Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“PAS TAK UBAH SEPERTI KAKI PEKUK LENGGANG KE PERUT”

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 23 Disember 2009

Oleh:- Anggerik Desa

Nampaknya perang dari kedua-dua pihak iaitu UMNO dan PAS dalam mengira detik demi detik ke Pilihanraya Umum ke 13 semakin hangat terasa

Dalam pada masa yang sama juga UMNO begitu bersemangat untuk mengadakan satu program raksasa di seluruh negara, bermula bulan depan sehingga pilihan raya umum ke-13, melalui program ‘UMNO JUARA RAKYAT’ dalam mengajak ahli parti supaya bekerja lebih keras dalam menjalankan aktiviti sehingga ke peringkat akar umbi merangkumi bidang ekonomi, sosial, kebajikan, pendidikan, belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Parti Ajaran Songsang pula begitu sibuk memburukkan Umno dengan melancarkan kempen ‘UMNO PENGKHIANAT RAKYAT’ pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh UMNO hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam

Sebenarnya itulah sahaja kebolehan PAS. Bukannya nak memperjuangkan orang Melayu yang menjadi asas serta tonggak kepada Islam di Malaysia malah mereka mendakwa memperjuangkan Melayu itu sebagai assobiyah

PAS hanya pandai memburukkan pihak lawan terutamanya UMNO yang sudah banyak berjasa dan membantu orang Melayu beragama Islam

“UMNO yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada UMNO “Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi UMNO yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA,” kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad

“Misalnya, cadangan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua negara. Ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan. Begitu juga isu pembinaan masjid dan beberapa perkara lain

“Jawapan jelas, UMNO adalah parti yang sentiasa mengambil kira kepentingan kaum tapi pada masa yang sama, kita harap semua bangsa dapat menghormati kedudukan orang Melayu yang menjadi teras negara ini. Saya nak nyatakan di sini, selagi UMNO ada dan diberi kepercayaan orang Melayu, selama itu, ia terus menjaga kedudukan Melayu dan mempertahankannya,”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: