Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KETANDUSAN IDEA, PAS MULA MENCARI KEBURUKAN UMNO..!

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Disember 2009

Oleh : Putera_Adnan

Nak tergelak pun ada, apabila parti PAS semakin hari semakin tidak relevan di pentas politik tanahair. Entah apa yang mereka sumbangkan kepada negara pun tak tahu. Setiap hari hanya kedengaran gimik-gimik politik murahan mereka dijaja di sini-sana bertujuan untuk menjadikan mereka sentiasa mendapat perhatian, walapun kita sebagai rakyat marhaen disajikan dengan politik-politik murahan.

Terbaru, ketua penerangan PAS Idris Ahmad, telah mengumumkan PAS akan melaksanakan Program “Umno Pengkhianat Rakyat”, yang akan dilancarkan 9 Januari ini tahun depan . Program ini kononnya akan mendedahkan tindakan Umno terhadap orang Islam dan Melayu di negara ini.

Ntah apa-apa sahaja puak ini lakukan. Strategi kempen “UMNO Pengkianat Rakyat” bakal mengundang bahana kepada parti PAS itu sendiri. Buruk sangatkah UMNO? Pengkianat sangatkah UMNO? Selama ini rakyat hidup menderita sangatkah di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO kah berbanding Thailand, Indonesia dan Myanmar? Tidak adakah jasa UMNO kepada negara dan rakyatnya?

Jika kita semua perhatikan secara analoginya cukup mudah:

• Kalau Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh muntah darah dan perlukan rawatan, hospital PAS ke yang dicarinya atau hospital yang dibina oleh kerajaan? Kenapa Wan Ismail memerlukan rawatan di Hospital Selayang? Bukankah UMNO itu pengkianat rakyat? Kalau UMNO pengkianat, maka segala hasil dan usaha yang UMNO lakukan HARAM digunakan oleh puak-puak PAS. Kalau boleh menerima tuntutan saman fasakh dari bekas isteri berjumlah berjuta-juta, kenapa tidak pergi ke hospital swasta sahaja, Tuan Haji?

• Berapa banyak anak-anak orang PAS yang bersekolah di sekolah Agama Rakyat PAS berbanding sekolah-sekolah bantuan kerajaan? Apa anak-anak orang PAS yang bijak pandai memaki dan memfitnah kerajaan selepas dibekalkan dengan segulung diploma atau ijazah tidak belajar di sekolah bantuan kerajaan dan mendapat bantuan pinjaman dan biasiswa kerajaan? Kenapakah puak-puak ini seperti susu diberi, jari digigitnya dan diibaratkan kita melepas anjing-anjing ini dari jerat, kita pula hendak digigitnya.

• Orang-orang PAS, tok-tok guru dan tok-tok alim yang pergi menunaikan Haji dan menyimpan di Tabung Haji, tahukah kamu siapakah yang menubuhkannya. Orang-orang PAS kah? Adakah orang-orang PAS tidak gunakah perkhidmatan Tabung Haji yang diusahakan oleh Kerajaan di bawah pimpinan UMNO?

• Sistem Takaful, kewangan dan perbankan Islam yang membolehkan umat Islam bermuamalat secara Islam dan tanpa was-was tu, siapa yang usahakan? Bank Islam, Takaful, Dinar Emas, Pajak Gadai Islam, Sistem Pasaran Islam tu orang-orang PAS yang usahakan ker?

• Puak-puak PAS pergi ke pasaraya-pasaraya kecil dan besar, sebelum membeli sesuatu barang, apa yang dahulu dibeleknya? Bukankah tanda halal JAKIM? JAKIM tu siapa yang tubuhkan? Puak-puak fanatik PAS jugak ker?

• Masjid-masjid yang dibina di seluruh negara supaya umat Islam boleh beribadah dan pihak PAS boleh memaki hamun dan memfitnah kerajaan tu, berapa banyak PAS yang dirikan? Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama 19 tahun pun tidak pernah membina satu pun masjid melainkan taksub dengan pembinaan kuil dan berhala-berhala yang terbesar, baik duduk, berdiri atau tidur.

Hari ini, sebagai menyambut kempen “UMNO Pengkianat Rakyat” yang dilancarkan oleh PAS, di bawah ini , ingin saya kemukakan soalan yang tidak pernah terjawab oleh puak-puak PAS:

Apakah yang PAS lakukan untuk meningkatkan syariat Islam di Malaysia? Selain dari menjual ayat-ayat Al Quran dengan harga yang murah, apakah yang telah PAS lakukan untuk mengembangkan syiar Islam, sesuai dengan nama partinya sebagai nama Islam? Jangan berdolak dalik, berikan fakta mengenai soalan di atas dan bukannya merapu raban dan maki hamun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: