Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KISAH MOHAMAD TASRIF DAN ADUKA TARUNA

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 26 Januari 2010

Oleh Kawan Lama

ALFATIHAH. Negara kehilangan dua tokoh utama Negara yang dekat dengan rakyat. Kemangkatan DYMM Sultan Johor dan tokoh negarawan ulung Tun Ghazali Shafie. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan mereka bersama para solihin. Amin.

Dua insiden yang melibatkan anak Melayu yang berlaku baru-baru ini perlulah kita amati dan renungi bersama. Kisah Mohamad Tasyrif yang menulis dalam blog beliau mengenai penglibatan beliau dalam insiden kebakaran sebuah gereja dan kini telahpun dihadapkan ke mahkamah. Manakala seorang lagi adalah penulis blog adukataruna yang menghina Almarhum DYMM Tuanku Sultan Johor yang baru mangkat pada Jumaat lalu. Insiden pertama membabitkan perihal agama manaklala insiden kedua melibatkan institusi Raja. Kedua-dua insiden ini telah lama tidak berlaku di negara kita yang mendukung prinsip Rukun Negara dan memartabatkan Perlembagaan Negara. Penulis tidak mahu meletakkan apa-apa pandangan terhadap insiden yang dilakukan oleh kedua-dua anak muda ini. Tetapi penulis ingin berkongsi pendapat dengan rakan pembaca mengenai apakah faktor yang mendorong mereka bertindak sedemikian.

Pada pandangan penulis, kedua-dua insan ini adalah mangsa keadaan. Mereka terpedaya dan terbawa-bawa dengan keghairahan pembangkang dalam kemelut politik yang berlaku pada hari ini. Mereka ingin membuktikan bahawa mereka adalah insan yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk membuktikan mereka adalah pejuang dan wira. Bagi mereka itulah tindakan yang seharusnya dilakukan. Tidak perlu fikir panjang. Mereka rasakan mereka perlu bertindak dan melakukan sesuatu untuk ‘menangani masalah berbangkit’mengikut pendekatan dan perspektif sempit mereka yang terdorong dan dipengaruhi oleh elemen-elemen yang dijajakan oleh pihak pembangkang.

Penulis yakin kedua-dua anak muda ini tergolong dalam kelompok yang mempunyai latarbelakang akademik yang baik. Mereka mengikuti perkembangan semasa politik tanhair. Apa yang mereka baca dan dengar baik melalui media konvensional dan media baru banyak mempengaruhi pemikiran dan tindakan mereka. Bagi mereka, maklumat yang suakan adalah benar dan diterima begitu sahaja. Kebenaran dan kesahihan berita tersebut tak pernah dianalisa kerana ia datang daripada tokoh-tokoh sanjungan mereka. Lantaran itu ia tidak perlu dipertikaikan. Sebagai generasi muda, mereka merasakan perlu melakukan tindakan. Dan tindakan yang mereka ambil hari ini sebenarnya ‘tidak tepat’. Kini mereka harus membayarnya dengan harga yang mahal.

Semangat anak muda amat kita sanjung. Sejarah negara membuktikan bahawa anak muda terlibat dengan menuntut kemerdekaan negara. Tokoh-tokoh seperti Ahmad Boestamam, Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdul Razak, Tun Ismail, Ghazali Shafie, Pak Sako, Tun Aishah Ghani, Tun Fatimah dan ramai lagi telah berjuang dengan cara dan pendekatan masing-masing dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan. Ucapan umum, penulisan dan gerakan bersepadu dilakukan oleh mereka dalam menekan pihak penjajah untuk memerdekan Tanah Melayu. Pra syarat untuk merdekakan Tanah Melayu yang diberikan Inggeris walaupun agak mencabar pendirian kebanyakan orang Melayu pada masa itu, namun di atas kebijaksanaan golongan muda ini dan kepintaran pemimpin utama Melayu seperti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Ismail dan Tun Razak, maka satu persetujuan antara kaum untuk menerima golongan pendatang Cina dan India menjadi warganegara. Imbalan kepada itu, kaum pendatang Cina dan India perlu menerima dengan hati terbuka Hak Keistimewaan Orang Melayu. Maka terlahirlah perkataan Bangsa Melayu/Bumiputera dan kaum Cina dan India (Bukan Bumiputera). Wujudlah apa yang kita panggil pada hari ini konsep kongsi kuasa antara tiga kelompok utama iaitu, Bangsa Melayu (teras) dan bukan Melayu seperti terzahir dalam Perlembagaan Negara.

Selepas merdeka, cabaran dalam PRU semakin hari semakin mencabar. Terdapat kelompok masyarakat yang sanggup menggunakan agama dan sensitiviti kaum sebagai bahan/alat untuk meraih undi dan simpati pengundi. Hanya demi untuk mendapatkan kuasa, sentimen sebgini acapkali digunakan. PAS (menggunakan pendekatan agama) sebagai teras perjuangan politiknya walaupun ramai di kalangan pemimpin dan masyarkat pada masa itu mengetahui bahawa tokoh yang menubuhkan PAS adalah orang yang kecewa dan mahukan kuasa dan kedudukan politik. Begitu juga dengan PAP melalui tokoh seperti Lee Kuan Yew dan Chan Man Yin yang dengan jelasnya menggunakan isu kaum dan bersifat Chinese Chauvinistnya dalam semua PRU. Akhirnya Lee Kuan Yew berjaya mendapatkan Singapura sebagai satu wilayah baru mereka. Usaha mereka tidak mati di situ sahaja. Kini usaha serupa dilakukan oleh DAP. Kesan daripada ‘permainan politik sempit’ yang berasaskan isu perkauman inilah maka berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Parti Perikatan (Gabungan tiga parti terkuat UMNO, MCA & MIC yang mewakili tiga kaum utama) yang bertukar nama kepada Barisan Nasional pada 1970, juga mengekalkan perjuangan dan konsep kongsi kuasa. Pendekatan untuk membantu memaju dan membangunkan negara dan pembelaan terhadap rakyat tidak pernah diabaikan. Kerja-kerja menaikkan taraf hidup setiap kaum melalui pendidikan dan ekonomi melalui DEB dilaksanakan. Atas dasar ingin menyematkan konsep ‘satu warga’ Malaysia kepada setiap rakyat, Rukun Negara diperkenalkan dan menjadi teras perpaduan antara kaum sehingga ke hari ini.

Budaya membelakangkan Undang-Undang Negara, Perlembagaan Negara dan Rukun Negara ini disemarakkan sedikit demi sedikit oleh mereka yang mahu merebut tahta kepimpinan negara daripada parti pembangkang seperti DAP khususnya dan PAS amnya. Penulis yakin dan percaya bahawa budaya tidak menghormati ketiga-tiga perkara ini mula disemarakkan kembali sejak tahun 80-an tahun lagi. Namun masyarkat Malaysia masih berpegang kuat kepada perpaduan kaum dan menghormati undang-undang serta kepimpinan yang ada.

Namun pada lewat tahun 90-an, senario politik tanahair mula berubah. Perubahan ini berlaku kerana pemimpin yang dibuang daripada kerajaan dan parti adalah seorang yang telah lama berada dalam kerajaan dan telah  berjaya meluaskan pengaruhnya. Beliau yang dimaksudkan adalah DS Anwar Ibrahim. Sebelum menyertai kerajaan, belaiu merupakan aktivis pelajar yang kuat melakukan demonstrasi dan tunjuk perasaan menentang kerajaan. Beliau telah diangkat dan diberikan kesempatan oleh Tun Mahathir sehingga beliau menajdi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Namun setelah pelbagai laporan dan maklumat yang diterima, Tun mengambil langkah yang perlu demi untuk menjaga nama baik Malaysia, agama dan bangsa. Namun bagi DSAI, apa yang dilakukan Tun, diuar-uarkan sebagai satu konspirasi yang dilakukan untuk membunuh karier politk beliau. Maka bermulalah episod baru dalam senario politik tanahair. Wujudlah apa yang dinamakan ‘Keadilan Jalanan’ (StreetJjustice).

Dalam usaha untuk mendapatkan kembali tempat di persada poltik tanahair dan kuasa kepimpinan negara, beliau sanggup melakukan apa sahaja. Hasrat yang dihalang kini mahu diambil kembali. Demonstrasi jalanan mula dilakukan. Kononnya mahu memperlihatkan kepada masyarkat Malaysia khasnya dan dunia amnya bahawa ketidak adilan terhadap beliau telah dipelopori oleh pemerintah yang diterajui oleh Tun Mahathir. Polis dan badan Kehakiman Negara dipersoalkan. Agensi kerajaan yang lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dijadikan bahan momokan. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga dikatakan tidak berlaku adil. Kononnya kepincangan berlaku dalam kesemua institusi ini akaibat dipengaruhi oleh kepimpinan negara yang diterajui oleh BN.

Desakan, tohmahan dan pelbagai lagi cara telah beliau gunakan. Akhir beliau sedar bahawa beliau perlu menggunakan saluran politik juga untuk berjuang dalam usaha merealisasikan harapan beliau. Maka terlahirlah apa yang kita kenali sebagai Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Melihat PKR tidak mendapat sokongan ramai, beliau tetap berusaha dan menggunakan saluran NGO dan rakan blogger. Beliau memulakan ‘kerjasama’ dengan parti pembangkang seperti DAP dan PAS. Kedua-dua parti ini (DAP &PAS) melihat kesempatan ini boleh digunakan untuk menguntungkan parti mereka, maka mereka sanggup untuk bersama tetapi masih lagi bergerak atas nama parti masing-masing.

Kegagalan dalam beberapa PRU telah menyebabkan asakan dan kecaman yang lebih keras digunakan oleh pembangkang. Isu-isu yang sensitif yang melibatkan kaum dan nama baik negara telah dilemparkan kepada awam. Atas nama keadilan dan hak sama rata, mereka secara langsung dan tidak langsung menyemarkkan api perkauman. Menuduh rasis pada UMNO dan menyatakan bahawa parti-parti yang mewakili kaum utama di Malaysia seperti MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya, lupa diri dan sanggup melupakan pembelaan terhadap kaum masing-masing.

Blog dan blogger-blogger seperti Raja Petra, Malaysiakini. Com., Malaysia Today dan blog parti dan ahli parti pembangkan menyebarkan maklumat yang kurang tepat. Kerana acapkali dan kerapnya ia dilakukan, lama kelamaan rakyat mula ‘termakan’ tipu helah mereka. Kepincangan kepimpinan dan masalah dalaman parti BN serta sikap pemimpin yang ‘sanggup tikam belakang’ kerana tidak mendapat tempat/sebagai calon, mempercepatkan penerimaan pembohongan yang mereka lakukan. Puncak kepada hal ini apabila kegagalan BN mengekalkan 2/3 majoriti dalam Parlimen dan pembangkang memenangi 5 negari + 1 Parlimen.

Setelah menjadi kerajaan kepada negeri-negeri yang mereka dapat dalam PRU 12 lalu, kepincangan dan ketidak cekapan pengurusan mula terlihat. Untuk menutup kepincangan ini, maka mereka masih meneruskan lagi pendekatan untuk menghentam kerajaan terdahulu yang dikatakan terlalu rasis dan tidak mementingkan masyarakat.

Namun sebenarnya merekalah rasis. Merekalah yang tidak sayangkan keharmonian dan kesejahteraan. Merekalah yang memecahkan ‘benteng’ yang telah diasaskan oleh kepimpinan BN terdahulu. Mereka tidak menghormati Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Merekalah yang mewujudkan masalah ‘perkauman’ ini. Merekalah yang telah menipu dan memperdaya ramai rakyat Malaysia. Merekalah jugalah yang melahirkan golongan seperti Namawee, Mohd Tasyrif dan adukataruna. Mereka jugalah yang telah melahirkan kelompok yang menderhaka kepada Raja dan Negara seperti Al Maunah, Peristiwa Baling, HINDRAF dan banyak lagi. Merekalah yang setiap hari hanya tahu menuduh tetapi tidak tahu mentadbir. Merekalah yang mewujudkan masalah ini dan kini mereka sendiri tidak tahu bagaimana nak menagtasinya. Apa yang mereka tahu hanyalah menyalahkan kerajanan BN.

Penulis ingin mengingat dan menasihatkan sekali lagi kepada semua ahli dan parti politik yang ada khususnya pembangkang, janganlah sesekali cuba menidakkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Negara. Jangan gadaikan keharmonian dan kesejahteraan masyarkat Malaysia. Jangan adu-dombakan masyarakat Malaysia. Jangan gadaikan maruah agama, bangsa, dan negara.

Satu Respons to “KISAH MOHAMAD TASRIF DAN ADUKA TARUNA”

  1. zambri said

    artikel yang baik untuk dibaca dan diambli iktibar oleh semua…wahai orang2 pembangkang sudahla tu menagih populariti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: