Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

ISU MB BUKAN MELAYU DI KELANTAN: BUKTI TG NIK AZIZ TIDAK YAKIN DENGAN PEMIMPIN PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 29 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Kecelaruan fikiran TG Nik Aziz semakin lama semakin ketara. Isu kronisme dalam PAS melibatkan menantu kesayangan beliau yang masih lagi belum meletakkan jawatan sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan masih lagi hangat dipersoalkan oleh pemimpin PAS seperti YB Mahfuz Omar, kini isu yang agak sensitif sudah diutarakan oleh beliau. Ia melibatkan soal kesediaan TG Nik Aziz untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan hanya kerana mahu memberi ruang dan peluang kepada kaum Cina untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Apa dah jadi dengan TG Nik Aziz ni? Beliau nak tukar tumpuan masyarakat Kelantan dan penyokong PAS dari isu amalan kronisme PAS ke? Atau beliau nak tutup kegagalan beliau sebagai MB Melayu mentadbir Kelantan ke? Atau beliau nak pastikan pengganti beliau sebagai MB Kelantan kelak adalah dari kaum Cina kerana beliau tidak yakin dengan pemimpin PAS di Kelantan?

Semua persoalan-persoalan di atas ada kebenarannya kalau TG Nik Aziz adalah rujukannya. Tekanan yang dihadapi beliau bermula dengan isu pemilihan pucuk kepimpinan PAS dalalam Muktamar PAS ke 55 lalu yang memperlihatkan calon yang beliau harapkan iaitu Husam Musa termasuklah nak beliau gagal meraih sebarang jawatan. TG Nik Aziz perlu sedar bahawa dalam pemilihan lalu, baik secara langsung atau tidak langsung sebenarnya mahu memaklumkan kepada beliau agar cepat-cepat lepaskan jawatan dalam parti mahupun sebagai MB Kelantan. TG Nik Aziz sepatutnya sedarlah bahawa kegagalan calon harapan beliau adalah disebabkan pengundi menolak budaya kronisme yang diamalkan oleh TG Nik Aziz. Mereka tidak mahu amalan kronisme yang mereka tentang dan uar-uarkan kononnya berlaku dalam UMNO sebenarnya berlaku dalam PAS dan dipelopori oleh tokoh yang mereka kagumi dan banggakan selama ini.

Seperkara lagi yang nyata berkaitan dengan ‘signal’ untuk TG Nik Aziz berundur adalah sikap negatif TG Nik Aziz khususnya sifat dendam yang menebal khususnya terhadap UMNO. Umum tahu bahawa TG Nik Aziz berdendam dengan UMNO bukanlah disebabkan oleh faktor agama atau dasar kerajaan di bawah kepimpinan UMNO. Sebenarnya PAS keluar daripada UMNO adalah kerana mereka merasakan kebanyakan tokoh dalam PAS tidak mendapat peluang secukupnya untuk menjadi calon dan seterusnya menjadi menteri dan sebagainya. Kalau tak silap penulis, selepas PAS keluar daripada UMNO, Nik Aziz satu-satunya calon PAS yang menang kerusi Parlimen pada masa tu.
Imej Tuan Guru yang dimiliki oleh Nik Aziz tercalar apabila beliau dengan penuh sikap amarahnya mahu Nasaruddin keluar daripada PAS kerana TG Hadi dan Nasaruddin dilihat amat pro aktif terhadap Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Semuanya berpunca daripada penolakkan terhadap calon pilihan beliau Bagaimana beliau marahkan UMNO, begitulah juga beliau marahkan kepimpinan PAS yang ada pada hari ini khususnya yang mahu mengadakan kerjasama dengan UMNO melalui Kerajaan Perpaduan.

Unjuran Kerajaan Perpaduan dengan UMNO oleh TG Hj Hadi adalah sesuatu yang perlu dilihat daripada perspektif menjaga kesejahteraan umat Islam dan nasib orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Negara. Ia adalah sesuatu yang murni. Namun disebabkan untuk menutup kelemahan TG Nik Aziz dan memperlihatkan sikap toleransi dalam PAS maka satu ‘persetujuan dalam bentuk tawar-menawar’ dibuat iaitu, Nik Aziz akan tarik balik kata-kata beliau terhadap Nasarusddin dengan syarat Hj Hadi dan Nasaruddin batalkan hasrat murni untuk bersama dengan UMNO di bawah Kerajaan Perpaduan.

Demi sifat dendamnya terhadap UMNO, maka apabila PKR dan DAP mempelawa PAS untuk duduk di bawah satu bendera dalam Pakatan Pembangkang, Nik Aziz cepat-cepat bersetuju walaupun beliau tahu bahawa ramai di kalangan pemimpin dan penyokong PAS tertanya-tanya kenapakah beliau beriya-iya sangat nak bergabung khususnya dengan DAP? Jawapannya mudah, TG Nik Aziz dah tak percaya kepada orang Melayu. Dia lebih percayakan DAP yang bersikap Chinese Chauvinist dan menolak Islam daripada pemimpin Melayu dalam PAS sendiri.

Pada Jumaat, 27 Disember 09 lalu, ramai di kalangan penyokong dan pengundi PAS di Selangor melakukan demonstrasi di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi PAS Selangor, YB Hasan Ali untuk menyerahkan memorandum agar PAS berdiri atas kaki sendiri dan menolak gabungan bersama PKR dan DAP. Bagi mereka PAS telah membuktikan bahawa mereka telah memperoleh keyakinan daripada pengundi Melayu dan bukan Melayu kerana PAS adalah parti Melayu alternatif kepada UMNO yang mereka tentang selama ini. Bagi mereka PAS tak perlu takut kepada sesiapa termasuklah kepada DSAI atau Lim Kit Siang, Karpal Singh mahupun Lee Kuan Yew atau paul Wolfowitz.

PAS tidak perlu gusar kerana persetujuan awal adalah cuma dalam PRU 12 lalu. Persetujuan itu tidak perlu direalisasikan dalam bentuk duduk di bawah satu bendera Pakatan Rakyat. PAS tidak pernah pun berjanji untuk bersama-sama dengan DAP dan PKR selepas PRU 12 lalu. Mereka juga sedar bahawa sekiranya PAS bergabung dengan DAP dan PKR, musuh tradisi mereka UMNO berkemungkinan dapat dikalahkan dalam PRU 13 kelak. Mereka tak kisah walaupun kepentingan mereka perlu diketepikan bagi memberikan laluan kepada kepentingan DSAI ‘Pengkhianat Bangsa’ dan perjuangan DAP yang dipelopori oleh Lee Kuan Yew dan diteruskan oleh Lim Kit Siang dan anak beliau Lim Guan Eng.

Mereka percaya dan yakin PAS akan diperkudakan oleh kedua-dua parti ini seperti apa yang telah berlaku pada hari ini. PAS kena beralah apabila persoalan penjualan arak di Selangor. PAS kena menjadi wira dan dalang bagi memastikan kuil di bina di seksyen 23 Shah Alam. PAS kena tutup kelemahan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR). PAS kena tunduk kepada kehendak exco bukan Islam/Melayu yang rata-ratanya daripada DAP dan PKR. PAS kena akur dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Teng Chiam Kim (DAP). Mereka juga sedar bahawa YB Ir Nizar Jamaluddin telah diperkudakan oleh DAP melalui sepupu beliau sendiri YB Bgeh Koh Ham sehinggakan Nizar kena mengutamakan kehendak DAP lebih daripada kehendak PAS dan rakyat Perak. Mereka juga sedar bahawa penyokong PAS telah diperalatkan oleh pakatan Pembangkang khususnya daripada DAP untuk memperlihatkan ‘penderhakaan terhadap DYMM Sultan Perak. Mereka juga sedar bahawa penyokong PASlah yang paling ramai berarak dalam siri-siri demonstrasi yang dianjurkan oleh rakan pembangkang dalam NGO. Bagi mereka, ini baru pakatan di peringkat awalan. Tak tahu apakah lagi yang akan diterima oleh PAS kelak apabila secara sahnya bergabung di bawah Pakatan Rakyat.

Namun persoalan yang seterusnya adalah “Apakah PAS mahu membiarkan diri untuk diperalatkan dan sanggup mengenepikan perjuangan mereka hanya untuk menunjukkan sikap hormatnya pada TG Nik Aziz dan sikap toleransi terhadap rakan mereka DAP dan PKR?” Semuanya terletak pada penyokong dan pemimpin PAS. “Adakah PAS mahu mewarisi sikap dendam TG Nik Aziz terhadap UMNO dan sanggup bekerjasama dengan mereka yang gilakan pangkat, kedudukan dan sanggup menggadaikan nasib agama dan bangsa?” Maka ia perlu dijawab segera oleh pemimpin dan penyokong PAS. “Apakah mereka mahu mengutamakan atau tidak kepentingan survival PAS dan Islam serta nasib orang Melayu?” Maka ia juga terletak kepada pemimpin dan penyokong PAS sendiri.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: