Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS DAN PKR BANTU DAP SEMARAKKAN API PERKAUMAN?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Disember 2009

Oleh: Kawan Lama

Penulis sekali lagi terpanggil untuk menulis artikel ini adalah berdasarkan kenyataan Nga Kor Ming baru-baru ini yang mempersoalkan mengenai perbelanjaan kerajaan Pusat sebanyak RM748.2 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh tahun 2000 hingga 2008 manakala tiada pun bantuan bagi membina rumah ibadat bukan Islam. Sebelum ini, Karpal Sing (The Sin King) mahukan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua. Sekali lagi DAP bermain dengan sentimen tanpa mengira sensitiviti orang Islam khususnya orang Melayu. Kebiadapan DAP hari ini adalah kesinambungan mereka dalam perjuangan yang mereka warisi daripada PAP atau lebih tepat lagi Lee Kuan Yew. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila DAP yang acap kali mempersoalkan isu-isu berkaitan bangsa, agama dan bahasa Umumnya tahu bahawa ketiga-tiga perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutan dan tidak boleh dipersoalkan apatah lagi dijadikan bahan jajaan demi kepentingan politik Chinese Chauvinist DAP yang sempit.

Kelancangan DAP ini berkaitan juga dengan kegagalan PKR dan PAS dalam menasihati atau membatasi rakan sekongkol mereka dalam Pakatan Pembangkang. Apakah kedua-dua parti ini takut kepada DAP yang jelas lebih mempunyai ‘kuku’ dalam pakatan mereka di hampir semua negeri yang mereka menangi. Atau mereka ingin ‘menumpang’ dalam pakatan rakyat demi untuk memastikan ‘hidup-matinya’ parti mereka kerana memerlukan undian daripada bukan melayu? Di manakah kelantangan suara TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi untuk membina sebuah Negara Islam yang kerap dilaungkan oleh PAS? Ke manakah hilangnya patriotisme DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ demi memastikan nasib orang melayu sentiasa terbela oleh PKR? Kedua-duanya senyap dan sepi. Tiada kedengaran suara mereka atau tindakan menghalang ketelanjuran dan kebiadapan DAP ini. Nampaknya PAS dan PKR kedua-duanya bacul dan tidak berani bila berhadapan dengan DAP.

Sekiranya pembaca lupa, Nga Kor Ming inilah yang dibela oleh TG Nik Aziz dan pemimpin PAS kerana membaca septong ayat Al Quran semasa kempen PRK di Bukit Gantang lalu. Walau apa pun alasan mereka mengenai perkara ini, Kor Ming dan DAP melihat bahawa mereka mendapat pembelaan daripada Tuan Guru PAS. Manakala Karpal “The Sin King” pula telah secara terang-terangan mencabar PAS untuk langkah mayat beliau terlebih dahulu sekiranya PAS mahu jadikan Malaysia Negara Islam. Mereka juga tahu bahawa DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ dan PKR juga tidak akan bersuara kerana kelemahan PKR terletak kepada merealisasikan impian DSAI untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.. Maka ‘lesen’ inilah yang menjadikan mereka dalam DAP termasuklah Karpal ‘The Sin King’ dan Kor Ming bertindak lebih berani.

Penulis berpendapat bahawa DAP berani bertindak sedemikian juga disebabkan ‘kejayaan-kejayaan’ mereka menggunakan kedua-dua parti termasuk penyokong-penyokong mereka dalam beberapa siri demonstrasi jalanan yang lalu iaitu Demonstrasi Jalanan Pilihanraya BERSIH terhadap SPRM dan Demonstrasi Jalanan membantah keputusan DYMM Sultan Perak oleh Pakatan Pembangkang setelah kehilangan negeri Perak. Kedua-dua demonstrasi jalanan ini dihadiri oleh penyokong PAS yang jelasnya orang Melayu dan penyokong PKR yang jelasnya juga ramai orang Melayu. Kedua-dua demonstrasi ini melibatkan Institusi Beraja (Raja Berperlembagaan). Demonstrasi BERSIH tuju kepada SPRM yang terletak di bawah DYMM SPBYDP Agong dan demonstrasi di Perak melibat DYMM Sultan Perak. Secara halusnya, kejayaan mereka memperalatkan orang Melayu untuk ’menderhaka’ kepada Raja/Sultan. Kejayaan ini telah membawa mereka bertindak lebih ‘kurang ajar’ dan memperlihatkan mereka tidak menghormati Institusi Raja dengan cuba mendakwa DYMM Sultan Azlan Shah ke muka pengadilan.

Kedua-dua tokoh DAP ini bukannya buta sejarah dan tidak memahami kandungan Perlembagaan Pesekutuan. Mereka sedar bahawa Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan dan berhak mendapat pembiayaan daripada kerajaan Persekutuan. Manakala bagi agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Pendakwahan dan penyebaran tidak dibenarkan khususnya kepada orang Islam yang rata-ratanya adalah orang Melayu. Pembesaran atau pembinaan rumah ibadat mereka dibenarkan dengan bantuan kewangan daripada penganut-penganutnya baik melalui individu, syarikat atau persatuan mereka.

Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Persekutuan. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan dalam pertuturan dan tujuan-tujuan pembelajaran. Tambahan pula kenapa perlu jadikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Rasmi Kedua? Adakah kini mereka mengakui bahawa setelah lama mereka menjadi warganegara Malaysia namun masih ramai di kalangan mereka tidak tahu bertutur atau kurang faham Bahasa Melayu? Kenapa mereka lebih fasih bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris daripada Bahasa Kebangsaan? Apakah mereka memandang rendah terhadap Bahasa Kebangsaan? Atau adakah mereka ‘tidak mahu’ mahir atau bertutur dengan baik dalam Bahasa Kebangsaan kerana malu dengan konotasi terhadap perkataan Melayu?

Walau apa pun diperkatakan, mereka akan tetap meneruskan budaya yang menjadi amalan DAP selama ini. Mereka akan sentiasa menggunakan isu sensitif sebegini untuk menyalakan dan menyemarakkan api perkauman. Tambahan pula, mereka juga tahu bahawa mereka akan mendapat pembelaan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) baik dalam mahupun luar negara. Antara NGO yang kerap ‘meyokong’ mereka adalah Majlis Peguam. NGO ini yang dianggotai oleh para peguam telah pun mengadakan beberapa seminar berkaitan Kebebasan Beragama dan mempersoalkan Ketuanan Melayu. Tidak mustahil sekiranya Majlis Peguam akan juga mengadakan seminar mengenai bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua negara dalam masa terdekat ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: