Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PAS MEMANG KUDA TUNGGANGAN DAP-19 DISEMBER INI…!

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 14 Disember 2009

Oleh: Putera_Adnan

Parti PAS telah cuba untuk melenyapkan atau sekurang-kurangnya mengenepikan isu kewujudan sayap baru di dalam parti PAS iaitu kelab penyokong PAS. Usaha itu berjaya kerana kita tidak lagi mendengar sebarang ulasan mengenainya lagi. Jika tidak, kita akan kerap mendengar komentar dan pandangan kononnya kelab penyokong PAS akan diberi tempat di dalam hariki kepimpinan parti PAS.

Realitinya, pemimpin PAS tahu bahawa untuk membawa bukan Islam di dalam kepimpinan parti PAS adalah merupakan satu tindakan yang menempelak diri sendiri setelah mereka mengkafirkan parti UMNO kerana bersekongkol dengan orang kafir.

Tindakan bersekongkol semestinya tidak sama dengan menjemput orang kafir sebagai salah seorang daripada pemimpin parti PAS. Dan jika merujuk kepada pemahaman parti PAS, tindakan menyediakan kerusi orang kafir di dalam parti PAS sepatutnya lebih buruk jika hanya dibandingkan dengan bekerjasama dengan orang kafir yang berada di luar parti UMNO. Kerana itulah kelab penyokong PAS (KPP) hanya tinggal nama sahaja dan mereka akan hanya timbul kembali apabila mereka diperlukan di pilihanraya yang seterusnya. Selain daripada itu KPP hanya di atas baju-baju t-shirt yang diedarkan semasa pilihanraya.

Pertembungan ideologi PAS yang bertambah liberal dan jauh menyimpang dari asalnya itu turut memberi impak yang besar kepada kebimbangan pemimpin-pemimpin PAS terhadap penubuhan satu gagasan politik Pakatan Rakyat yang berteraskan kepada satu konsep utama pada 19hb Disember ini.

“Kebimbangan itu seperti mana kata seorang pemimpin muda Pas adalah berkisar kepada persoalan apakah ia menguntungkan parti itu atau Pas hanya akan menjadi mangsa agenda politik PKR dan DAP.

Hujah ini berasaskan kepada ada kelompok di dalam Pas terutamanya di kalangan pemimpinnya sendiri yang khuatir bahawa agenda mewujudkan satu parti itu hanyalah usaha yang akhirnya akan merugikan Pas.

”Perkara paling kita bimbang ialah perjuangan Islam Pas dan adakah suara Pas akan didengari lagi? Ia kerana apabila Pas bergabung dalam satu parti maka sudah tentulah ia harus mengikut apa sahaja yang diputuskan berdasarkan kepada semangat satu parti.
“Ertinya Pas tidak boleh mempertegaskan mengenai perjuangan Islamnya dan membela nasib orang Melayu. Lebih daripada itu sehebat manapun pengaruh Pas, kami tidak boleh tawar menawar bagi pembahagian kerusi,” katanya (seterusnya) ”

Otak logik akan mempersoalkan dimanakah pertemuan di antara ideologi parti PAS yang kononnya memperjuangkan negara Islam dengan ideologi parti ‘langkah mayatku dulu’ DAP ? Parti PAS amat mengharapkan agar parti DAP akan berubah. Kerana itulah pemimpin-pemimpin DAP dihalalkan mencemar ayat-ayat Al-Quran dengan anggapan mereka akan lunak hati dan meninggalkan ideologi sosialis yang mereka perjuangkan sejak dari dulu lagi.

Tapi kita semua tahu bahawa ianya tidak mungkin akan berlaku. Dan DAP dikenali sebagai sebuah parti politik yang pandai berlakon untuk mendapatkan sokongan. Walaubagaimana pun, parti PAS masih mempunyai beberapa hari untuk muhasabah diri dan memikirkan semasak-masaknya penyertaan mereka di dalam satu gagasan politik sah yang akan mengekang serta mengubah persepsi penyokong mereka.

Dan jika parti PAS masih mahu meneruskannya, ianya diibaratkan ‘berkahwin secara sah dengan DAP’. Cuma bezanya ialah DAP dari agama yang lain..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: