Institusi Raja Perlu Dipertahankan Jadi Payung Rakyat Bernaung
Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 26 Januari 2010
Oleh:- Anak Kecil Dari Gunung
Tanah air bukan saja tempat dimana kita bermastautin, tetapi dimana kita menaruh harapan dan sanggup berjuang hingga ketitisan darah terakhir untuk kita rakyat Malaysia, tanpa perasaan cintakan tanah air rasanya macam menyewa rumah sahajalah
Kesetiaan kepada raja adalah antara asas utama kerakyatan kita. Namun sejak kebelakangan ini ada perkara berlaku yang adakalanya dapat dilihat sebagai cubaan untuk menimbulkan syak dan juga kemarahan terhadap institusi raja kita. Isi diperak umpamanya jelas menunjukkan ada pihak yang secara terang menghina istana dan sultan kerana tidak mendapat keputusan yang mereka mahu. Ada yang baring dijalan raya dan menyerang kereta yang membawa anggota diraja
Mereka melakukan ini tanpa mengira kesan dan mesej yang akan disampaikan, apabila ada rakyat yang sanggup berbuat demikian, apakah orang lain tidak akan lebih teruja untuk bersama menghina raja? Apa lagi yang hendak disegani orang yang mahu menghina istana? Di dunia siber kedaulatan sultan dicerca dan dicabar. Komen atau tulisan yang jelas menghina institusi kesultanan direlakan, semuanya dengan alasan untuk mempertahankan perlembagaan atau memperkukuhkan demokrasi
Ada juga pihak hanya mengenali raja kita apabila sesuai dengan tujuan mereka saja. Contohnya, ada yang selalu sangat meminta suruhanjaya diraja ditubuh untuk apa saja yang memberi kepentingan kepada mereka. Kedudukan raja-raja dikalangan orang Melayu adalah amat istimewa. Kita mudah marah apabila institusi itu disentuh. Namun jika ada persoalan tentang raja-raja kita janganlah soalan disekat dan penyoal dimarahi
Mungkin kita sendiri sudah lupa untuk menerangkan peranan raja-raja Melayu, ataupun kewujudan mereka sudah disalah tafsir rakyat. Wajib bagi kita untuk menjawab dan memperbetulkan tanggapan yang silap. Kita perlu menjawab dengan jelas dan yakin tentang peranan yang dimainkan oleh raja-raja dan kenapakah pentingnya kita mempunyai institusi sebegitu untuk menentukan Negara, kerajaan dan rakyat wujud didalam keadaan aman damai
Lebih setengah abad pimpinan kita berjaya mengawinkan sistem perlembagaan dan sistem diraja, kini berbanding dulu persekitaran banyak berubah. Institusi raja kita bukan hanya untuk memberi pingat dan pangkat, tetapi merupakan payung dimana kita mampu berkumpul dibawahnya jika kita mula rasa tersisih atau berpecah
Raja-raja kita mengingatkan kita tentang perlakuan kita, memerhati cara pucuk pimpinan dan wakil-wakil kita bertindak di parlimen dan dewan-dewan undangan negeri, menentukan kita kekal dijalan tengah didalam masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama. Wajib kita pertahankan institusi raja sebagai salah satu asas kenegaraan kita. Bukan sebab kita terpaksa, tetapi sebab kita percaya ia menjadikan Negara kita lebih sempurna
Tinggalkan Jawapan