Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“MCA MACAM WAYANG CINA”

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 15 Disember 2009

Oleh:- Anggerik Desa

Tak habis-habis rupanya cerita parti MCA ( Malaysian Chinese Association). Kita rasa macam tengok opera cina pula, atau wayang cina. Banyak sangat dramanya, banyak sangat suspensnya, dan banyak sangat saat mendebarkannya.

Kita harap pemimpin MCA selesaikan masalah ini, demi kebaikan MCA dan BN (Barisan Nasional). BN tak boleh menghadap pilihan raya umum akan datang dengan keadaan begini. Dahlah keadaan MIC (Malaysian Indian Congress) yang juga kelam-kabut, MCA pula ada masalah.

Bukanlah niat kita nak campur tangan urusan parti utama orang cina itu. Kita tahu mereka lebih arif mencari jalan penyelesaian, Mereka orang bijak pandai belaka. Mereka orang cerdik politik semuanya, Kita rasa mereka kena selesaikan masalah ini. Kalau tidak semakin kecewalah orang cina. Ahli-ahli mereka tambah kecewa. Sebab itu ahli-ahli mereka tunjuk protes dengan “ tolak” kehendak kedua-dua pemimpin yang bertelagah. Mereka dah menyampah itu saja sebabnya.

Tak guna lagi buat perhimpunan luar biasa. Takkan selesai masalah. Makin kecewa ahli dan makin meluat orang cina di luar sana. Kita rasa pemimpin MCA kena letakan parti di atas kepentingan diri. Itu pun kalau MCA rasa mereka nak tawan hati orang cina yang dah lari pada parti pembangkang. Kalau tidak orang cina takkan kembali pada BN. Orang cina sekarang tak macam dulu, Dulu mereka ada pilihan, antara MCA dengan DAP (Democratic Action Party). Sekarang mereka boleh sokong PKR ( Pakatan Rakyat). Malah ada orang cina yang dah sokong PAS ( Parti Islam Se-Malaya). Kalau MCA ada masalah macam sekarang, macam mana mereka nak dapatkan semula sokongan orang cina??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: