Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PERPADUAAN MALAYU ATAU PERPADUAN NASIONAL ?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 29 Disember 2009

Oleh :- Anak Kecil Dari Gunung

Kaum Melayu, Cina dan India di negara ini mengalami masalah perpaduan “dalaman” masing-masing selepas PRU ke 12.
Namun dari satu sudut lain, penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak pula mempunyai ikatan keakraban yang lebih baik berbanding dengan penduduk yang tinggal di semenanjung Malaysia. Mengapa perkara ini masih berlaku.?

Mungkin salah satu sebab utama ialah semagat etnosentrisme lebih tinggi wujud dalam kalangan penduduk di semenanjung, perkara ini sukar diubati walaupun sudah lebih daripada 52 tahun negara ini merdeka. Mengapa orang Melayu sekarang tidak bersatu apabila menyentuh hal ehwal kaum mereka.? Berbeza daripada orang Cina, walaupun mereka mempunyai fahaman politik yang tidak sehaluan, mereka tetap bersatu dalam isu yang melibatkan kepentingan kaum mereka saperti hal ehwal ekonomi, pendidikan dan identiti kebudayaan.

Perbezaan sanario antara kaum melayu dengan Cina ini perlu diteliti dari perspektif sosiologi kerana melibatkan hubungan antara ( inter) dan dalam (intra) sesebuah kaum. Soalnya adakah perpaduan Melayu ini perlu lebih di utamakan berbanding dengan perpaduan nasional.? Hakikatnya sekarang perpaduan dalam kalangan orang Melayu sedang menghadapi persimpangan. Punca utama perbalahan orang Melayu disebabkan oleh perbezaan fahaman politik. Mereka terpisah kerana ingin mempertahankan kedudukan kepartian masing-masing. Hubungan “intra” yang tidak kukuh ini sebenarnya melemahkan reputasi kaum Melayu sendiri dari kaca mata kaum bukan Melayu.

Kesepaduan dalaman kaum Melayu amat terbatas. Misalnya antara PAS dengan PKR, Mereka tidur sebantal, tetapi mimpinya berlainan. PAS dan PKR lebih mengutamakan hubungan dengan DAP berbanding dengan UMNO dalam membincangkan hal ehwal dan kepentingan kaum Melayu. Pada masa yang sama, DAP pula lebih memfokuskan kewujudan sebuah negara sekular yang berprinsipkan kesemarataan. Manakala UMNO pula masih diperingkat awal pemulihan selepas selesainya Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Kemenangan besar UMNO dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang tidak boleh dijadikan ukuran bahawa sokongan keseluruhan orang Melayu di negara ini sudah kembali semula kepada UMNO.

Perpaduan Melayu penting sebagai teras kepada perpaduan nasional selagi kaum Melayu belum bersatu, selagi itu amat sukar untuk Malaysia mencapai perpaduan nasional. Hal ini kerana kaum Melayu dan bumiputera merupakan majoriti penduduk negara ini iaitu sekitar kira-kira 62 peratus.
Mahu atau tidak. Kaum bukan Melayu perlu membantu kaum Melayu untuk bersatu agar dapat memajukan negara dan mengekalkan kedamaian.

Namun masalah utama yang berlaku dinegara ini adalah ideologi politik kepartian yang melampau sehingga kaum lain, misalnya etnik minoriti seperti orang asli terus terpinggir daripada menikmati pembangunan seperti masyarakat arus perdana. Hal ini kerana orang asli tidak dianggap dalam radar politik mereka melainkan untuk mendapatkan undi menjelang pilihan raya.

Menurut Profesor Datuk Dr.Shamsul Amri Baharuddin, dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam buku, Modul Hubungan Etnik, (2007), “ Politik Perkauman menimbulkan perasaan tidak senang hati dan menyemarakkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu oleh segelintir ahli politik dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua politik”.

Bagaimana pula dengan semangat perpaduan terutama dalam kontek komponen BN ? Semangat perpaduan dalam komponen BN juga perlu dirapatkan selepas “ meletupnya” isu Hindraf yang pengaruhnya menenggelamkan MIC dan drama politik pucuk pimpinan tertinggi MCA baru-baru ini.
Semua masalah yang berlaku dalam parti komponen mengundang petaka yang besar kepada BN khususnya UMNO. Malah hal ini turut menghambat perpaduan BN yang mementingkan perpaduan nasional.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: