Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“NIK AZIZ JANGAN CAKAP SEBARANGAN”

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 12 Disember 2009

Oleh:- Sahabat Mantap

Dari Petikan Utusan Malaysia

ISU Biro Tata Negara (BTN) yang baru-baru ini hangat didebatkan sememangnya telah menunjukkan belang sikap pembangkang yang selama ini tidak senang dengan kemakmuran yang ada di negara ini.

Bermula dengan pemimpin DAP yang kurang ajar mempertikaikan kursus BTN ini kerana kononnya menyemai sikap perkauman di kalangan rakyat Malaysia. Saya berpendapat bahawa beliau yang bersikap perkauman kerana tidak tahu sejarah dan modul sebenar di dalam kursus BTN.Kini pemimpin Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat pula mempertikaikan kursus BTN ini dengan alasan ia tidak Islamik.

Saya ingin bertanyakan kepada tok guru, kursus bagaimanakah yang dikatakan islamik. Saya rasa tok guru sendiri perlu menghadiri kursus BTN ini untuk tahu bagaimana islamiknya BTN.

Saya sendiri telah mengikuti kursus ini dan sepanjang kursus ini berjalan, tidak ada seorang pun yang terlepas daripada berjemaah setiap waktu termasuklah subuh melainkan kerana keuzuran.

Selepas sahaja solat berjemaah subuh dan maghrib, setiap peserta akan diberikan kuliah manakala yang bukan beragama Islam akan menonton video berunsurkan sejarah di dalam dewan yang disediakan.

Ramai antara rakan saya dan saya sendiri insaf serta sedar atas dosa-dosa yang telah kami lakukan dahulu di dalam kuliah yang disampaikan kepada kami setiap kali selepas solat. Kami juga tidak terlepas daripada melakukan Qiamullail bagi meningkatkan kecintaan kepada Allah SWT.

BTN secara tidak langsung telah meningkatkan rasa cinta kami kepada Allah SWT selain menyematkan rasa cinta kepada negara. Apa lagi yang tidak cukup di dalam modul BTN ini? Pada pendapat saya, ia perlu dikekalkan dan mungkin boleh ditambah modul-modul baru selari dengan keadaan semasa.Saya berpendapat, kursus BTN ini ditakuti pembangkang kerana telah membuka pekung mereka selama ini dan bukan kerana isu perkauman yang ditimbulkan. Saya percaya, sesiapa sahaja yang pernah mengikuti kursus ini pasti akan bersetuju dengan pendapat saya. Janganlah mudah terpedaya dengan hasutan sesetengah pihak yang ingin menghancurkan ketenteraman yang selama ini dikecapi.

Dan pesanan saya kepada Nik Aziz, janganlah kerana ingin menjaga hati Pakatan, semua benda tok guru halalkan. Saya hanya insan yang kerdil dan masih kurang ilmu, tetapi tidak sanggup untuk menggadaikan agama dan bangsa hanya untuk kepentingan sendiri.

3 Respons to ““NIK AZIZ JANGAN CAKAP SEBARANGAN””

  1. Amin said

    salam…saya rasa awk ni bukan sayang BTN…tp sayang awk kt BN kuat sgt…pertikaian seluruh msia ke atas BTN adlh utk memperbaiki.
    kerana dahulu orang keluaran BTN akan syg agama dan Allah..
    tp kini org sayang kaum dan parti..

  2. Batu Nesan said

    Nik Aziz tak payah cakap lebih baik diam saja dari terus cakap merapu,perkara yang tak tahu nak buat macam tahu dan suruh orang cakap pemimpin serba boleh,serba tahu, hakikatnya tak tahu,Demo tahu ke BTN tu apa,modulnya macamana,dan pernah ke demo joint BTN,sebenarnya BTN tu baik dan bagus bagi menyemat rasa sayang pada negara dan bangsa,saya pernah kursus BTN di HB Village Kelantan,modulnya amat berkesan kami diajar cara untuk berdikari,mengharungi cabaran,dan memegang amanah dengan cara yang cukup simbolik dan berkesan manakala setiap hari kami sembahyang berjemaah 5 waktu selain dari sembahyang sunat yang lain kami juga ada program qiamullai hampir setiap malam,kami juga diajar cara mentadbir organisasi dan lain-lain lagi. Apakah ini tidak baik dan memudaratkan mengikut kacamata Tuan mahaguru Nik Aziz,tuan guru ni dah terkena sindrom politik yang kritikal,segala perkara dipolitik,makan politik,tidur politik,sembahyang politik,ceramah politik,mengajar politik,sampai ke urusan akhirat pun dipolitikkan,bila masa Nik Aziz nak fikir sejenak dari perspektif umum,labuhkan sedikit tabir atau tirai politik untuk sejenak cuba jengguk ke sebelah dan carilah apa yang baik dan bermanfaat, jangan hanya memikirkan perkara itu mendatangkan keuntungan kepada parti dan diri barulah ianya baik,ini namanya menghalalkan cara dan membutakan hati dan minda semata-mata untuk keuntungan dunia yang sedikit.Nik Aziz terlampau mengikut kata DAP,memanjakan si DAP sahingga melupakan siapa DAP yang sebenarnya atau tuan guru sahaja buat lupa demi kelangsungan PAS dan Pakatan Rakyat. Tuan guru berkata benarlah walaupun ia pahit, perkara yang baik katakan baik,dan perkara yang tak baik katakan tak baik,hitam katakan hitam dan yang putih katakan putih,buat masa sekarang tuan guru mungkin sudah rabun, warna hitam dikatakan putih manakala putih dikatakan hitam yang menghairankan ianya turut berjangkit kepada seluruh kaum dan umat PAS,tuan guru pergi berubatlah sebelum tuan guru pejam mata dan tak nampak langsung suatu masa nanti.hakikatnya ramai orang yang terkeliru …..fikir,fikirkanlah demi kelangsungan masa depan bangsa dan agama kita,jangan biarkan DAP memijak serban anda suatu masa nanti.

  3. rayz said

    salah ke kalau sayangkan kaum n parti??
    BTN mengajar kita sayangkan kaum n parti yg betol2 perjuangkan melayu/islam d malaysia!!
    nak harapkan PAS perjuangkan melayu/islam??
    langkah mayat Karpal Singh dulu la….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: