Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PR Bakal Menuju Ke Arah Perpecahan… !

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 21 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Konvensyen Pakatan Rakyat yang buat pertama kalinya diadakan di Shah Alam pada 19 Disember telah dengan secara rasminya menyatukan tiga sekutu dalam pakatan campuran iaitu PKR, biaDAP dan PAS. Tujuan atau matlamat utama mereka adalah untuk mendapat tempat di hati rakyat, sedangkan kewujudan pakatan tersebut lambat laun bakal menuju perpecahan. Apa tidaknya, kewujudan pakatan campuran ini umpama sandiwara yang hanya sekadar untuk mengelirukan rakyat, sedangkan dari segi realitinya rakyat sudah muak dengan sandiwara para pemimpinnya.

Walaupun konvensyen tersebut telah mempersetujui empat dasar iaitu kononnya mahu mengamalkan prinsip demokrasi yang telus lagi tulen, memacu ekonomi berprestij tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan bagi memantapkan hubungan persekutuan, negeri dan dasar luar negara, namun pada hakikatnya ternyata dasar-dasar tersebut telah lama dlaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini. Kerajaan BN yang telah lebih 60 tahun memerintah telahpun berjaya membawa Malaysia mencapai banyak tanda aras kecemerlangan.

Jika dilihat kepada pentabiran di negeri-negeri yang diterajui oleh pakatan pembangkang, ternyata segala janji manis semasa kempen pilihanraya dahulu masih belum terlaksana dan hanya tinggal janji-janji kosong lagi palsu. Inikan pula untuk mentadbir negara Malaysia. Yang mereka tahu dan cuba lakukan adalah untuk menggagalkan perancangan kerajaan BN yang sedaya upaya ingin menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat melalui pilihanraya yang sah. Mereka sepatutnya menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan memberi kritikan yang membina, bukan untuk cuba merampas tampuk pemerintahan negara melalui cara yang rakus dan tidak demokratik.

Berbalik kepada konvensyen pertama pakatan campuran ini, sebenarnya lebih kepada gelanggang untuk mengkritik kerajaan BN. Para pembahas yang mengambil bahagian ternyata tidak memberi tumpuan yang serius kepada dasar yang hendak dibentuk sedangkan mereka perlu mengakui bahawa pakatan mereka masih lemah dan rapuh. Hal ini diakui sendiri oleh Hadi Awang yang mengambil contoh tentang kejatuhan kerjaaan pakatan di negeri Perak.

Yang jelas pakatan campuran ini cuba untuk meniru model dan konsep perkongsian kuasa BN yang telah terbukti berjaya membawa kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Selepas ini pakatan campuran melalui pemimpin-pemimpin mereka akan melaungkan bahawa mereka telah berjaya membentuk satu pakatan yang mantap dan tulen, sedangkan pada hakikatnya lambat laun pakatan tersebut bakal menuju kehancuran kerana ideologi parti mereka amat jauh berbeza dan mereka sebenarnya adalah Perosak Rakyat. Sebaliknya BN akan tetap berada dihati majoriti rakyat Malaysia.

3 Respons to “PR Bakal Menuju Ke Arah Perpecahan… !”

  1. Fazli Salleh said

    Ya lah tu..

  2. Kipp said

    Ayat syok sendiri…

  3. Putera_Adnan said

    Ala…sian nyer dgn Fazli Salleh dan kipp! Termakan cili ker?
    patut la telinga tu mcm kuar asap jer !!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: