Oleh :- Anggerik Desa
Petikan Dari Utusan Malaysia (ZULKIFLEE BAKAR)
PERGOLAKAN di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyaksikan seorang demi seorang ahli Parlimennya meninggalkan parti itu memungkinkan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang tergugat. Jika sebelum ini, Penasihat PKR itu begitu bangga kerana kembali semula ke Parlimen sebagai ketua pembangkang tetapi beliau juga perlu memahami realiti bahawa kedudukannya kini semakin goyah
Langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meninggalkan parti itu diikuti oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Teng pada Isnin lalu menyebabkan cengkaman PKR di Parlimen semakin rapuh. Berikutan keputusan dua pemimpin tersebut ia mengakibatkan kerusi PKR di Dewan Rakyat kini berkurangan daripada 31 kerusi kepada 29 kerusi, hanya lebih satu kerusi sahaja daripada DAP yang memiliki 28 kerusi Baca baki entri ini »