Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PERSETUJUAN MAUT, PAKATAN RAPUH?

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 21 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Kelmarin Pakatan Pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS telah menandatangani satu perjanjian bersama dalam memastikan kerjasama dan pakatan mereka dizahirkan sebagai sesuatu yang nyata demi mewujudkan satu parti bersama dalam PRU-PRU yang mendatang. Sejarah baru dalam lembaran politik tanahair ini tercipta. Secara langsungnya perjanjian ini mewujudkan apa yang dipanggil ‘two party system’ di Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Walau apa pun yang terjadi selepas ini, tiada lagi parti pembangkang yang dibenarkan memperjuangkan doktrin atau falsafah perjuang mereka walaupun dalam konteks seperti kebiasaan yang mereka amalkan sejak lebih 50 tahun lalu. Tujuan utama dan terpenting kewujudan sebuah parti baru bagi gabungan parti-parti pembangkang ini adalah tumbangkan kerajaan BN di bawah satu bendera. Justeru itu, PAS tidak boleh lagi membawa perjuangan Islam mereka. DAP tidak dibenarkan pula bercakap pasal Malaysian Malaysia @ Chinsese Chauvinist.

Kedua-dua parti ini sekarang kena cakap senada dengan perjuangan PKR iaitu ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ yang berteraskan kepada perjuangan untuk meletakkan DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ sebagai Perdana Menteri Malaysia. Di samping mewujudkan lebih banyak lagi golongan Melayu Liberal dan Islam Liberal mengikut acuan National Endowment of Democracy (NDI) tajaan Amerika dan rakan sekongkol Yahudi DSAI seperti Paul Wolfowitz. Apakah PAS sudah mula menerima konsep ini dan melupakan perjuangan mereka selama ini? Adakah DAP tersenyum lebar kerana bagi mereka ini adalah kejayaan awal yang mereka impi-impikan? Apakah rakyat telah benar-benar menerima perjuangan mereka ini selepas PRU 12 lalu?

Sebelum penulis melakarkan lebih jauh mengenai perkara ini, adalah lebih baik pada pandangan penulis untuk kita melihat terlebih dahulu persertujuan mereka untuk bersama dalam satu parti iaitu Pakatan Rakyat. Penulis yakin bahawa Pas, DAP dan PKR bersetuju untuk bersama adalah pertamanya disebabkan mereka hanya mahu kalahkan BN. Selama ini mereka telah cuba pelbagai cara namun gagal. Melihat resepi kejayaan BN adalah dengan konsep kongsi kuasa dan bersama dalam memperjuangkan dan membangunkan rakyat dan Negara maka itulah yang mereka tiru. Penulis juga percaya bahawa penasihat-penasihat mereka seperti Paul Wolfowitz, Lee Kuan Yew dan yang lain menasihati mereka agar bergabung dan wujudkan ‘two party system’ dan ciplak apa yang dilakukan BN dan berikan sesuatu yang kononnya ‘berbeza’ daripada BN melalui janji-janji manis dalam manifesto mereka kelak. Contoh jelas adalah dalam motto PKR iaitu Harapan Baru Untuk Malaysia’. Walaupun ramai tahu termasuk DAP dan PAS bahawa ‘Harapan Baru’ itu sebenarnya adalah perjuangan untuk menjadikan DSAI Pengkhianat Bangsa sebagai PM Malaysia yang terbantut sejak dipecat daripada kerajaan dan parti lalu dipenjarakan bukannya untuk rakyat. Namun mereka juga termakan ‘jualan’ DSAI dan PKR kerana mahu menumpang nasib demi untuk kelabaan perjuangan mereka masing-masing.

PAS merupakan sebuah parti yang telah lama berdiri di atas perjuangan mereka sejak asal penubuhannya namun kini mungkin telah secara tidak langsung mengakui bahawa mereka telah gagal untuk menumbangkan lawan mereka UMNO/BN walaupun mereka sering melaungkan bahawa UMNO adalah sebuah parti secular kerana telah bersamasama dengan MCA, MIC dan Gerakan serta komponen lain BN di Sabah dan Sarawak. Tetapi apa dah jadi dengan PAS hari ini? Mereka kini telah bergabung dengan parti DAP dibawah pencaturan PKR/DSAI Pengkhianat Bangsa. DAP adalah parti yang secara terang-terangan menolak perjuangan Islam PAS dan mahukan Perlembagaan Persekutuan digubal agar sesuai dengan perjuangan Chinese Chauvinist mereka.

TG Hj Nik Aziz, TG Hj Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS sudah yakin bahawa bersama dengan PKR dan DAP maka sebuah Negara Islam akan dapat mereka bentuk. Mereka juga percaya sepenuh hati bahawa undang-undang Islam juga akan dilaksanakan setelah mereka bersama-sama dengan DAP dan PKR dalam satu bumbung parti. Penyokong-penyokong fanatik mereka yang sanggup berbaringan dan menggadai maruah parti mereka demi untuk menunjukkan sokongan mereka kepada DAP dan PKR dalam siri-siri demonstrasi yang dianjurkan khususnya oleh PKR dan DAP walaupun ia melibatkan mencabar undang-undang negara, keselamatan rakyat dan pendehakaan terhadap Agong dan Sultan.

Sekecil-kecil masalah yang mereka dapat selesaikan adalah masalah pengunaan bendera dalam PRU mendatang. Selepas PRU 12 khususnya dalam PRK-PRK lalu, bendera atau lambang parti mereka tidak boleh digunakan semasa rakan parti mereka bertanding menyebabkan mereka perlu mencari penyelesaian terhadap masalah ini. Lantas, bergabung sebagai satu parti akan membenarkan mereka untuk menggunakan bendera parti masing-masing di samping bendera parti yang menggabungkan mereka.

Pada pandangan penulis sekiranya mereka merasakan bahawa rakyat Malaysia kini telah memberikan sokongan penuh terhadap perjuangan mereka adalah juah sekali. Sekiranya kemengangan nasib dalam PRU 12 lalu menjadi ukuran mereka sebagai tanda rakyat telah mula beralih arah untuk selamanya, sangkaan mereka adalah meleset dan jauh sekali dariada kebenaran. Selepas memenangi beberapa buah negeri dan pertambahan wakil rakyat mereka baik dalam Parlimen dan negeri, kelemahan mereka begitu ketara sekali. Kehilangan Perak kepada BN yang lalu secara jelas membuktikan bahawa mereka gagal mentadbir dan memenuhi aspirasi rakyat. Ancaman keluar daripada pakatan seperti di Kedah juga satu lagi bukti bahawa mereka sebenarnya tidak mementingkan rakyat. Parti mereka didahulukan berbanding dengan pembelaan terhadap rakyat. Tambahan pula perjuangan berkonsepkan perkauman mereka khususnya DAP jelas dan ini tidak diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kelemahan dan keretakkan dalam parti mereka juga tidak meyakinkan rakyat bahawa inilah parti yang mereka mahu untuk membela nasib mereka. Kesangsian juga wujud di mana mereka tidak yakin bahawa pembangunan dapat dilakukan oleh pakatan pembangkang kerana mereka sering bertelagah atas dasar perjuangan parti mereka secara berasingan.

Justeru itu, perjanjian dan persetujuan yang mereka tandatangani bersama kelmarin merupakan satu lagi sandiwara poltik pembangkang dalam mengaburi mata rakyat. Perjanjian yang akan mengikat mereka khususnya PAS agar melupakan perjuangan asal mereka. Perjanjian rapuh ini hanya menunggu saat dan ketika untuk terkubur.Seperti PAS, DAP juga tidak akan berganjak daripada perjuangan asal mereka. Mereka tidak akan bergerak walaupun seinci dalam usaha untuk meluputkan perkataan Islam Agama Persekutuan dan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera seperti tertera dalam Perlembagaan Persekutuan. Pergolakan pertama mereka telah pun bermula. Semasa cadangan bagi mencari siapakan yang sepatutnya menjadi Presiden kerpada parti gabungan mereka yang baru, nama TG Nik Aziz telah diuar-uarkan. DAP dengan pantasnya telah mula merendah-rendahkan TG Nik Aziz yang dikatakan akan memalukan Malaysia kerana pakaian beliau tidak sesuai dan tidak melambangkan wajah sebenar Malaysia. Itu baru pasal calon Presiden parti. Apa pula akan terjadi sekiranya mereka berjaya dalam PRU 13 kelak? Apakah mereka sudah benar-benar bulat tekad untuk lantik DSAI Pengkhianat Bangsa untuk jadi PM atau mereka akan mula bercakaran?

Maka tahniah kepada para penyokong parti PAS, DAP dan PKR bersorak hari ini kerana telah menandatangani persertujuan untuk melupakan perjuangan asal mereka atas nama parti baru ini. Mereka mungkin tidak sedar bahawa para pemimpin tertinggi mereka sebenarnya masih kabur dengan pakatan di bawah satu parti ini dan kemanakah hala tujunya dan bagaimanakah perlaksanaannya.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: