Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAKATAN PEMBANGKANG HANYA PANDAI TABUR JANJI

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 16 Disember 2009

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Analisisnya mudah, Pembangkang hanya tahu untuk membuat gimik politik bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan mereka. Undi yang diterjemahkan oleh rakyat kepada pembangkang tidak di manfaatkan sebaik-baiknya. Akibat keghairahan untuk mentadbir dan mengurus negeri melalui janji-janji kosong yang ditaburkan ketika berkempen, mereka kehilangan hak untuk mentadbir perak yang hanya mampu bertahan hampir setahun.

Selepas menyaksikan “Kehilangan” Perak, Pakatan Pembangkang mula tidak memperdulikan dan menghormati perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan. Institusi Raja-Raja Melayu dihina sewenang-wenangnya. Sensitiviti dan adat Melayu juga mula tidak dihormati, Perlembagaan dan undang-undang negara juga sudah dicabuli. Pakatan Pembangkang ketika ini juga tidak pernah lekang dengan isu.

Negeri-negeri dibawah pemerintahan pembangkang pada hari ini tidak akan terlepas dengan isu-isu remeh, bertujuan mengalihkan pandangan dan penilaian rakyat terhadap kelemahan mereka. Persidangan haram dibawah pokok di ipoh, kekecohan dalam sidang Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak, saman ke atas Sultan Perak adalah antara gimik perlakuan pembangkang yang akan terpahat dalam ingatan rakyat negara ini. Kebiadapan Pakatan Pembangkang yang tidak sensitif dengan isu yang berkaitan dengan sensitiviti Agama Islam dan orang Melayu kemudiannya diperlihatkan di Selangor.

Kematian Teoh Beng Hock, isu larangan penjualan arak yang ditentang hebat DAP dalam kerajaan Selangor, isu pembinaan kuil dikawasan penduduk yang mejoritinya di diami penduduk Islam dan Kaum Melayu sehingga mencetuskan kontroversi perarakan kepada lembu adalah antara rentetan gemik politik pembangkang yang di tunjangi parti parti keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS. Di Pulau Pinang isu hak milik tanah penduduk kampung Buah Pala,Label ekstremis Islam terhadap Jamaah Islam Malaysia ( JIM ) oleh seorang anggota pimpinan DAP secara langsung tidak menghormati sensitiviti dan perpaduan kaum yang sudah dibela oleh kerajaan terdahulu di Pulau Pinang.

Kerajaan negeri pimpinan PAS di kedah dan Kelantan juga tidak pernah terlepas dengan isu. Di kedah, kedudukan PAS yang dominan dalam agihan kerusi dalam DUN negeri itu tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya. PAS seolah-olah tidak menghargai semangat setia kawan DAP dan PKR dinegeri jelapang padi itu apabila sewenang-wenangnya memberikan arahan kepada pihak berkuasa tempatan untuk merobohkan rumah pemotongan babi dikawasan yang diwakili DAP. Serbuan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) terhadap kes salah guna kuasa di perbadanan Menteri Besar Kelantan ( PMBK ) yang ditunjangi menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat pula sedikit sebanyak memberikan kesan negatif terhadap kepemimpin PAS di Kelantan.

Jika dulu pihak kerajaan teruk di hentam dan di belasah dengan isu kronisme dan nepotisme, apakah perkataan yang sesuai bagi pembangkang yang harus digunakan untuk menggambarkan situasi di kelantan? Apakah rasional tindakan seorang Mursyidul Am Pas mengeluarkan kata-kata “Pergi Jahanam Umno” dan juga mendoakan Perdana Menteri diturunkan bala akibat kegagalan Kelantan untuk menuntut wang royalti minyak?

Tindakan mengharamkan Kursus Biro Tata Negara (BTN) sebagai alat propaganda kerajaan BN dan Umno serta perbuatan memijak poster muka tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang kini berstatus Bebas dan menyokong BN oleh anggota DAP, juga antara tindakan pelik. Ini adalah bukti jelas bahawa Pakatan Pembangkang yang ada pada hari ini sudah tidak lagi bersifat patriotisme, sebaliknya bersikap biadap dan tidak lagi tahu menghormati prinsip asas demokrasi yang ada di negara ini.

Apakah isu yang sering diperjuangkan pembangkang ini relevan dengan ajenda pembangunan negara? Pada ketika negara ini sedang bergelut untuk merangka dan merancakkan agenda pembangunan ekonomi sebagai salah satu usaha membawa negara keluar daripada kegawatan ekonomi dunia, Pakatan Pembangkang seolah-olah tidak prihatin dengan keadaan kegawatan suasana ekonomi dunia yang masih tidak menentu.

Janji manis yang ditabur ketika berkempen kini hanya tinggal janji. Oleh kerana takut kehilangan kuasa, Pakatan Pembangkang seakan hilang pertimbangan rasional dan sanggup berbuat apa saja untuk meraih simpati disamping populariti dikalangan rakyat. Rakyat sepatutnya sudah boleh memberi penilaian rasional adakah pemilihan mereka sebagai wakil rakyat itu sesuai atau tidak.

Amanat rakyat kepada pihak pembangkang di 82 kawasan parlimen dan 198 kerusi Dun di seluruh negara kini semakin boleh dipersoalkan kewajarannya. Kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad terhadap pembangkang pada suatu ketika yang lalu mungkin ada kebenarannya, iaitu pembangkang yang ada sekarang hanya pandai membangkang, tetapi tidak tahu untuk mentadbir.

4 Respons to “PAKATAN PEMBANGKANG HANYA PANDAI TABUR JANJI”

  1. Batu Nesan said

    Apa nak diheran dengan NIK Aziz tu dengan tuhan dia boleh kata tuhan mencarut apatah lagi sesama manusia terutamanya UMNO dia lagi tidak kisah hendak kata apa,perkataan pergi jahanam,celaka,kafir,taghut,laknat dan lain-lain perkataan yang maha tidak manis didengar tu adalah sebahagian dari pelapik lidah tok guru ketika berceramah,mulut ulama lain basah dengan zikir tapi mulut Nik Aziz ni basah dengan cacian dan makian ke atas sesama orang islam nik ke pemimpin idola umat PAS nampak sangat terlampau jumud dan fanatiknya mereka sampai tidak dapat membezakan yang buruk dan yang baik,apa saja yang dibuat dan diputuskan Nik Aziz umpama sebuah wahyu bagi kaum PAS dan akan menerimanya tanpa usul periksa,dan bagi mereka NIK Aziz tu bebas dari dosa dan tinggi makamnya dan tidak pernah walau sekali melakukan kesalahan dan kesilapan….Kaum ini betul-betul YES MEN,maha taksub,dan tak dapat nak gambarkan lagi ketaksuban mereka ini sahingga Kalau NIK AZIZ kata hitam itu putih maka putih la ia……begitu sekali

  2. shabriduda said

    Merah padam muka Najib bila diajukan soalan oleh wartawan berkaitan pengeboman beberapa gereja minggu lalu. Lalu dia mengingatkan supaya jangan sesiapa cuba menuduh UMNO yang punya angkara.

    Jawapanya mudah, kalau bukan UMN O siapa lagi? Dulu isu pijak kepala lembu, UMNO bagi amaran supaya pembangkang jangan tuduh UMNO punya kerja, akhirnya terbongkar memang kerja UMNO.

    Baru-baru ini berlaku demonstrasi di Selangor kononya ahli PAS mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan jangan bergabung dengan DAP, UMNO juga menafikan mereka terlibat, akhirnya terbongkar juga bahawa memang UMNO punya kerja dengan mengupah individu tertentu dengan bayaran RM10,000 tetapi individu-individu tersebut mengbongkar angkara jahat UMNO itu apabila wang yang dijanjikan tidak dibayar.

    Sekarang isu bakar gereja pula, apakah UMNO nak tuduh PAS punya angkara? UMNO kena tahu, kena ingat dan kena sedar, ahli-ahli PAS semuanya tahu hukum membakar rumah ibadah penganut agama lain. Pengikut dan ahli PAS tahu akan amaran Nabi yang tidak akan mengaku umat bagi sesiapa umatnya yang membakar atau memusnahkan rumah ibadah penganut agama lain serta membunuh paderi atau sami atau ketua-ketua agama mereka. Hatta kalau dalam perang sekalipun, tentera musuh berundur dan berkubu atau berlindung di dalam rumah-rumah ibadah mereka pun Nabi larang serang dan musnahkan rumah ibadah agama lain itu.

    Tapi itulah dia angkara UMNO. Belajar agama tak mahu, tak minat malahan halang pula tok guru mengajar agama. Apa yang Yahudi buat, itulah yang diikut oleh UMNO. Sekarang terserlah lah kejahilan puak pelampau agama di Malaysia ini.

    Itu belum termasuk dalam keganasan UMNO ketika pilihanraya lagi. Mereka bebas memukul, mengugut, membelasah sesiapa saja kerana dilindungi oleh pemimpin mereka. Inilah sebenarnya bakal-bakal pengganas yang akan muncul di Malaysia tidak lama lagi. PAS kena bersedia untuk jihad dan mati syahid untuk berdepan dengan UMNO ini. PAS inginkan mati syahid dan UMNO akan mati katak.

    Siapa sebenarnya pelampau agama dan siapa sebenarnya “terrorist” di Malaysia ini.
    Kita yakin, seandainya UMNO kalah dan tumbang di peringkat Pusat dalam pilihanraya ke 13 nanti, mereka akan buat lebih dari ini. Pasti akan berlaku seperti di Selatan Thailand, inilah kerja dan angkara UMNO nanti. Rakyat kena berwaspada dan berhati-hati dengan UMNO.

    Mana dia mufti dan tokoh agama yang selama ini mempertahankan UMNO. Bila PAS buat sikit saja salah, mufti dan tokoh agama inilah yang beria-ia mengutuk dan membelasah PAS, tapi bila UMNO bakar gereja, pijak kepala lembu, puak syaitan bisu ini memang betul-betul bisu kerana takut hilang jawatan, hilang gaji besar dan rumah besar.

    Rakyat tak perlulah mengharapkan atau mempercayai apa saja yang keluar dari mulut tokoh agama dan mufti pengampu itu. Pedulikan saja. Jawatan dan gaji mereka diberi dan dibayar oleh UMNO, mana mereka berani lawan UMNO. Mereka lebih takutkan UMNO dari Allah. Yang UMNO pula lebih takutkan hilang kuasa, hilang harta dan hilang pangkat dari takut kepada azab Allah. Inilah akibatnya bila sumber kewangan dan makan minum saban hari ditelan dari sumber haram, sumber rasuah, riba, rompak wang rakyat dan samun harta Negara. Sokong UMNO sama sajalah seperti menghina Allah dan Rasul.

    Apa-apa pun penganut bukan Islam jangan pelik atau terkejut dengan perbuatan UMNO membakar gereja kerana surau dan masjid pun UMNO roboh, inikan pula gereja. Inilah dia bayangan sebenar UMNO, iaitu “terrorist” moden.
    Wallahualam.

  3. sumir said

    umno telah mengunakan anak emasnya untuk melakukan provokasi .dalam apa jua pekara pun kalo melibatkan kumpulan pelampau melayu ini maka berlakulah pekara yang tidak diingini…awasi kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai PERKASA dan PAKIDA,

  4. sumir said

    Perdana Menteri Najib Razak telah silap apabila beliau mengatakan bahawa UMNO tidak terlibat dalam protes berkenaan dengan penggunaan perkataan “Allah” kerana memang orang UMNO terlibat dalam protes-protes ini.

    Saya merujuk kepada sebuah laporan media oleh Malaysiakini yang melaporkan seperti berikut :

    * “Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan ‘Deklarasi Masjid Negara’

    Bacaan deklarasi itu disambut teriakan takbir bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis ‘Melayu’ dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga – merah, kuning dan hijau – mewakili PEKIDA.”

    Arman Azha Abu Hanifah, 35 tahun merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Beliau juga merupakan pentadbir kumpulan (group) Facebook Pemuda UMNO PJU yang diberi tajuk “@MB Pemuda UMNO PJU”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: