapatkan sokongan rakyat

Kepimpinan DAP dan Pas tidak mempunyai keyakinan bahawa ada di antara mereka mampu menerajui pakatan pembangkang. Walaupun sebelum ini ada ura-ura untuk melantik Abdul Hadi sebagai ketua pembangkang tetapi ia hanyalah sekadar khabar angin bagi ‘menyedapkan hati’ penyokong Pas yang semakin merasai bahawa parti itu hanya menjadi ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang

Selain itu, faktor yang akan turut diambil kira oleh pemimpin pembangkang ialah sejauh manakah pelantikan Guan Eng jika terpaksa juga dilakukan akan diterima oleh keseluruhan ahli Parlimen pakatan berkenaan. Ini kerana sebarang usaha meletakkan Guan Eng pada kedudukan itu samalah seperti memberikan pengiktirafan kepada DAP untuk menjadi tonggak utama pembangkang termasuklah dalam menentukan pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum akan datang

Atas sebab itulah Pas secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang kerana tidak mahu DAP menduduki jawatan berkenaan. Oleh itu Anwar mungkin akan dibiarkan terus menjadi Ketua Pembangkang tetapi dengan jumlah kerusi DAP yang lebih banyak daripada PKR, maka tidak mustahil beliau hanyalah menjadi ‘lambang’ sahaja manakala kuasa penentu berada di tangan DAP, manakala Pas pula tidak berupaya berkata apa-apa

Satu Respons to “Guan Eng ketua pembangkang di Parlimen?”

  1. UMNO Bongok said

    Buta sejarah! Otak UMNO biul! Tak payahl;ah menyibuk parti orang lain. Kukuhkanlah UMNGOK yang dah reput

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: