Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

‘Pakatan Kian Rapuh’

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 6 Februari 2010

Oleh:- Anggerik Desa

Petikan Dari Utusan Malaysia ( ZULKIFLEE BAKAR )

‘PAKATAN Rapuh’ (PR), ‘Parti Kian Rapuh’ (PKR) – inilah dua istilah yang mungkin layak untuk menggambarkan pelbagai kekalutan dalam pakatan pembangkang yang disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas. Tahun 2010 atau lebih tepat lagi menjelang dua tahun pakatan berkenaan diwujudkan sejak Mac 2008, kesepakatan yang dicapai atas dasar untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) mula menunjukkan tanda-tanda keretakan yang boleh menjuruskan kepada perpecahan.

Perbezaan ideologi, perasaan ingin menjadi parti dominan dan hasrat mahu menunjukkan siapa lebih berkuasa telah memungkinkan pergolakan berlaku dalam pakatan yang baru berusia setahun jagung itu. Sama ada hendak diakui atau tidak, dalam konflik yang berlaku, PKR – sebuah parti yang ditubuhkan atas semangat dendam dan marah pada tahun 1999 – paling merasai tempiasnya.

Sementara Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bertarung di mahkamah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, pemimpin-pemimpin PKR bukan sahaja bertelagah sesama sendiri malahan bergelut dengan pemimpin DAP dan sudah ada yang mula mengundurkan diri.

PKR menerima tamparan awal apabila Datuk Salehuddin Hashim meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung parti pada 7 Januari lalu. Kira-kira dua minggu kemudian PKR Selangor pula dilanda pergolakan apabila bahagian parti itu dibubarkan selepas 13 ahli jawatankuasa meletakkan jawatan. Ia dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bukan sahaja Ketua Bahagian malah Menteri Besar Selangor. Situasi di dalam PKR menjadi semakin ‘panas’ apabila Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad atas dakwaan terus mengeluarkan kenyataan memperlekehkan Islam.

Dua hari selepas tindakan Zulkifli, Ahli Parlimen Indera Mahkota juga daripada PKR, Azan Ismail mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang. Belum pun sempat PKR menangani semua kekalutan yang dianggap ‘hadiah tahun baru 2010’, di Pulau Pinang pula tercetus apa yang dianggap ‘api dalam sekam yang mula memercikkan apinya’.

Ia berikutan tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seorang cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya serta meminta PKR mengkaji kerjasama dengan DAP. Ketika Zahrain berhadapan tindakan disiplin muncul pula rakan partinya iaitu Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang mendedahkan kepincangan kepimpinan Guan Eng dan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu melayan PKR seperti anjing.

Ternyata sekali sama ada Zahrain, Tee Beng mahupun Zulkifli masing-masing bersedia menanggung apa juga risiko semata-mata demi menyatakan kebenaran. Apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang ini sememangnya sudah diramalkan. Malahan ramai penganalisis politik sebelum ini sudah menyatakan bahawa pakatan tersebut tidak akan bertahan lama.

Ramalan itu sudah menjadi kenyataan, DAP semakin menunjukkan ‘taringnya’ untuk menjadi ‘taiko’ dalam pakatan tanpa mempedulikan PKR dan Pas, manakala dalam masa yang sama soal memperjuangkan Islam terus menjadi ‘halangan terbesar’ kepada kesepakatan pembangkang. Ini jelas apabila Zulkifli dikenakan tindakan disiplin semata-mata kerana ketegasan beliau dalam mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Dalam masa yang sama, DAP mulai besar kepala kerana memahami bahawa PKR dan Pas tidak akan berupaya menyaingi kekuatan mereka.
Sebab itulah walaupun berkawan baik dengan PKR dan memerintah Pulau Pinang dengan kerjasama parti tersebut, namun ia hanyalah di atas kertas. Jika pendedahan Tee Beng diambil kira adalah jelas PKR hanya menjadi mangsa mainan politik dominan DAP.

Walaupun Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengatakan bahawa Guan Eng boleh dikenakan tindakan oleh pakatan pembangkang jika dakwaan yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen PKR adalah benar tetapi persoalannya ‘ada beranikah? Ia kerana yang menguasai pakatan pembangkang bukannya PKR atau Pas tetapi DAP, beranikah pemimpin-pemimpin kedua-dua parti itu mengambil tindakan ke atas Setiausaha Agung DAP tersebut? Oleh itu tidak perlulah Saifuddin membuat kenyataan yang dilihat sekadar ingin menunjukkan ketegasan. Sampai bila pun PKR atau Pas tidak akan berani bertindak ke atas pemimpin-pemimpin DAP. Itulah hakikatnya.

Di Selangor pula, kedudukan PKR semakin rapuh apabila berlaku krisis dalaman yang menyaksikan populariti Khalid semakin merudum bukan sahaja di kalangan rakyat malahan pemimpin-pemimpin PKR sendiri. Penulis difahamkan telatah Khalid terutamanya dalam isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor telah mula menimbulkan perasaan muak di kalangan pemimpin-pemimpin PKR.

Ia disebabkan mereka melihat tindakan itu hanya akan merugikan masa depan orang Melayu memandangkan YBK ditubuhkan demi membela nasib orang miskin dan anak yatim. Apa pun keadaannya sudah pastilah segala kemelut dan gejolak yang sedang berlaku dalam pakatan pembangkang terutamanya melibatkan PKR dan DAP membuatkan Pas tidak tidur lena.

”Pas semakin gelisah kerana krisis yang berlaku antara kedua-dua parti itu boleh menjejaskan kekuatan pembangkang. ”Kita bimbang kalau semua itu berlanjutan ia boleh menyebabkan gabungan pembangkang yang berusia tidak sampai setahun jagung itu akan runtuh,” kata seorang pemimpin Pas di sebuah negeri di utara.

Malahan sudah ada tafsiran bahawa Pas pun tidak akan terlepas daripada berkonflik bersama PKR atau DAP kerana pada masa ini terdapat tindakan kedua-dua parti itu yang dikatakan benar-benar tidak menyenangkan Pas. Bagaimanapun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat begitu sepi daripada arena politik negara tetap mahu mengamalkan sikap tunggu dan lihat.

Pas sememangnya mahu berhati-hati dalam tindakannya kerana tidak mahu sebarang kenyataan yang dibuat boleh memburukkan lagi keadaan.
Tetapi hakikatnya, apa yang dilakukan oleh Pas itu tidak akan meredakan konflik dalam pakatan pembangkang sekarang. Sebaliknya kalau pun Pas tidak mahu campur tangan, mereka mungkin hanya mampu sekadar menjadi pemerhati kepada perbalahan PKR dan DAP.

Jika perbalahan itu berlanjutan maka Pas juga akan turut tersungkur kerana ia memberikan isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa dalam apa juga situasi sekalipun adalah mustahil tiga buah parti yang mempunyai ideologi berbeza mampu duduk dalam satu pakatan. Kesimpulan, segala konflik yang terjadi dalam pakatan pembangkang jelas membuktikan inilah akibatnya jika sebuah gabungan itu diwujudkan hanya semata-mata ingin merebut kuasa.

7 Respons to “‘Pakatan Kian Rapuh’”

  1. sumir said

    Di bawah ini beberapa fakta untuk tatapan Melayu Umno Pulau Pinang.

    1) Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

    2) Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

    3) Pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

    4) Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

    5) Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

    6) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar. Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

    7) Pada 2009 pula, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

    8) Pada tahun 2009 juga, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

  2. sumir said

    Tindakan Penguatkuasaan (PTK) Penjaja Tanpa Lesen Mengikut Pecahan Kaum (MPPP)

    Tahun
    2008 Melayu 785, Cina 1,082, India 196, Jumlah 2,063
    2009 Melayu 815, Cina 1,727, India 247, Jumlah 2,789

    Dakwaan PBT tidak memberi peluang menjaja tidak sama sekali, setakat ini MPPP telah mengeluarkan lesen untuk semua kaum mengikut permohonan

  3. sumir said

    Guan Eng lebih memberi perhatian terhadap pembangunan Islam berbanding ketika BN berkuasa dahulu. Contohnya ketika BN berkuasa pada tahun 2007, bajet 2008 yang diluluskan untuk Majlis Ugama Islam Pulau Pinang (MUIPP) adalah sebanyak RM12.5 juta saja. Tapi selepas Pulau Pinang diambil alih oleh PR, peruntukan untuk MUIPP telah ditingkatkan kepada RM20.5 juta dalam bajet 2009. Seterusnya dalam bajet 2010 pula, peruntukan MUIPP telah ditambah kepada RM24.3 juta. Ini yang membuat puak pro-Umno tu naik bengang kerana masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro- Melayu berkuasa, peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Islam cuma RM12.5 sahaja, tetapi bila ia diperintah oleh PR yang dilabel sebagai anti-Melayu, peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Islam meningkat dan terus meningkat hampir 100% pada 2010.

    ii) Puak pro-Umno juga tidak berpuashati kerana kerajaan PR mengambil lebih banyak tindakan terhadap peniaga Cina yang melanggar undang-undang berbanding ketika kerajaan BN berkuasa dahulu yang lebih banyak mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu. Mereka berharap Guan Eng yang dilabel anti-Melayu itu banyak bertindak menganiayai peniaga Melayu supaya dapat dijadikan modal bahawa DAP menindas Melayu, tetapi malangnya yang terjadi adalah sebaliknya. Ini yang membuat mereka bengang. Perangkaan jumlah peniaga yang diambil tindakan mengikut kaum yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang .

  4. shabriduda said

    sumir….Lim guan Eng tu cina ka??? dari parti DAP ek?? tu la pilih lg Ketua menteri orang cina, bodoh lah pakatan rakyat ni!!!!!!

    dulu masa Barisan Nasional perintah…mana ada cina jadi ketua menteri pulau pinang?? koh su khon tu dari parti Gerakan dia tu bukan cina tapi ada iras2 ja cina(kecinacinaan ja)

    Masa BN dulu berapa ramai Melayu telah lari ke Tanah Besar . Siapa punya kerja, siapa jadi pemerintah masa tu kalau bukan BN , Gerakan dan UMNO. Apakah masa tu DAP atau Pakatan yang menjadi punca Melayu lari dari pulau ke Kulim , Sungai Petani dan lain lagi.

    Masa masa BN/ Gerakan/ UMNO perintah Penang dulu berapa ramai orang Melayu dapat melalui open tender, atau berapa kroni dapat given tender.

  5. shabriduda said

    alooooo encik /puan/tuan/cik SUMIR.

    kenapa guna nama aku????

  6. Admin said

    Salam perjuangan

    sama-sama layarinya

    Admin,
    http://NTVirus.wordpress.com

  7. sumir said

    shabriduda

    sori….ko kan selalu sokong aku,,,hehehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: